Sunday, March 13, 2016

RAWATAN DI KLINIK PRIMER NILAM PURI

RAWATAN DI KLINIK PRIMER NILAM PURI
CHEMICAL PEELING/PENGELUPASAN KIMIA
Rawatan ini sangat sesuai bagi kulit yang berjerawat, jeragat dan kulit kusam. Rawatan ini harus dilakukan sebanyak 3 hingga 5 kali untuk mendapatkan hasil yang maksima. Kaedah ini mengambil masa selama setengah jam. Selepas membuat rawatan ini, kulit mungkin akan mengalami proses penggelupasan. Rawatan ini akan menggantikan sel-sel kulit yang lama dan juga boleh mengurangkan “whitehead” dan “blackhead” pada muka. Selepas rawatan, kulit akan menjadi lebih licin dan halus.

 

LASER JERAWAT
Rawatan laser mampu merawat jerawat dan parut jerawat. Kaedah ini bertujuan menghapuskan bakteria yang ada di bawah permukaan kulit. Laser adalah teknik yang cepat dan tidak memerlukan jangka masa yang lama. Rawatan yang mengambil masa selama setengah jam ini juga harus dilakukan berulang kali untuk mengurangkan jerawat yang aktif. Setelah beberapa sesi rawatan laser, jerawat akan berkurangan dan muka semakin licin serta membuatkan kecantikan lebih menyerlah dan wajah lebih bersinar.

 

LASER JERAGAT/PIGMENTASI KULIT
Rawatan laser mampu merawat masalah jeragat dan pigmentasi kulit. Beberapa kali sesi rawatan laser diperlukan untuk menghilangkan jeragat atau pigmentasi kulit. Selain dari merawat jeragat dan pigmentasi kulit, laser juga membantu merangsang kolagen dan membuatkan kulit menjadi lebih muda.

 

 LASER TANDA LAHIR
Rawatan laser mampu merawat masalah tanda lahir pada muka. Rawatan biasanya memerlukan beberapa sesi untuk mendapatkan kesan yang memuaskan.

 

 LASER TATU
Proses rawatan ini adalah untuk menyingkirkan tatu dari kulit dan badan. Tatu sememangnya amat susah untuk ditanggalkan tanpa menggunakan rawatan laser. Dengan beberapa kali rawatan, ianya dapat menanggalkan kesan tatu dan kulit akan nampak lebih licin dan tona warna sekata.

 

  RAWATAN TEGANG KULIT
Apabila usia meningkat, kedutan-kedutan pada wajah akan jelas kelihatan. Bagi merawat kedutan pada wajah, satu formula telah tercipta bagi menegangkan kulit wajah. Ianya mampu merawat kedutan-kedutan pada wajah yang disebabkan oleh tanda-tanda penuaan. Wajah akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.


 





MICRONEEDLING
Rawatan untuk parut jerawat. Ia amat berkesan dalam merawat parut pada kulit wajah. Ia juga mampu membaiki struktur kulit dan merangsang kolagen untuk menjadikan kulit semakin tegang.

 

COSMELAN
Rawatan Cosmelan mampu merawat melasma, freckles, hyperpigmentasi yang disebabkan oleh kesan melecur atau produk yang tidak sesuai.

 


 FILLER
Rawatan ini adalah untuk memancungkan hidung, menaikkan pipi, merawat pipi yang cengkung dan membentuk dagu supaya kelihatan lebih cantik. Wajah kelihatan lebih tegang dan awet muda.
 
 RAWATAN BUANG KETUAT DAN TAHI LALAT
Wajah yang sering ditumbuhi tahi lalat, skin tag, oil seed dan ketuat sering membuatkan wajah anda kelihatan kurang berseri. Oleh itu, penyelesaiannya adalah dengan melakukan rawatan membuangnya. Ia akan menjadikan wajah dan kulit lebih licin tanpa tanda tahi lalat.

 


RAWATAN UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
Dengan kaedah rawatan diformulasi khas, lemak dalam badan sedikit demi sedikit berkurang. Badan akan menjadi lebih ramping dan wajah akan lebih terbentuk selepas menjalani rawatan ini.
 

3 comments: