Khamis, 25 Oktober 2018

Cara terbaik mengecilkan liang pori di muka-DR.LYNA AESTHETIC FORMULA


Cara terbaik mengecilkan liang pori di muka-DR.LYNA AESTHETIC FORMULA...........

Adakah anda mengalami masalah liang pori muka besar dan terbuka luas, macam kulit limau?
 
Anda berminat nak tahu mengenai masalah pori-pori terbuka dan penyelesaiannya?


Klinik Primer Nilam Puri- Klinik Aestetik pilihan tepat untuk dapatkan rawatan mengecilkan liang pori.


Wajah yang cantik, bersih dan cerah berseri mampu meningkatkan keyakinan diri terutamanya bagi seseorang wanita dalam menjalankan kehidupan seharian mereka.
Namun kehadiran liang pori yang besar dan terbuka boleh menyebabkan kulit muka nampak lebih tua dari usia dan kusam. Ini boleh menyebabkan seseorang individu kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan masyarakat luar.



2 cara terbaik mengecilkan liang pori di muka supaya cantik jelita:

        (a)  Produk penjagaan kulit wajah dan cara penjagaan kulit di rumah

·         Bersihkan kulit wajah dengan pencuci muka yang sesuai.

·         Gunakan pencuci yang mempunyai kandungan pH berasid. Jangan cuci muka menggunakan sabun biasa. Pencuci muka biasanya beralkali iaitu 8 hingga 10 pada skala pH, yang boleh menghakis lapisan pelindung kulit yang akan menyebabkan peningkatan produksi sebum yang menyebabkan pori semakin besar dan tercetusnya jerawat.

·         Pencuci muka tidak mengandungi paraben dan sodium laureth sulphate.

·         Pastikan anda menggunakan produk kosmetik yang “non-comedogenic”.

·         Jangan gunakan “scrub”. Biji-biji scrub yang kasar boleh merosakkan kulit dan menyebabkan keradangan yang boleh menyebabkan pembesaran liang pori dan jerawat.

·         Anda boleh gunakan “mask” yang mengandungi AHA atau BHA kerana ia merangsang pertumbuhan semula sel-sel dan membantu untuk memastikan liang pori halus.




b    (b) Rawatan “aesthetic”

Rawatan laser erbium:
Rawatan “fractional non-ablative laser skin resurfacing” seperti laser erbium sangat sesuai untuk membantu merangsang kolagen. Jadi saiz pori muka akan mengecil. Rawatan laser ini juga sangat sesuai untuk merawat parut lekuk/berlubang akibat dari jerawat.

Rawatan Vampire Laser:
Rawatan vampire laser adalah gabungan rawatan stem sel dan laser erbium fotona. Rawatan ini sangat sesuai untuk  lelaki dan perempuan terutamanya yang mempunyai masalah pori-pori besar pada muka. Selain itu, rawatan ini juga sesuai untuk masalah parut berlubang pada muka, tona kulit tidak sekata, merawat kulit kusam, merawat kesegaran kulit wajah , membantu mengembalikan keanjalan kulit dan merawat garis-garis halus pada wajah.



Rawatan Chemical Peel:
Rawatan pengelupasan kimia (Chemical Peeling) adalah satu rawatan khas yang dilakukan oleh doktor bertauliah dalam bidang estetik untuk membantu proses pengelupasan kulit mengikut kedalaman tertentu. Rawatan ini sesuai untuk  lelaki dan perempuan terutamanya yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kesan tinggalan jerawat, sunburn, pori-pori muka yang besar dan tersumbat, tona kulit tidak sekata, serta kulit kusam.



Jom jumpa Dr.LYNA untuk mengetahui rawatan ini dengan lebih lanjut.

DR.LYNA, Pakar estetik anda 

Telefon: 097124007
Whatsapp: 01112944724

#drlyna #primernilampuri #aesthetic #klinikestetikkelantan #klinikrawatankulit #rawatanpori #laserpori #chemicalpeeling





Rabu, 24 Oktober 2018

Klinik Primer Nilam Puri- Milia Seed Removal and Skin Peeling Treatment


Klinik Primer Nilam Puri- Milia Seed Removal and Skin Peeling Treatment

Klinik Primer Nilam Puri- Klinik Aestetik pilihan tepat untuk dapatkan rawatan Rawatan Chemical peeling / Penggelupasan Kimia dan Milia Seed Removal

Pengalaman Rawatan Penggelupasan Kimia (Chemical Peel) di klinik DR.LYNA di Primer Nilam Puri.

“Saya sudah cuba rawatan Chemical Peeling dengan DR.LYNA, ternyata kulit terasa berbeza dan seperti mendapat kulit yang baru.”- testimoni pesakit.

Rawatan pengelupasan kimia atau lebih dikenali dengan nama Chemical Peeling adalah satu rawatan khas yang dilakukan oleh doktor bertauliah dalam bidang estetik untuk membantu proses pengelupasan kulit mengikut kedalaman tertentu, memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang selamat dan sesuai buat mereka yang mahu memperbaiki kulit sama ada pada wajah, leher ataupun tangan. Rawatan ini sesuai untuk  lelaki dan perempuan terutamanya yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kesan tinggalan jerawat, sunburn, pori-pori muka yang besar dan tersumbat, tona kulit tidak sekata, serta kulit kusam. Rawatan ini juga mampu merawat kesegaran kulit wajah, mengurangkan masalah kulit kusam, mengurangkan masalah tona kulit yang tidak sekata, membantu mengembalikan keanjalan kulit dan juga merawat garis-garis halus pada wajah.
Dr.LYNA akan meneliti muka terlebih dahulu sebelum mencadangkan rawatan Chemical Peel.
Mula-mula, muka akan dibersihkan dari segala kekotoran termasuk make-up. Kemudian, cecair pengelupasan kimia akan disapukan ke permukaan kulit.

Anda dinasihatkan untuk tidak menyental/ menggosok, mencabut kulit, atau menggaru kulit dan mengelakkan pancaran matahari secara langsung. Sebarang penggunaan produk kecantikan dan make-up tidak digalakkan sehingga proses pengelupasan sempurna dan kulit menjadi normal. Biasanya selepas hari ke-3, pesakit akan nampak hasilnya pada wajah sedikit demi sedikit. Kulit tak lagi kusam dan tona kulit lebih sekata dan kesan sunburn pada kulit pun semakin berkurang. Malah kulit menjadi lebih sihat dan kelihatan lebih muda.


Milia Seed Removal 

Rawatan buang oil seed / milia pula menggunakan kaedah laser fotona. Rawatan laser ini selamat dan kurang sakit. Muka pesakit akan disapu dengan krim kebas/tahan sakit selama 30-40 minit sebelum rawatan laser dilakukan ke atas muka.
Pesakit digalakkan untuk mengelak dari terkena cahaya matahari. Pemakaian sunblock sangat digalakkan. Sebarang penggunaan produk kecantikan dan make-up tidak digalakkan sehingga proses baikpulih kulit telah sempurna dan kulit menjadi normal. Pesakit juga dinasihatkan memakai pencuci muka yang sesuai.
Jom jumpa Dr.LYNA untuk mengetahui rawatan ini dengan lebih lanjut.
DR.LYNA, Pakar estetik anda
Telefon: 097124007
Whatsapp: 01112944724
#drlyna #primernilampuri #aesthetic #klinikestetikkelantan #klinikrawatankulit #chemicalpeelingmalaysia #milia #oilseed



Isnin, 22 Oktober 2018

Pengalaman Rawatan Penggelupasan Kimia (Chemical Peel) di klinik DR.LYNA di Primer Nilam Puri.


Rawatan Chemical Peeling / Penggelupasan Kimia




Klinik Primer Nilam Puri- Klinik Aestetik pilihan tepat untuk dapatkan rawatan Rawatan Chemical peeling / Penggelupasan Kimia




Pengalaman Rawatan Penggelupasan Kimia (Chemical Peel) di klinik DR.LYNA di Primer Nilam Puri.

"Saya sudah cuba rawatan Chemical Peeling dengan DR.LYNA, ternyata kulit terasa berbeza dan seperti mendapat kulit yang baru"- Cik Mira..

Rawatan pengelupasan kimia atau lebih dikenali dengan nama Chemical Peeling adalah satu rawatan khas yang dilakukan oleh doktor bertauliah dalam bidang estetik untuk membantu proses pengelupasan kulit mengikut kedalaman tertentu, memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang selamat dan sesuai buat mereka yang mahu memperbaiki kulit sama ada pada wajah, leher ataupun tangan. 

Rawatan ini sesuai untuk  lelaki dan perempuan terutamanya yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kesan tinggalan jerawat, sunburn, pori-pori muka yang besar dan tersumbat, tona kulit tidak sekata, serta kulit kusam. Rawatan ini juga mampu merawat kesegaran kulit wajah, mengurangkan masalah kulit kusam, mengurangkan masalah tona kulit yang tidak sekata, membantu mengembalikan keanjalan kulit dan juga merawat garis-garis halus pada wajah.

Dr.LYNA akan meneliti muka terlebih dahulu sebelum mencadangkan rawatan Chemical Peel.
Mula-mula, muka akan dibersihkan dari segala kekotoran termasuk make-up. Kemudian, cecair pengelupasan kimia akan disapukan ke permukaan kulit.
  
Anda dinasihatkan untuk tidak menyental/ menggosok, mencabut kulit, atau menggaru kulit dan mengelakkan pancaran matahari secara langsung. Sebarang penggunaan produk kecantikan dan make-up tidak digalakkan sehingga proses pengelupasan sempurna dan kulit menjadi normal.  

Biasanya selepas hari ke-3, pesakit akan nampak hasilnya pada wajah sedikit demi sedikit. Kulit tak lagi kusam dan tona kulit lebih sekata dan kesan sunburn pada kulit pun semakin berkurang. Malah kulit menjadi lebih sihat dan kelihatan lebih muda.

Jom jumpa Dr.LYNA untuk mengetahui rawatan ini dengan lebih lanjut.
DR.LYNA, Pakar estetik anda 
Kelantan, Malaysia

Telefon: 097124007
Whatsapp: 01112944724

#drlyna #primernilampuri #aesthetic #klinikestetikkelantan #klinikrawatankulit

Lymphatic Drainage Massage