Sabtu, 20 Januari 2018

JERAGAT AKIBAT KESAN PRODUK YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA BAHAYA

JERAGAT


Berhati-hati dengan produk penjagaan muka yang mengandungi bahan kimia terlarang seperti hidrokuinon, merkuri, tretinon..
kesan jangkamasa panjang adalah jeragat degil seperti "ochronosis", yang susah nak hilang walaupun dengan rawatan laser..
boleh hubungi DR.LYNA untuk pertanyaan lanjut mengenai jeragat..097124007 atau 01112944724

Isnin, 15 Januari 2018

MOLLUSCUM CONTAGIOSUM




MOLLUSCUM CONTAGIOSUM (MC)



Apakah penyakit molluscum contagiosum?
Ia adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan poxvirus iaitu virus Molluscum contagiosum (MCV)


SIAPA YANG ADA PENYAKIT MC?
Biasanya bayi dan kanak-kanak yang berusia di bawah umur 10 tahun mudah dijangkiti penyakit ini.


SIMPTOM PENYAKIT
Penyakit ini menyebabkan bonjolan kecil, halus dan bintik-bintik kelihatan sama ada berwarna putih, pink atau coklat. Biasanya terdapat lekukan kecil di tengah-tengah bonjolan tersebut.
Simptom jangkitan ini biasanya dilihat pada kawasan muka, leher, ketiak, lengan dan tangan (kecuali tapak tangan dan tapak kaki). Di kalangan orang dewasa pula, penyakit ini didapati di bahagian alat sulit kerana kebanyakannya mendapat penyakit ini dari hubungan seksual.


CARA JANGKITAN
Penyakit ini juga mudah merebak melalui:
a)      Sentuhan kulit secara langsung dengan orang yang dijangkiti
b)      Perkongsian barang-barang seperti tuala mandi oleh individu yang telah dijangkiti
c)      Memicit atau menggaru boleh menyebabkan penyakit ini merebak ke kawasan badan yang lain
d)     Jangkitan dari hubungan seksual di kalangan orang dewasa


KOMPLIKASI PENYAKIT
Kawasan jangkitan yang digaru akan menyebabkan jangkitan bakteria
Jangkitan pada mata sekiranya kelopak mata dijangkiti molluscum contagiosum.


RAWATAN PENYAKIT MOLLUSCUM CONTAGIOSUM
Ubat sapuan
Pembedahan
Laser

BOLEH HUBUNGI DR.LYNA 097124007 ATAU 01112944724

Lymphatic Drainage Massage