Rabu, 12 Oktober 2016

JERAWAT ROSAKKAN KULIT



RAWATAN JERAWAT


Adakah jerawat itu normal?

Tidak normal. Jerawat (Acne vulgaris) adalah sejenis penyakit yang perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang boleh memberi masalah kepada emosi dan psikologi pesakit.

Bagaimanakah jerawat terjadi?
Jerawat berpunca daripada beberapa faktor seperti keturunan, hormon dan jangkitan bakteria.
Jerawat terjadi akibat daripada peningkatan penghasilan sebum, pertumbuhan kuman Propionibacterium Acnes, pertumbuhan sel-sel di dalam folikel secara tidak terkawal yang membentuk plug dan radang (inflamasi).

Bagaimana kami merawat jerawat?
Kami amat mementingkan kepuasan pelanggan. Untuk merawat jerawat, kami menggunakan beberapa kaedah penting bagi memastikan jerawat dapat dirawat sehingga sembuh.

Tujuan utama rawatan jerawat adalah mengurangkan penghasilan minyak pada muka, merawat pori-pori muka daripada tersumbat dan mengurangkan radang dan jerawat yang bernanah pada muka.
Penghasilan minyak yang berlebihan pada muka boleh dikawal dengan melakukan rawatan penggelupasan kimia (chemical peeling). Rawatan “chemical peeling” sangat membantu untuk mengeringkan kulit yang berminyak, dan mambantu membersihkan pori-pori muka dari tersumbat.

Pencuci muka jerawat dr.LYNA AESTHETIC FORMULA Oil free clarifying gel wash direka khas oleh DR.LYNA untuk membantu mengurangkan minyak/sebum pada kulit. dr.LYNA AESTHETIC FORMULA MAGIC CREAM pula membantu menghilangkan sel-sel kulit mati, mengelakkan pori-pori tersumbat, mengecilkan pori-pori dan mengurangkan “whitehead” dan “blackhead”.

Krim jerawat dan ubat telan biasanya diberikan untuk mengurangkan jerawat yang bernanah dan juga mengurangkan radang pada kulit.

DR.LYNA menggunakan laser ACCELERA atau FOTONA DYNAMIS untuk melemahkan bakteria yang menyebabkan jerawat. Laser dicipta khas untuk membunuh bakteria punca jerawat iaitu Propionibacterium acnes. Selain dari itu, laser juga boleh mengurangkan bulu-bulu halus pada muka, mengecilkan pori-pori pada muka dan mengurangkan parut merah akibat jerawat pada muka.

Boleh hubungi DR.LYNA untuk pertanyaan lanjut. 097124007 atau 01112944724.





Rabu, 5 Oktober 2016

RAWATAN RAMBUT dr.LYNA MEDISPA & SKIN CENTRE



HAIR CUT                                                       RM 10
HAIR WASH                                   RM 15 – RM 20
HAIR TREATMENT                                      RM 45
HAIR SPA                                                        RM 65
STIM                                                                 RM 28
IRON                                                   RM 15-RM 25
HIGHLIGHT                                                   RM 85
HAIR COLOUR                             RM 50- RM 150
SANGGUL                                                       RM 20
LAYER                                                             RM 18

Isnin, 3 Oktober 2016

dr.LYNA AESTHETIC FORMULA SKINCARE

REJUVENATE YOUR SKIN WITH OUR EXCLUSIVE RANGE OF SKINCARE PRODUCTS


FACIAL dr.LYNA MEDISPA & SKIN CENTRE

PROMOSI FACIAL DI dr.LYNA MEDISPA & SKIN CENTER
HANYA RM 35 SAHAJA
UNTUK BOOKING SLOT PROMOSI FACIAL BOLEH HUBUNGI
KLINIK PRIMER NILAM PURI
097124007 & 0111-2944724

BODY MASSAGE dr.LYNA MEDISPA & SKIN CENTRE


BADAN PENAT?PERLUKAN SENTUHAN DARI PAKAR URUT?
dr.LYNA MEDISPA & SKIN CENTRE MENAWARKAN URUT BADAN RM50 SAHAJA..HANYA PELANGGAN WANITA SAHAJA
TELEFON 097124007 ATAU WHATSAPP 01112944724 UNTUK BOOKING TEMUJANJI

Isnin, 11 April 2016

KEKAL MUDA PADA USIA 50 AN




KEKAL MUDA PADA USIA 50 AN

            Kita seringkali tidak dapat mengelak dari masalah penuaan, masalah kesihatan dan masalah kulit. Masalah-masalah ini sering juga berkait rapat dengan punca-punca seperti stres, kurang rehat, hormon yang tidak seimbang dan kesan dari penggunaan kosmetik yang tidak bersesuaian.
   
         Manusia dan stres  memang tidak dapat dapat dipisahkan. Kita seringkali menghadapi tekanan, tidak kira sama ada kita di rumah, pejabat atau di tempat belajar. Ada sesetengah masyarakat stres bila melihat kekurangan pada diri masing-masing, seperti stres melihat tubuh yang tidak langsing dan stres melihat kulit muka yang semakin kusam. Dan stres juga boleh terjadi apabila anda menghadapi kerunsingan terhadap diri anda. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya masalah penuaan dan masalah kulit seperti kedutan.

            Pembahagian masa yang kurang efektif menyebabkan masalah kedutan pada bawah mata. Hal ini biasanya terjadi kepada golongan bekerja dan belajar. Mereka-mereka ini sering terdedah kepada kesibukan menguruskan sesuatu tugas sehingga menyebabkan masalah kurang tidur dan masalah mata yang sering memberi tumpuan kepada sesuatu seperti skrin komputer.

            Masalah gangguan hormon  boleh memberi kesan kepada kulit wajah. Antara tanda-tanda ketidakstabilan hormon ialah gangguan tidur, murung, ketidakseimbangan mood , sentiasa penat dan sakit kepala. Ianya sedikit demi sedikit akan menyebabkan masalah penuaan pada awal usia.
ATASI MASALAH KEDUTAN DAN PENUAAN!


            Ramai yang tertanya-tanya apakah rawatan untuk kekal muda walaupun sudah berusia 50 ke atas. Di Klinik Primer Nilam Puri, kami mempunyai  banyak kaedah rawatan, salah satunya ialah melalui suntikan anti kedut.

            Walau setebal mana pun mekap anda, sekiranya kedutan tidak dirawat, anda masih nampak jauh lebih berusia dari umur anda.
  
          Rawatan suntikan anti kedut mengambil  masa sekejap sahaja.  Kadar suntikan ini juga adalah bergantung kepada kulit dan kedutan yang terdapat di wajah pesakit.
   
         Pesakit akan dapat melihat ketegangan pada muka selepas seminggu menjalani rawatan anti kedut. Ianya amat berkesan untuk golongan yang berusia 20 tahun dan ke atas.  Hanya di KLINIK PRIMER NILAM PURI sahaja.

Selasa, 29 Mac 2016

JERAGAT KESAN DARI PENGGUNAAN PRODUK KOSMETIK BAHAYA

      Hati-hati dengan produk kosmetik. Semakin ramai pesakit yang mendapat jeragat akibat dari pemakaian produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang bahaya. Pada mulanya, muka nampak makin cerah, glowing...tapi selepas beberapa ketika, muka mula menjadi merah,pedih,ada kesan penggelupasan dan akhirnya muka jadi gelap dan jeragat mula menguasai kulit muka.
    Bila dah ada jeragat, rawatan yang terbaik adalah laser jeragat. Bukan semua laser sesuai dengan jeragat. Hanya laser tertentu sahaja yang dapat mengurangkan jeragat.  Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan laser dengan doktor estetik yang bertauliah.




 
Gambar di bawah adalah pesakit sebenar yang mendapatkan rawatan jeragat dengan DR. LYNA di KLINIK PRIMER NILAM PURI


Isnin, 28 Mac 2016

JANGAN TAKUT RAWAT MASALAH JERAGAT



JANGAN TAKUT RAWAT MASALAH JERAGAT
             

Image result for melasma   Jeragat seringkali dikaitkan dengan masalah penuaan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa jeragat juga mula tumbuh di kulit kita seawall usia remaja lagi. Hal ini adalah kerana kulit kita sering terdedah kepada sinaran UV yang boleh menyebabkan tompok-tompok hitam mula kelihatan pada kulit kita. Tompokan hitam ini juga boleh bersifat seperti jeragat atau berupa tahi lalat pada beberapa bahagian badan dan wajah. Jeragat-jeragat seperti ini dinamakan sebagai freckles, solar lentigenes dan melasma.
       

         Selain terdedah kepada sinaran UV, golongan wanita juga sering menghadapi masalah jeragat apabila mereka menggunakan alatan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berlebihan atau beracun. Produk-produk seperti ini boleh menyebabkan kulit kita menjadi semakin nipis dan amat berbahaya jika terdedah kepada sinaran matahari. Oleh itu, pilihlah produk-produk kosmetik yang disyorkan oleh pakar kulit atau doktor agar kulit anda tidak terdedah kepada agen-agen yang boleh menyebabkan masalah kulit.
                Jeragat juga dikatakan berkaitan rapat dengan peningkatan jumlah melanin dalam sel kulit. Antara punca peningkatan melanin dalam badan ialah seperti pengambilan pil perancang, kehamilan dan paparan sinar ultra violet yang boleh menyebabkan terjadinya hiperpigmentasi.

KAEDAH RAWATAN
Image result for qx max fotona                Ramai yang tertanya-tanya apakah rawatan yang sesuai untuk masalah jeragat ini. Di sini, kami ingin berkongsi cara rawatan kepada semua yang menghadapi masalah jeragat . Salah satu rawatannya ialah dengan menggunakan Q-Switched Nd:YAG Laser yang berkesan menyembuhkan masalah jeragat tanpa meninggalkan parut.
                Tompokan warna jeragat akan dirawat dengan pancaran laser dan seterusnya akan memecahkan warnanya kepada partikel yang lebih halus tanpa merosakkan lapisan kulit. Partikel-partikel ini seterusnya akan diserap di dalam badan dan disingkirkan melalui agen perkumuhan. Beberapa sesi rawatan laser diperlukan untuk memudarkan warna jeragat. Walaupun memerlukan banyak sesi, ia adalah rawatan paling selamat dan berkesan untuk semua lapisan masyarakat.
                Dr. LYNA menggunakan kaedah laser ini ke atas ramai pesakit terutamanya yang bermasalah jeragat. Kini kulit-kulit mereka telah dapat disembuhkan dengan kaedah rawatan ini dan mengembalikan semula keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat di luar sana. Pastikan anda mendapatkan rawatan laser di klinik dan dengan doktor yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
                 Pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari dan penggunaan sunscreen atau sunblock adalah wajib. Apakata anda mencuba REJUVENATING SUNSCREEN SPF50, produk penjagaan kulit yang diformulasi khas oleh Dr.LYNA untuk mengelakkan pancaran uv ke atas kulit muka.

Lymphatic Drainage Massage