Isnin, 11 April 2016

KEKAL MUDA PADA USIA 50 AN




KEKAL MUDA PADA USIA 50 AN

            Kita seringkali tidak dapat mengelak dari masalah penuaan, masalah kesihatan dan masalah kulit. Masalah-masalah ini sering juga berkait rapat dengan punca-punca seperti stres, kurang rehat, hormon yang tidak seimbang dan kesan dari penggunaan kosmetik yang tidak bersesuaian.
   
         Manusia dan stres  memang tidak dapat dapat dipisahkan. Kita seringkali menghadapi tekanan, tidak kira sama ada kita di rumah, pejabat atau di tempat belajar. Ada sesetengah masyarakat stres bila melihat kekurangan pada diri masing-masing, seperti stres melihat tubuh yang tidak langsing dan stres melihat kulit muka yang semakin kusam. Dan stres juga boleh terjadi apabila anda menghadapi kerunsingan terhadap diri anda. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya masalah penuaan dan masalah kulit seperti kedutan.

            Pembahagian masa yang kurang efektif menyebabkan masalah kedutan pada bawah mata. Hal ini biasanya terjadi kepada golongan bekerja dan belajar. Mereka-mereka ini sering terdedah kepada kesibukan menguruskan sesuatu tugas sehingga menyebabkan masalah kurang tidur dan masalah mata yang sering memberi tumpuan kepada sesuatu seperti skrin komputer.

            Masalah gangguan hormon  boleh memberi kesan kepada kulit wajah. Antara tanda-tanda ketidakstabilan hormon ialah gangguan tidur, murung, ketidakseimbangan mood , sentiasa penat dan sakit kepala. Ianya sedikit demi sedikit akan menyebabkan masalah penuaan pada awal usia.
ATASI MASALAH KEDUTAN DAN PENUAAN!


            Ramai yang tertanya-tanya apakah rawatan untuk kekal muda walaupun sudah berusia 50 ke atas. Di Klinik Primer Nilam Puri, kami mempunyai  banyak kaedah rawatan, salah satunya ialah melalui suntikan anti kedut.

            Walau setebal mana pun mekap anda, sekiranya kedutan tidak dirawat, anda masih nampak jauh lebih berusia dari umur anda.
  
          Rawatan suntikan anti kedut mengambil  masa sekejap sahaja.  Kadar suntikan ini juga adalah bergantung kepada kulit dan kedutan yang terdapat di wajah pesakit.
   
         Pesakit akan dapat melihat ketegangan pada muka selepas seminggu menjalani rawatan anti kedut. Ianya amat berkesan untuk golongan yang berusia 20 tahun dan ke atas.  Hanya di KLINIK PRIMER NILAM PURI sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lymphatic Drainage Massage