Isnin, 2 Januari 2012

Kanser Payu Dara

Kanser Payu Dara
Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan)
dalam tisu-tisu payudara.
Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:
• Lobus yang menghasilkan susu
• Duktus yang menghantar susu ke puting
• Tisu lemak payudara (jarang berlaku)
Kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser
tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif,
sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara. Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur.
Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara.
Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser.
Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev
telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting. Onkogen merupakan gen
yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah
dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan
kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik,
kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.
Perebakan
Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut:
• Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga
akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
• Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke
seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang,
tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
• Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada
dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser
mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya
merebak ke seluruh badan.
• Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara
sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami
metastasis.

Faktor-Faktor Risiko
Oleh kerana anda seorang wanita, anda memilki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser
payudara. Namun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko kanser
payudara ini.
Faktor Risiko Yang Tinggi
1. Umur; umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser
payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita
dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau
40 - 45 tahun.
2. Sejarah keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi
peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang
mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
3. Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin
merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan
kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun

Faktor Risiko Sederhana 
1. Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki
risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang
telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk
mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa
yang pendek.
2. Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya
pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini.
Adalah dipercayai disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.
3. Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil
perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk
memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi
4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.
5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara
pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.

Faktor Risiko Lain Yang Lebih Ringan 
Diet yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara. Kaitan ini telah
dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser payudara yang menyerang masyarakat yang
mengamalkan diet yang berbeza. Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk
menyokong teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara ini.
Kanser Payudara 3
Insidens
Kanser payu dara :
• Merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan kaum wanita di
Malaysia
• Biasanya berlaku di kalangan wanita sahaja dan jarang pada lelaki.
• Merupakan salah satu dari kanser yang amat biasa menyerang kaum wanita
• Jarang berlaku pada wanita di bawah umur 30 tahun
• Insidensnya meningkat dengan umur
Tanda - tanda dan gejala
Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan
dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
• Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh
pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payu dara
sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
• Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang
secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
• Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara
dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payu
dara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payu
dara juga akan berubah.
 
Komplikasi 
Dua komplikasi utama kanser payu dara ialah komplikasi setempat dan komplikasi disebabkan
perebakannya atau mengalami metastasis.
Komplikasi setempat termasuklah pembentukan ulser pada payu dara, sebagaimana yang berlaku
pada kanser payu dara inflamasi dan kehadiran semula kanser tersebut di tempat yang sama
selepas pembedahan.
Metastasis adalah satu proses di mana sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian lain di
seluruh tubuh badan. Dalam proses ini, sel-sel kanser telah mencerobohi saluran darah dan
saluran limfa untuk memasuki sistem peredaran darah dan limfa. Sel-sel kanser ini kemudiannya
akan bertapak di organ-organ lain dan memulakan pertumbuhan baru. Tempat utama yang
diserang melalui metastasis ini adalah tulang, hati dan paru-paru.

Ujian - Ujian 
Pemeriksaan Fizikal
Dalam pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa bahagian luar payudara termasuklah di
bahagian bawah lengan untuk mengenalpasti sebarang ketumbuhan atau perubahan yang wujud.
Doktor akan dapat menentukan saiz, tekstur dan pergerakannya atau mobiliti ketumbuhan
tersebut. Doktor mungkin akan mencadangkan supaya mamogram dilakukan


sumber dari internet

Ahad, 1 Januari 2012

Kepentingan Vitamin C Untuk Cantik dan kulit licin

Kepentingan Vitamin C 

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
  • di petik dari sumber internet

Lymphatic Drainage Massage