Saturday, May 24, 2014

HITAM BAWAH MATA



HITAM BAWAH MATA

SMS/WHATSAPP 01112944724
 
Lingkaran hitam bawah mata adalah perkara yang biasa berlaku. Walaubagaimanapun kehadirannya sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu. Ia disebabkan beberapa faktor seperti penuaan, keturunan, alahan, resdung, kurang tidur, kekurangan zat besi atau vitamin, hormon tiroid, stress dan juga masalah pada kelenjar adrenal.
Apabila usia semakin meningkat, penghasilan kolagen agak perlahan dan kulit di bawah mata kian menipis. Lemak di bawah kulit akan berkurang dan salur-salur darah akan jelas kelihatan di bawah kulit. Inilah penyebab kenapa terjadinya lingkaran hitam disebabkan faktor penuaan.

Nutrisi sememangnya memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata dan membuatkannya sentiasa sihat dan bersinar. Antara khasiat terbabit diperoleh daripada makanan yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zink.

Semua nutrisi berkenaan mampu mengatasi dan mengurangkan masalah biasa dialami mata sehingga 35 peratus. Oleh itu, pastikan diri mendapat diet seimbang dan jumlah antioksidan secukupnya melalui pemakanan yang sihat.


Antara makanan yang banyak menyumbang kepada kesihatan mata adalah buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, mempelam dan strawberi serta sayuran termasuk lobak merah dan bayam.


Cara untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata?
1.      Pastikan anda mengambil vitamin dan zat besi secukupnya.
2.      Diet yang seimbang
3.      Pemakaian krim pelindung matahari yang memberi perlindungan kepada sinaran UVA dan UVB dan SPF 30.
4.      Pastikan mendapat tidur yang mencukupi iaitu 7-9 jam.
5.      Mengurangkan pengambilan garam di dalam makanan.
6.      Elakkan merokok dan meminum arak.
7.      Sekiranya ada penyakit alahan seperti resdung, hendaklah mendapat rawatan dengan segera untuk mengelakkan kulit bawah mata menjadi lebih sembap dan gelap.
8.      Rawatan penggelupasan kulit (chemical peeling) juga boleh membantu mengurangkan warna gelap di bawah mata.
9.      Rawatan suntikan menggunakan cecair khas (filler) juga boleh membantu masalah gelap di bawah mata.
10.  Terdapat juga krim khas yang berkesan untuk mengurangkan kesan hitam dan sembap pada bawah mata. Krim tersebut hendaklah mengandungi beberapa bahan seperti “peptide”  untuk membantu masalah kulit gelap dan sembap bawah mata.

Di sini, saya perkenalkan produk terbaru yang berkesan untuk masalah gelap bawah mata dan juga mata sembap iaitu:

 

 REJUVENATING PEPTIDE EYE SERUM
Mengandungi bahan untuk mengelakkan proses penuaan kulit di sekitar mata. Ia juga membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di sekeliling mata, mengurangkan sembap pada mata dan juga berkesan mengurangkan tanda-tanda kehitaman di bawah mata.

Monday, May 12, 2014

GOUT



GOUT
Gout adalah sejenis penyakit radang sendi yang disebabkan kenaikan asid urik yang tinggi dalam darah. Genetik dan pengambilan protein yang banyak dalam diet adalah faktor penyumbang kepada penyakit ini.

Sendi pada ibu jari kaki adalah tempat yang biasa diserang oleh penyakit ini. Tanda-tanda penyakit gout adalah kawasan sendi menjadi merah, sakit, panas dan bengkak.

Terdapat beberapa ubat yang digunakan untuk merawat penyakit gout seperti ubat tahan sakit dan juga ubat untuk turunkan asid urik dalam darah. 

 Walaubagaimanapun, perubahan gayahidup yang sihat adalah perkara utama yang harus ditekankan untuk mengelak dari terkena penyakit gout. Makanan yang tinggi kandungan protein seperti daging, makanan laut dan kacang hendaklah dikurangkan.

PIRAH (TICKS)



PIRAH (TICKS)
Saya seringkali berhadapan dengan kes gigitan serangga “pirah” (ticks). Pirah adalah sejenis parasit yang suka menghisap darah. Ia biasa ditemui di kawasan yang beriklim panas dan lembap.

Tempat yang paling biasa digigit ialah di dalam lubang telinga. Pirah yang masuk di dalam telinga agak sukar untuk dibuang kerana ia melekat kuat pada dinding telinga. Ia akan bergerak masuk ke dalam telinga sekiranya disentuh. Oleh itu pesakit tidak dibenarkan untuk menyentuh serangga ini dan hendaklah mendapatkan rawatan dengan segera. 

Terdapat juga kes gigitan pirah di kelopak mata. Pernah beberapa kali saya temui kes dimana pesakit takut hendak datang lebih awal ke klinik kerana memikirkan mereka mendapat ketumbuhan pada kelopak luar mata. Mereka takut dibedah!! 

Saya juga pernah berhadapan dengan kes gigitan “pirah” di bahagian luar kemaluan. Pesakit tersebut pada mulanya ingin membeli ubat sapu di kaunter. Setelah dipujuk untuk berjumpa dengan doktor, barulah beliau bersetuju. Beliau hanya mengatakan gatal dan sedikit sakit di bahagian kemaluan dan menganggap mungkin disebabkan penyakit kurap. Saya terpaksa memujuknya untuk membuat pemeriksaan fizikal di tempat terbabit. Di dalam kotak fikiran saya, saya terbayangkan yang pesakit ini mungkin mengalami jangkitan kulit atau kayap. Rupa-rupanya, tanggapan awal saya salah setelah pemeriksaan terperinci dijalankan. Terdapat “pirah” yang agak besar di kawasan tersebut. Mungkin serangga ini sudah kenyang menghisap darah pesakit tersebut!!



ADUH SAKITNYA KAYAP



 ADUH SAKITNYA KAYAP

Encik Azman, berumur 40 tahun telah dijangkiti kayap semenjak beberapa hari yang lalu. Beliau telah berjumpa dengan “bomoh kayap” untuk merawat penyakit. Tetapi penyakit kian merebak dan beliau tidak tahan dengan kesakitan yang dihadapi. Beliau takut hendak berjumpa dengan doktor kerana menganggap bahawa penyakit kayap akan menjadi lebih teruk sekiranya mengambil ubat dari klinik atau hospital. Oleh kerana tidak tahan dengan sakit yang dihadapi, beliau terpaksa berjumpa dengan doktor. Setelah mengambil ubat, akhirnya beliau sudah semakin sihat. 

Kayap (herpes zoster) adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada “varicella zoster virus”. Penyakit ini mengambil masa di antara 3 sehingga 5 minggu untuk sembuh. Rawatan antivirus membantu untuk mengurangkan penularan penyakit ini tetapi hendaklah diambil dalam jangkamasa 72 jam setelah mendapat penyakit ini.

Terdapat beberapa komplikasi daripada penyakit kayap. “Postherpetic neuralgia” adalah kesan utama setelah mendapat kayap dimana pesakit akan mendapat kesakitan yang melampau. Penyakit ini juga terlalu sukar untuk dirawat. Selain daripada itu kayap juga boleh menyebabkan jangkitan pada otak, saraf, jangkitan bakteria dan juga kerosakan pada mata dan telinga.

Oleh itu penyakit kayap hendaklah diambil dengan serius dan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan awal.