Ahad, 13 Mei 2018

CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT DAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

Ada tak kat sini yang nak berubah dari saiz XXL ke saiz S????
Mesti uolls dah cuba bermacam-macam cara nak turunkan berat badan,kan?
Sebenarnya tahap metabolisma badan seseorang tak sama..Ada yang bernasib baik, mempunyai metabolisma badan yang tinggi..jadi makan banyak pun badan masih kurus dan maintain..
Bagi yang mempunyai metabolisma badan yang rendah pula, makan sikit pun berat badan tak turun2..walaupun dah join senaman, pergi gim, masuk zumba dll..
Sebenarnya berat badan tak akan turun jika cara diet yang kita amalkan itu salah..walaupun makan sikit, tapi berapa kerap anda makan setiaphari? Apa makanan yang anda makan? Adakah hormon pembakar lemak anda mencukupi? Adakah anda melakukan senaman yang betul?
Mesti uolls malu bila badan makin gemuk dan perut buncit,kan?

Doktor Lyna bagi tips bagaimana nak kempiskan perut dan turunkan berat badan dengan cepat.
Nanti lepas nie uolls tak payah lagi nak malu dengan makcik - makcik bawang yang mengata uollss gemuk tu tauuuuuu.



1.Pastikan ambil vitamin dan mineral yang mencukupi untuk badan



Tahukah anda bahawa ada sesetengah vitamin dan mineral amat membantu proses pembakaran lemak?
Pastikan anda mengambil supplemen yang cukup ye.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mengetahui supplemen yang sesuai untuk anda.



2. Amalkan puasa


Banyak kebaikan yang kita boleh dapat dengan berpuasa.
Berpuasa dapat membantu menurunkan berat badan dan memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pencernaan supaya berfungsi semula dengan lebih baik.


3.Kurangkan makan

Bab ni amat susah sikit ye. Sebab otak kita dah biasa dengan makanan..Jadi apabila tiba-tiba kena kurangkan kuantiti makanan, badan akan memberontak.
Anda mungkin akan rasa letih, sakit kepala dan lain-lain.


4.Tidur yang cukup

Tahukah anda bahawa semasa tidur, badan akan bakar lemak dalam badan anda?
Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi ye.

5. Kawal stres

Stres sebenarnya boleh menyebabkan anda gemuk.
Stres menyebabkan hormon kortisol meningkat. Apabila kortisol meningkat, ia akan merangsang penghasilan insulin dan seterusnya menyebabkan lebih banyak lemak akan disimpan di dalam badan.


6. Elakkan gula

Gula dan karbohidrat memang sedap. Otak kita memang ketagih dengan gula.
Pengambilan gula menyebabkan badan kita semakin gemuk.
Oleh itu elakkan sebarang gula dalam makanan dan pastikan kuantiti karbohidrat adalah sedikit untuk mengurangkan perut buncit.
Selain dari turunkan berat badan, pantang gula dan karbohidrat juga boleh merawat masalah jerawat tegar akibat masalah hormon atau selepas pakai produk muka yang rosak kulit tu. So, Uolls yang pening dengan masalah jerawat tu, apakata buang terus gula.



7.Pastikan tidak sembelit
Mesti ramai di kalangan kita yang ada sembelit kan?
Sembelit boleh menyebabkan berat badan payah nak turun.
Uolls kena tingkatkan pengambilan fiber dan mineral untuk membantu melawaskan sistem pembuangan yer..


8. Elakkan MSG


MSG ni memang sedap..Kalau tak letak dalam masakan memang tak sah.
Tapi sebenarnya MSG ni boleh merencat pembakaran lemak dalam badan.
Jadi impian nak perut kempis tu, memang susah ler.


9.Makan lemak sihat












 Contoh lemak sihat yang Uolss boleh amalkan ialah avakado dan minyak kelapa dara.


Minyak kelapa dara membantu meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak di dalam badan.
Uolls kena start cari kat pasaraya minyak kelapa dara ni ye..


10. Amalkan minum "apple cider vinegar"
Uolls boleh amalkan minum "APPLE CIDER VINEGAR" untuk membantu menurunkan berat badan.



11. Melakukan senaman khas untuk bakar lemak


Terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh membantu membakar lemak dengan cepat. Tapi ada sesetengah senaman sahaja yang terbukti berkesan untuk meningkatkan pembakaran lemak terutamanya di bahagian perut.

12. Pastikan aras hormon berada di dalam keadaan yang baik.

Pastikan aras hormon Uolss berada dalam  julat normal ye..
Kalau anda ada masalah hormon, berat badan susah nak turun tau.
Uolls juga boleh buat ujian hormon dengan DR.LYNA.


13. Elakkan makanan ringan

Hah..yang ni lagi satu..Kita memang tak boleh nampak makanan ringan dan makanan segera, kan?
Nak kurus terpaksalah berkorban sikit. Nak lagi senang, kalau pergi kedai atau pasaraya, jangan beli makanan macam ni. dan pastikan peti ais Uolss penuh dengan buah saja.



Kalau Uolss nak tahu lebih lanjut cara-cara nak turunkan berat badan, Uolss boleh sertai kelas kurus DR.LYNA. Doktor akan terangkan secara terperinci mengenai cara-cara nak turunkan berat badan dengan lebih berkesan.

Boleh hubungi 097124007 atau 01112944724













Lymphatic Drainage Massage