Khamis, 27 September 2018

Rawatan laser kaedah buang bulu roma muka/wajah, ketiak,dada,peha,betis,kawasan bikini


Rawatan laser kaedah buang bulu badan

Setiap wanita berharap untuk memiliki kulit yang halus, mulus dan licin yang bebas daripada bulu roma. Walaubagaimanapun, jika seseorang wanita memiliki bulu roma yang lebat dan panjang di muka, tangan dan kaki, ini akan meragut keyakinan wanita untuk bergaya dan seterusnya boleh membuatkan wanita tersebut rasa malu, rendah diri dan tertekan. Berbeza dengan kaum lelaki dimana lelaki bermisai dan berjanggut adalah suatu yang normal dan mereka akan dipandang “macho” jika mempunyai bulu di badan.

Oleh yang demikian ramai wanita tersilap langkah memilih cara traditional untuk membuang bulu-bulu tersebut dengan menggunakan pisau pencukur biasa atau melakukan rawatan kaedah lilin (wax). Penggunaan pisau cukur atau kaedah lilin boleh mengakibatkan kulit menjadi kusam, gelap malah bulu roma akan tumbuh lebih lebat.

Rawatan laser buang bulu adalah rawatan perubatan estetik terkini yang canggih dan terbaik untuk membuang bulu. Individu yang ingin membuat rawatan laser buang bulu badan dinasihatkan supaya melakukan rawatan laser dengan doktor bertauliah di klinik dan hospital sahaja. 

Laser Long Pulse Nd:Yag adalah laser terbaik dan selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit gelap. Di klinik Dr.LYNA, laser Long Pulse Nd:Yag FOTONA SP DYNAMIS digunakan untuk buang bulu roma. Laser Long Pulse Nd:Yag FOTONA SP DYNAMIS adalah laser pertama di Kota Bharu, Kelantan yang hanya ada di klinik DR.LYNA. Dr.Lyna mementingkan keselamatan pesakit dan keberkesanan rawatan. Jadi, hanya laser terbaik dibeli untuk merawat masalah badan berbulu.

Cahaya laser akan diserap oleh melanin (bahan yang memberi warna kepada bulu badan) kemudian menukarkan tenaga cahaya menjadi haba. Kesan cahaya laser ini akan merencatkan akar rambut (follicle) lantas menghalang pertumbuhannya. Oleh kerana laser diserap oleh pigmen akar bulu, ia sangat berkesan pada bulu yang mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. 

boleh hubungi DR.LYNA 097124007 atau 01112944724 untuk pertanyaan lanjut.

#laserbulukelantan #laserbulukotabharu #laserbulu #hilangbulu #buluroma #drlyna #laserdrlyna 




Isnin, 24 September 2018

LASER BUANG BULU ROMA-HILANGKAN BULU YANG GANGGU PENAMPILAN-DR.LYNA KLINIK PRIMER NILAM PURI

BADAN BERBULU GANGGU PENAMPILAN

Hari ini klinik saya didatangi oleh seorang wanita berkulit sawo matang bernama Puan Mazni. Puan Mazni ialah seorang guru, berusia 40 tahun dan berstatus ibu tunggal anak dua.

Sesi konsultasi bermula dengan linangan air mata. Beliau ditinggalkan oleh suami hanya kerana malu dirinya berbulu. Beliau membuka tudung dan menunjukkan kesan cukur pada muka. Masih ada tinggalan bulu pada dagu yang belum habis dicukur. Beliau juga menunjukkan gambar asal sebelum bercukur. Terdetik rasa kasihan kepadanya kerana muka asalnya penuh dengan bulu dan janggut. Dia begitu malu dengan rakan-rakan dan pelajar-pelajar sekolah. Sehinggakan ada rakan-rakan yang menggelarkan dirinya Maznah Janggut. Itu belum lagi bulu betis yang lebat. “Doktor boleh bantu saya tak? Saya malu dengan keadaan fizikal macam ni. Saya tak larat bercukur setiaphari. Saya juga pernah buat rawatan waxing di spa, namun bulu kembali tumbuh dengan lebat. Sampaikan muka dan kaki saya dah ada parut hitam akibat selalu buat rawatan waxing.”

Saya mencadangkan supaya beliau membuat rawatan laser buang bulu. Rawatan laser adalah yang terbaik dan berkesan berbanding rawatan waxing atau cukur.  Laser Long Pulse Nd:Yag adalah laser terbaik dan selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit gelap. Di klinik Dr.LYNA, laser Long Pulse Nd:Yag FOTONA SP DYNAMIS digunakan untuk buang bulu roma. Cahaya laser akan diserap oleh pigmen pada akar rambut. Ini akan membunuh akar bulu roma. Biasanya laser bulu dibuat beberapa kali untuk menampakkan kesannya.


Setelah beberapa kali membuat rawatan laser bulu, Puan Mazni kelihatan sangat gembira. Rakan-rakan sekolah memuji kulit wajah beliau kelihatan lebih cerah dan tiada parut hitam. Beliau amat berpuashati dengan rawatan laser bulu di klinik saya.

#laserbuluroma #laserbulu #hairremoval #laserhairremoval #drlyna #laserbulukelantan #hilangkanbulu






Ahad, 23 September 2018

VAMPIRE LASER

Hi uollss..
pernah dengar tak rawatan VAMPIRE LASER?

VAMPIRE LASER adalah sejenis rawatan terkini di mana kaedah laser digabungkan dengan "stem cell" untuk menghasilkan kulit yang lebih anjal, tegang, gebu, bersih, glowing.

RAWATAN VAMPIRE LASER sangat sesuai untuk mengurangkan parut berlubang, membaiki kulit rosak dan melambatkan garis2 halus pada muka. Secara mudahnya, rawatan ini adalah untuk mengembalikan keremajaan kulit @ awet muda.



Selepas laser dibuat pada permukaan kulit muka, “stem cell” akan dimasukkan ke bahagian muka. Rawatan ini akan membaiki sel kulit , merangsang kolagen dan membina sel dan kolagen yang baru.


Rawatan VAMPIRE LASER mempunyai “downtime” selama beberapa hari. Pesakit dinasihatkan mengelakkan terkena cahaya matahari secara berterusan, memakai krim pelindung matahari dan menggunakan skincare yang sesuai.






MASALAH KULIT JERAWAT


Hi semua..

Bercakap pasal jerawat ni, rasanya hampir semua orang ada pengalaman muka naik jerawat,kan? Jerawat ni ada macam2 bentuk iaitu blackhead, whitehead, papule, pustule, nodule, cystic lesion.

Jerawat (Acne vulgaris) berpunca daripada beberapa faktor seperti keturunan, hormon tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan, tersilap pakai produk kosmetik yang ada bahan kimia bahaya seperti merkuri, tidak menggunakan pencuci muka yang sesuai, pengambilan ubat2 tertentu dan juga tekanan atau sentuhan fizikal di muka seperti memakai cermin mata, pin tudung di bawah dagu,tali dagu topi keledar dan kolar baju.

Jerawat terjadi akibat daripada peningkatan penghasilan sebum, pertumbuhan kuman Propionibacterium Acnes, pertumbuhan sel-sel di dalam folikel secara tidak terkawal yang membentuk plug dan radang (inflamasi).

Oleh itu, jerawat adalah sejenis penyakit yang perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang boleh memberi masalah kepada emosi dan psikologi pesakit.
 
Tujuan utama rawatan jerawat adalah mengurangkan penghasilan minyak pada muka, merawat pori-pori muka daripada tersumbat dan mengurangkan radang dan jerawat yang bernanah pada muka.
Penghasilan minyak yang berlebihan pada muka boleh dikawal dengan melakukan rawatan penggelupasan kimia (chemical peeling). Rawatan “chemical peeling” sangat membantu untuk mengeringkan kulit yang berminyak, dan mambantu membersihkan pori-pori muka dari tersumbat.

Jerawat boleh dirawat dengan ubat telan, ubat sapu di muka, rawatan LASER FOTONA SP DYNAMIS. 

Parut jerawat berlubang dan pori-pori yang besar juga boleh dirawat dengan rawatan LASER FOTONA SP DYNAMIS. 

PRP LASER juga sangat membantu untuk memulihkan muka yang ada parut berlubang.


RAWATAN KULIT JERAWAT : CHEMICAL PEELING





 


RAWATAN KULIT JERAWAT: LASER JERAWAT







Boleh hubungi 097124007 atau 01112944724 untuk berjumpa dengan DR.LYNA-Perunding rawatan estetik dan penyakit kulit anda.

Pengalaman Rawatan Chemical Peeling (penggelupasan kimia) di KLINIK PRIMER NILAM PURI -DR.LYNA






Biasanya selepas 3 hari, anda akan nampak hasilnya pada wajah sedikit demi sedikit. Jerawat semakin berkurang, kulit tak lagi kusam dan tona kulit lebih sekata..

Jadi kepada anda yang berminat, anda boleh datang berjumpa dengan DR.LYNA di klinik DR.LYNA di NILAM PURI,KELANTAN.
Anda boleh telefon 097124007 atau 01112944724 untuk temujanji dengan doktor.

Rabu, 19 September 2018

PENGALAMAN BUAT RAWATAN LASER DI KLINIK ESTETIK KELANTAN (KLINIK DR.LYNA) https://sites.google.com/view/drlynaklinikprimernilampuri/home

 


Ini yang anda perlu tahu berkenaan rawatan pico laser

Hai semua...

Ramai yang tanya doktor, laser ni sakit ke?jadi ke?ada kesan sampingan ke?
Terlalu banyak yang bertanya sebab nak tau..
Ada yang tanya rawatan apa yang boleh pudarkan jeragat?

 

 

 

 

 
Ok..meh doktor nak story sikit..
Apa itu LASER?


LASER adalah "Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation"..haishh..terbelit nak sebut,kan?

LASER adalah salah satu rawatan estetik yang wajib dilakukan oleh doktor bertauliah yang ada sijil estetik, dan laser dilakukan di klinik yang diiktiraf oleh KKM..

Untuk merawat masalah "pigmentation" seperti jeragat (melasma), tanda lahir, tattoo, parut hitam akibat luka jerawat atau kesan produk dll, "Nd:YAG Q SWITCHED LASER" adalah yang terbaik..biasanya laser ni ada brand yang tersohor dan diakui keberkesanannya..yang biasa doktor estetik guna adalah jenama MEDLITE dan FOTONA..
Laser ni mahal tau!!boleh beli sebiji rumah dah..
Jadi sebab tu doktor terpaksa caj rawatan laser..Tak boleh nak bagi murah!!





Laser untuk merawat jeragat ni tak sakit, dan anda boleh pergi kerja seperti biasa selepas biasa...
Sebelum laser, doktor akan sapu "numb cream" atau krim kebas..sebenarnya, bukanlah kebas sangat pun..cuma "less pain" jer..krim ni kena tunggu dalam 40 minit untuk nampak kesan..kemudian doktor akan start buat rawatan laser..
selepas laser, muka pesakit direhatkan sekejap dengan memakai mask penyejuk muka sebelum boleh keluar dari klinik.
Rata-rata pesakit doktor ok jer selepas laser..takde "DOWN TIME"...



Laser untuk merawat jeragat ni tak sama dengan LASER SKIN REJUVENATION YE..
Hmm...apa maksud LASER SKIN REJUVENATION?
Laser skin rejuvenation adalah laser yang digunakan untuk membaiki struktur kulit, nak baiki parut berlubang akibat jerawat, nak jadikan kulit lebih awet muda gitu..secara kasarnya nak melambatkan kedutan pada wajah..

Contoh laser ni adalah CO2 LASER DAN ERBIUM LASER..

Doktor suka ERBIUM LASER kerana kurang kesan sampingan berbanding CO2 laser..
Kedua-dua LASER CO2 dan ERBIUM laser ada kesan sampingan tau..ada "down time"..Pesakit dinasihatkan mengelakkan cahaya matahari seminggu selepas membuat rawatan laser. Ada juga beberapa langkah penjagaan yang patut diambil oleh pesakit..Hah!! nak tau lebih2 tu kena datang jumpa Doktor Lyna di klinik lah ye..










Boleh jenguk website klinik primer nilam puri

https://sites.google.com/view/drlynaklinikprimernilampuri/home

https://sites.google.com/view/drlynaklinikprimernilampuri/home

klinik hilangkan jeragat terbaik malaysia

klinik hilangkan jerawat terbaik malaysia

rawatan kulit kota bharu-laser treatment kota bharu dr.lyna klinik primer nilam puri  https://sites.google.com/view/drlynaklinikprimernilampuri/home

pico laser kota bharu - tak sakit, lebih selamat, lebih berkesan

picosecond aesthetic laser terbaik di kelantan ada di klinik primer nilam puri kota bharu kelantan

pico laser promo ada di klinik primer nilam puri kota bharu kelantan

best melasma treatment in malaysia klinik primer nilam puri

melasma laser kota bharu klinik primer nilam puri


what is the best laser treatment for melasma? Pico laser fotona kota bharu klinik primer nilam puri

Selasa, 18 September 2018

KLINIK ESTETIK, NILAM PURI, KOTA BHARU, KELANTAN




Alhamdulillah.. akhirnya DR.LYNA- KLINIK PRIMER NILAM PURI, mendapat pengiktirafan dari KKM untuk melakukan prosedur estetik di klinik.

Rawatan estetik seperti rawatan:

Microdermabrasion
Chemical peeling
Suntikan Botox
Suntikan Filler
Laser untuk pigmentasi seperti jeragat,tanda lahir, tattoo
Laser untuk rejuvenasi kulit seperti erbium laser
Laser buang bulu
Rawatan tegang kulit

Selain itu, DR.LYNA juga buat rawatan kulit jerawat, rawatan buang tahi lalat/skin tag/keratosis.

Boleh hubungi DR.LYNA di talian 097124007 atau 01112944724


DR.LYNA,
DOKTOR PERUBATAN DAN PERUNDING ESTETIK YANG DIIKTIRAF KKM




Sabtu, 15 September 2018

RAWATAN "MICRODERMABRASION SILKPEEL" BOLEH BUAT SENDIRI DI RUMAH

Teringin nak buat rawatan facial silkpeel?
Tapi budget ciput jer..huhuhu
Jangan risau..
Uolls boleh buat rawatan microdermabrasion silkpeel sendiri di rumah tau!!
Eh ? Camana pulak tu?
Hah ..sis nak beritau ni..
Ada produk yang bagus..produk dibuat di USA, tapi harga amat berpatutan..

👉 Rejuvenating ultimate jojoba oil👍👍👍
Kalau nak muka lebih flawless,berseri dan untuk anti-penuaan, apakata cuba pencuci muka terbaik dari Dr.Lyna ni?

dr.LYNA REJUVENATING ULTIMATE JOJOBA WASH


dr.LYNA REJUVENATING ULTIMATE JOJOBA WASH

Tak sama macam scrub biasa yang mudah didapati kat kedai..

Ia ada biji berwarna biru yang boleh:
Membuang sel2 mati pada kulit wajah
Menghilangkan minyak pada muka
Menghilangkan kekotoran pada wajah termasuk makeup.
Jadikan kulit menjadi lebih sihat dan berseri.


Biji2 ini akan hancur dan hilang dengan sendiri..
Jadi ia selamat digunakan setiaphari oleh semua jenis kulit.
🙅‍♂️ TANPA PARABEN
🙅‍♂️ TANPA SODIUM LAURETH SULPHATE
PH ASID 👍👍👍

Produk terbaik dan berkualiti untuk semua masalah kulit.
Boleh hubungi DR.LYNA 097124007 ATAU 01112944724

Lymphatic Drainage Massage