Isnin, 24 September 2018

LASER BUANG BULU ROMA-HILANGKAN BULU YANG GANGGU PENAMPILAN-DR.LYNA KLINIK PRIMER NILAM PURI

BADAN BERBULU GANGGU PENAMPILAN

Hari ini klinik saya didatangi oleh seorang wanita berkulit sawo matang bernama Puan Mazni. Puan Mazni ialah seorang guru, berusia 40 tahun dan berstatus ibu tunggal anak dua.

Sesi konsultasi bermula dengan linangan air mata. Beliau ditinggalkan oleh suami hanya kerana malu dirinya berbulu. Beliau membuka tudung dan menunjukkan kesan cukur pada muka. Masih ada tinggalan bulu pada dagu yang belum habis dicukur. Beliau juga menunjukkan gambar asal sebelum bercukur. Terdetik rasa kasihan kepadanya kerana muka asalnya penuh dengan bulu dan janggut. Dia begitu malu dengan rakan-rakan dan pelajar-pelajar sekolah. Sehinggakan ada rakan-rakan yang menggelarkan dirinya Maznah Janggut. Itu belum lagi bulu betis yang lebat. “Doktor boleh bantu saya tak? Saya malu dengan keadaan fizikal macam ni. Saya tak larat bercukur setiaphari. Saya juga pernah buat rawatan waxing di spa, namun bulu kembali tumbuh dengan lebat. Sampaikan muka dan kaki saya dah ada parut hitam akibat selalu buat rawatan waxing.”

Saya mencadangkan supaya beliau membuat rawatan laser buang bulu. Rawatan laser adalah yang terbaik dan berkesan berbanding rawatan waxing atau cukur.  Laser Long Pulse Nd:Yag adalah laser terbaik dan selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit gelap. Di klinik Dr.LYNA, laser Long Pulse Nd:Yag FOTONA SP DYNAMIS digunakan untuk buang bulu roma. Cahaya laser akan diserap oleh pigmen pada akar rambut. Ini akan membunuh akar bulu roma. Biasanya laser bulu dibuat beberapa kali untuk menampakkan kesannya.


Setelah beberapa kali membuat rawatan laser bulu, Puan Mazni kelihatan sangat gembira. Rakan-rakan sekolah memuji kulit wajah beliau kelihatan lebih cerah dan tiada parut hitam. Beliau amat berpuashati dengan rawatan laser bulu di klinik saya.

#laserbuluroma #laserbulu #hairremoval #laserhairremoval #drlyna #laserbulukelantan #hilangkanbulu






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lymphatic Drainage Massage