Isnin, 28 Mac 2016

JANGAN TAKUT RAWAT MASALAH JERAGAT



JANGAN TAKUT RAWAT MASALAH JERAGAT
             

Image result for melasma   Jeragat seringkali dikaitkan dengan masalah penuaan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa jeragat juga mula tumbuh di kulit kita seawall usia remaja lagi. Hal ini adalah kerana kulit kita sering terdedah kepada sinaran UV yang boleh menyebabkan tompok-tompok hitam mula kelihatan pada kulit kita. Tompokan hitam ini juga boleh bersifat seperti jeragat atau berupa tahi lalat pada beberapa bahagian badan dan wajah. Jeragat-jeragat seperti ini dinamakan sebagai freckles, solar lentigenes dan melasma.
       

         Selain terdedah kepada sinaran UV, golongan wanita juga sering menghadapi masalah jeragat apabila mereka menggunakan alatan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berlebihan atau beracun. Produk-produk seperti ini boleh menyebabkan kulit kita menjadi semakin nipis dan amat berbahaya jika terdedah kepada sinaran matahari. Oleh itu, pilihlah produk-produk kosmetik yang disyorkan oleh pakar kulit atau doktor agar kulit anda tidak terdedah kepada agen-agen yang boleh menyebabkan masalah kulit.
                Jeragat juga dikatakan berkaitan rapat dengan peningkatan jumlah melanin dalam sel kulit. Antara punca peningkatan melanin dalam badan ialah seperti pengambilan pil perancang, kehamilan dan paparan sinar ultra violet yang boleh menyebabkan terjadinya hiperpigmentasi.

KAEDAH RAWATAN
Image result for qx max fotona                Ramai yang tertanya-tanya apakah rawatan yang sesuai untuk masalah jeragat ini. Di sini, kami ingin berkongsi cara rawatan kepada semua yang menghadapi masalah jeragat . Salah satu rawatannya ialah dengan menggunakan Q-Switched Nd:YAG Laser yang berkesan menyembuhkan masalah jeragat tanpa meninggalkan parut.
                Tompokan warna jeragat akan dirawat dengan pancaran laser dan seterusnya akan memecahkan warnanya kepada partikel yang lebih halus tanpa merosakkan lapisan kulit. Partikel-partikel ini seterusnya akan diserap di dalam badan dan disingkirkan melalui agen perkumuhan. Beberapa sesi rawatan laser diperlukan untuk memudarkan warna jeragat. Walaupun memerlukan banyak sesi, ia adalah rawatan paling selamat dan berkesan untuk semua lapisan masyarakat.
                Dr. LYNA menggunakan kaedah laser ini ke atas ramai pesakit terutamanya yang bermasalah jeragat. Kini kulit-kulit mereka telah dapat disembuhkan dengan kaedah rawatan ini dan mengembalikan semula keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat di luar sana. Pastikan anda mendapatkan rawatan laser di klinik dan dengan doktor yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
                 Pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari dan penggunaan sunscreen atau sunblock adalah wajib. Apakata anda mencuba REJUVENATING SUNSCREEN SPF50, produk penjagaan kulit yang diformulasi khas oleh Dr.LYNA untuk mengelakkan pancaran uv ke atas kulit muka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lymphatic Drainage Massage