Tips
Mencegah Dan Merawat Jerawat Dari Pakar Aestetik Dr.LYNA, KLINIK PRIMER NILAM PURI, KELANTAN
Ramai
wanita berminat kepada produk kosmetik yang menjanjikan kulit lebih cerah,
glowing dan dapat merawat jeragat dalam jangkamasa yang singkat.
Wanita
hendaklah berhati-hati dalam memilih produk kosmetik kerana terdapat beberapa
produk kosmetik di pasaran yang mengandungi racun berjadual, merkuri,
hidrokuinon dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.
Ramai
pesakit yang saya temui di klinik mempunyai masalah kulit yang agak teruk kesan
dari penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan larangan, termasuk racun
berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Kesan sampingan produk
kosmetik tersebut adalah seperti mudah naik jerawat, bintik hitam pada wajah,
kulit jadi merah,pedih,gelupas dan akhirnya jeragat.
Bagaimana
memilih produk penjagaan kulit yang baik ?
Produk
penjagaan kulit yang baik hendaklah
Mengandungi
bahan aktif yang terbukti secara
saintifik dan mempunyai kajian klinikal.
Tidak
mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kulit menjadi alahan atau alergik seperti
kulit kering, menggelupas, merah dan pedih.
Anda
haruslah berhenti menggunakan produk kosmetik dengan segera sekiranya terdapat
tanda-tanda seperti
- Kulit muka berubah putih dalam tempoh singkat (semakin tinggi kadar merkuri lebih cepat kulit jadi putih).
- Bila disapu pada kulit , terasa panas dan gatal.
- Pemakaian awal menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.
- Bila berhenti memakai produk ini akan timbul jerawat kecil atau bintik hitam pada wajah.
SAYANGI WAJAH ANDA!!
Pilih produk yang selamat.
Pilih produk yang selamat.
Uolls nak tau ke apa tips untuk elak jerawat?
Tips 1
Pastikan pakai produk yang lulus KKM, selamat dan ada kajian klinikal dan diakui oleh pakar kulit/dermatologist seperti produk skincare Dr.LYNA
Tips 2
Elakkan makan makanan karbohidrat yang tinggi
indeks glisemik seperti coklat, makanan manis,air manis,air tin, kuih,dessert,
makanan segera.
Tips 3
Elakkan makan makanan berasaskan tenusu
Tips 4
Elakkan makanan yang mengandungi bahan-bahan seperti:
Methylparaben,
propylparaben, butylparaben, and ethylparaben.
b Sodium
laureth sulphate
Rumpai
laut / alga / kolagen
Tips 5
Elakkan sentuh muka dengan tangan yang tak bersih. Jangan picit jerawat.
#drlyna #klinikprimernilampuri #PrimerNilampuri #skin #acne #jerawat #rawatanjerawat #produkmerawatjerawat #laser #laserjerawat #kulitrosak #drlynaskincare
Tiada ulasan:
Catat Ulasan