Selasa, 9 Oktober 2018

RAWATAN JERAWAT, DR.LYNA , DOKTOR ESTETIK KELANTAN

Jerawat adalah sejenis penyakit kulit yang biasa muncul di wajah. Jerawat ni ada macam2 bentuk iaitu blackhead, whitehead, papule, pustule, nodule, cystic lesion.

Jerawat (Acne vulgaris) berpunca daripada beberapa faktor seperti keturunan, hormon tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan, tersilap pakai produk kosmetik yang ada bahan kimia bahaya seperti merkuri, tidak menggunakan pencuci muka yang sesuai, pengambilan ubat2 tertentu dan juga tekanan atau sentuhan fizikal di muka seperti memakai cermin mata, pin tudung di bawah dagu,tali dagu topi keledar dan kolar baju.

Jerawat terjadi akibat daripada peningkatan penghasilan sebum, pertumbuhan kuman Propionibacterium Acnes, pertumbuhan sel-sel di dalam folikel secara tidak terkawal yang membentuk plug dan radang (inflamasi).

Oleh itu, jerawat adalah sejenis penyakit yang perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang boleh memberi masalah kepada emosi dan psikologi pesakit.
 
Tujuan utama rawatan jerawat adalah mengurangkan penghasilan minyak pada muka, merawat pori-pori muka daripada tersumbat dan mengurangkan radang dan jerawat yang bernanah pada muka.
Penghasilan minyak yang berlebihan pada muka boleh dikawal dengan melakukan rawatan penggelupasan kimia (chemical peeling). Rawatan “chemical peeling” sangat membantu untuk mengeringkan kulit yang berminyak, dan mambantu membersihkan pori-pori muka dari tersumbat.

Jerawat boleh dirawat dengan ubat telan, ubat sapu di muka, rawatan LASER FOTONA SP DYNAMIS. 

Parut jerawat berlubang dan pori-pori yang besar juga boleh dirawat dengan rawatan LASER FOTONA SP DYNAMIS. 

PRP LASER juga sangat membantu untuk memulihkan muka yang ada parut berlubang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lymphatic Drainage Massage