Isnin, 22 Oktober 2018

Pengalaman Rawatan Penggelupasan Kimia (Chemical Peel) di klinik DR.LYNA di Primer Nilam Puri.


Rawatan Chemical Peeling / Penggelupasan Kimia




Klinik Primer Nilam Puri- Klinik Aestetik pilihan tepat untuk dapatkan rawatan Rawatan Chemical peeling / Penggelupasan Kimia




Pengalaman Rawatan Penggelupasan Kimia (Chemical Peel) di klinik DR.LYNA di Primer Nilam Puri.

"Saya sudah cuba rawatan Chemical Peeling dengan DR.LYNA, ternyata kulit terasa berbeza dan seperti mendapat kulit yang baru"- Cik Mira..

Rawatan pengelupasan kimia atau lebih dikenali dengan nama Chemical Peeling adalah satu rawatan khas yang dilakukan oleh doktor bertauliah dalam bidang estetik untuk membantu proses pengelupasan kulit mengikut kedalaman tertentu, memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang selamat dan sesuai buat mereka yang mahu memperbaiki kulit sama ada pada wajah, leher ataupun tangan. 

Rawatan ini sesuai untuk  lelaki dan perempuan terutamanya yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kesan tinggalan jerawat, sunburn, pori-pori muka yang besar dan tersumbat, tona kulit tidak sekata, serta kulit kusam. Rawatan ini juga mampu merawat kesegaran kulit wajah, mengurangkan masalah kulit kusam, mengurangkan masalah tona kulit yang tidak sekata, membantu mengembalikan keanjalan kulit dan juga merawat garis-garis halus pada wajah.

Dr.LYNA akan meneliti muka terlebih dahulu sebelum mencadangkan rawatan Chemical Peel.
Mula-mula, muka akan dibersihkan dari segala kekotoran termasuk make-up. Kemudian, cecair pengelupasan kimia akan disapukan ke permukaan kulit.
  
Anda dinasihatkan untuk tidak menyental/ menggosok, mencabut kulit, atau menggaru kulit dan mengelakkan pancaran matahari secara langsung. Sebarang penggunaan produk kecantikan dan make-up tidak digalakkan sehingga proses pengelupasan sempurna dan kulit menjadi normal.  

Biasanya selepas hari ke-3, pesakit akan nampak hasilnya pada wajah sedikit demi sedikit. Kulit tak lagi kusam dan tona kulit lebih sekata dan kesan sunburn pada kulit pun semakin berkurang. Malah kulit menjadi lebih sihat dan kelihatan lebih muda.

Jom jumpa Dr.LYNA untuk mengetahui rawatan ini dengan lebih lanjut.
DR.LYNA, Pakar estetik anda 
Kelantan, Malaysia

Telefon: 097124007
Whatsapp: 01112944724

#drlyna #primernilampuri #aesthetic #klinikestetikkelantan #klinikrawatankulit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lymphatic Drainage Massage