Aduh, sakitnya kaki. Kena “nyetok karung” pulok doh. Nyetok karung @ tarik
mengkarung @ simpul biawak @ cramps merupakan kekejangan otot kaki terutamaya betis.
Ia biasanya berlaku sewaktu bersukan atau tidur waktu malam.
Apakah punca berlakunya kejang kaki ini?
- Kekurangan air di dalam badan (dehidrasi)
- Senaman atau aktiviti fizikal berlebihan
- Kekurangan mineral seperti potassium, sodium, kalsium dan magnesium di dalam badan akibat dari diet melampau atau kesan dari ubat-ubatan.
- Tidur dengan keadaan kaki bertindih yang menjejaskan aliran darah.
- Kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti frusemide dan lain-lain.
Siapa mudah terkena kejang otot?
- Pesakit yang ada vena varikos (varicose vein) di bahagian kaki. Vena varikos berwarna biru atau ungu gelap, membonjol, dan bersimpul atau membengkak. Elakkan berdiri atau duduk untuk tempoh yang panjang
- Pesakit kencing manis (diabetes mellitus)
- Penghidap kekurangan hormon tiroid.
- Wanita hamil
- Warga emas
- Pesakit buah pinggang
Sekiranya anda selalu mengalami masalah kejang otot,
segeralah berjumpa dengan doktor.
Klinik Primer Nilam Puri menawarkan ujian darah dan
pemeriksaan untuk merawat masalah kejang otot ini.
Anda boleh hubungi 097124007 atau whatsapp 0177780900
#laserkelantanklinikprimernilampuri
#klinikprimernilampuriacneclinickelantan
#drlynaklinikprimernilampuri
#klinikprimernilampurimelasmaclinicinkelantan
#tarikmengkarungklinikprimernilampuri
#crampkakiklinikprimernilampuri
#kejangototklinikprimernilampuri
#simpulbiawakklinikprimernilampuri
#klinikprimernilampuriaestheticclinickelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan