Sabtu, 9 Ogos 2025

CARA NAK CARI PENCUCI YANG SESUAI DENGAN MUKA- TIPS DARI DR. LYNA

Produk penjagaan muka yang sesuai dengan kulit muka sebenarnya bergantung kepada keadaan kulit pada masa tersebut. Tapi secara kasarnya, elakkan produk yang mengandungi sulphate, paraben, produk pencuci muka beralkali. Pencuci muka mestilah rendah pH sekitar 5.5.


Jika anda ada masalah jerawat dan kulit berminyak, anda boleh guna skincare yang ada bahan chemical peeling seperti AHA atau BHA tapi pastikan tiada bahan “comedogenic” dan “fungal acne trigger”.


Contoh bahan  “comedogenic”:

  • Sodium laureth sulphate
  • Stearic acid
  • Myristic acid
  • Tocopherol (vitamin e)
  • Isopropyl palmitate

Contoh bahan  “fungal acne trigger”:

  • Myristic acid
  • Stearic acid
  • Palmitic acid
  • Isoprophyl myristate


Sekiranya anda mengalami masalah kulit merah, pedih, kering dan gelupas, lebih baik anda berhentikan semua produk skincare yang anda pakai dan berjumpa dengan pakar kulit estetik dan dermatologi di klinik yang diiktiraf.


Dr.Lyna di Klinik Primer Nilam Puri menyediakan perkhidmatan konsultasi dan rawatan jerawat, kulit, eczema, jeragat, parut jerawat, parut hitam, parut lekuk/berlubang estetik, dermatologi dan juga rawatan perubatan sakit luar (general medical).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan