Isnin, 11 Ogos 2025

Eh? Klinik Primer Nilam Puri ni klinik swasta ke? Ingatkan klinik aesthetic untuk kulit je..

 

Semasa Klinik Primer Nilam Puri memberi rawatan percuma MADANI kepada pesakit, ramai betul pesakit datang..Alhamdulillah.

Tapi kami dapat banyak feedback. Rupa-rupanya ramai pesakit kami konfius dan takut nak datang klinik kami. Mereka ingat Klinik Primer Nilam Puri ni sejenis klinik swasta untuk merawat masalah kulit sahaja.

Sebabnya tengok kat cermin depan klinik banyak poster berkaitan servis rawatan laser dan aesthetic..

Sebenarnya doktor kat Klinik Primer Nilam Puri ni semua boleh buat...😆😍 Doktor Multitasking!! 

Fungsi utama klinik kami mestilah klinik perubatan swasta (private clinic). Kami merawat semua jenis penyakit yang boleh dirawat di klinik pesakit luar.

Jika ada sebarang penyakit yang berisiko atau bahayakan kesihatan, kami akan buat surat rujukan ke hospital untuk mendapatkan rawatan seterusnya.

Dr.Lyna kan ada LCP untuk buat rawatan estetik di klinik. Jadi dalam borang pendaftaran klinik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Klinik Primer Nilam Puri dibenarkan memberi perkhidmatan estetik di klinik selain rawatan perubatan biasa.

Jadi klinik kami ada 2 bahagian/ ruang.

Kalau ada sakit, demam, batuk, lelah, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dalam darah, sakit urat, gout, nak buat ultrasound dan lain2, anda boleh datang ke Klinik Primer Nilam Puri untuk berjumpa dengan doktor kami.

Kalau anda ada sakit kulit, jerawat, jeragat, nak buang kutil, tahi lalat dan nak inject skin booster, laser dan prosedur estetik, anda boleh datang ke Klinik Primer Nilam Puri dan berjumpa dengan Dr. Lyna.

Sesetengah klinik estetik cuma menawarkan rawatan estetik sahaja di klinik. Tak bercampur dengan rawatan perubatan biasa.

Tapi prinsip Dr. Lyna adalah nak bagi rawatan terbaik untuk semua pesakit. Jadi semua servis perkhidmatan klinikal dan estetik Dr.Lyna buat. Sebabnya, ada pesakit yang demam, tapi pada masa sama berminat nak buat laser dan rawatan estetik. Itu sebabnya Dr. Lyna tak pisahkan rawatan perubatan biasa dengan rawatan estetik di klinik. Kiranya satu center boleh ada semua..Macam 1 stop center gitu.

Sebab tu ada 2 bahagian atau ruang di dalam klinik untuk pisahkan kedua-dua rawatan ini.

Kesimpulannya, Klinik Primer Nilam Puri ni kiranya private clinic (klinik swasta) dan juga aesthetic clinic gitu..😍😍😊


#klinikprimernilampuriklinikswastakelantan

#klinikprimernilampuriprivateclinickelantan

#klinikprimernilampuriklinikkulitjerawatekzemajerawatjeragat

#klinikkulitklinikprimernilampuri

#klinikekzemaklinikprimernilampuri

#klinikjerawatklinikprimernilampuri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan