Ahad, 3 April 2011

TUA TAPI CANTIK


MINGGU lepas saya berpeluang bertemu sekumpulan wanita di suatu majlis anjuran sebuah kelab. Saya diminta memberi nasihat kecantikan dan kesihatan kepada kaum wanita berusia selepas 40-an. Saya berasa bertuah dapat bertemu wanita yang rata-ratanya berusia antara 40 dan 60 tahun. Mereka tetap aktif, cantik dan anggun.

Inilah generasi yang menjadi kebanggaan Malaysia. Di usia lewat 30-an malah melepasi 40-an, wanita masa kini mencapai kestabilan dalam kerjaya dan ekonomi. Mereka juga tidak mahu melepaskan peluang menimba ilmu bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Saya kagum melihat wanita yang bukan saja jelita malah bijaksana.

Kumpulan wanita yang saya temui meminta petua dan cadangan bagaimana mahu meningkatkan penampilan masing-masing. Di abad ini kemajuan perubatan esthetic dan anti penuaan mula mendapat tempat di hati mereka. Ramai yang mula menyedari bahawa kekal sihat dan cantik di usia melepasi 40-an dapat dicapai dengan kaedah saintifik dan bukannya sesuatu yang mustahil. Apabila darah kekal muda sudah pasti kita juga akan tampak muda dan tidak akan terkena penyakit penuaan seperti lupa, nyanyuk dan tulang rapuh.

Menjadi tua dan keletihan bukanlah satu takdir. Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan menjadikan kita mampu mengubahnya demi mendapat sebuah kehidupan yang lebih berkualiti dan sejahtera. Kita yang bakal menentukan masa depan serta nasib kita sendiri. Sekiranya kita membiarkan diri dimamah usia maka sudah pasti sukar untuk memperoleh sebuah kehidupan yang berkualiti.

Terdapat juga mereka yang masih musykil dan kurang pemahaman terhadap rawatan anti penuaan. Mereka menyangka perubatan anti aging sekadar mementingkan wajah yang kelihatan muda berbanding usia sahaja.

Saya pernah ditanya: ''Kenapa kita harus menjalani anti penuaan? Menjadi tua adalah ketentuan Tuhan. Kita tidak boleh menolak takdir itu.''

Di sini saya memperjelaskan lagi. Perubatan anti penuaan bukan bermaksud menolak takdir. Kita mengkaji masalah tubuh badan apabila usia meningkat dan menyukat kandungan hormon di dalam darah. Tujuan perubatan ini adalah meningkatkan paras hormon agar menepati skala yang dimiliki ketika usia muda. Dengan kata lain kita meningkatkan tahap hormon di dalam tubuh. Ini kerana hormon adalah zat dalam badan yang membolehkan fungsi tubuh berjalan dengan lancar. Apabila darah kembali muda maka akan terselamat daripada penyakit berkaitan kekurangan hormon seperti kemurungan, kegemukan, kanser, masalah tulang dan kulit yang kendur berkedut.

Di sini saya senaraikan jenis-jenis rawatan esthetic yang sesuai bagi usia 40 tahun ke atas.

1. Rawatan mencegah pigmentasi dan kedutan.

Kesan penuaan menyebabkan lapisan kolagen menjadi nipis menyebabkan kedut mudah timbul. Malangnya dengan menyapu atau memakan kolagen sebenarnya tidak boleh mengganti kolagen yang hilang.

Prosedur untuk menjaga kulit sentiasa muda, merangsang pembentukkan kolagen dan menghilangkan pigmentasi adalah:

* Chemical peeling

*Microdermabrasion

Kedua dua prosedur tersebut boleh dilakukan secara rutin sebulan sekali untuk mengekal atau melambatkan kulit muka daripada cepat tua. Microdermabrasion dan chemical peeling boleh merangsang kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan boleh menghilangkan pigmentasi.

2. Rawatan laser bagi meningkatkan kolagen dan membuang pigmentasi.

*Laser Q switched Nd:Yag boleh memecahkan pigmen menjadi partikel lebih halus dan dibuang sebagai toksin daripada badan.

*Laser CO2 atau erbium (pixel/fotona) untuk membuang pigmentasi epidermal. Rawatan laser juga boleh merangsang kulit menghasilkan lebih banyak kolagen agar gebu dan tegang.

3. Rawatan menghilangkan parut muka.

CO2 laser atau Erbium Laser dapat meratakan parut di muka akibat kesan jerawat atau kecederaan kulit. Sangat berkesan untuk menghilangkan skin tag atau tahi lalat.

4. Rawatan menegangkan kulit muka.

*Frekuensi Radio - selamat dan berkesan. Namun memerlukan banyak sesi untuk memperoleh hasil yang memuaskan.

*Focal Ultrasound (Ulthera ). Teknologi terbaru menegangkan kulit dan menghilangkan kedut-kedut halus di muka dan kawasan sekitar mata

*Filler. Menghilangkan kedut akibat tua. Mengisi tempat atau menambah kandungan pada muka yang cengkung agar berisi dan gebu.

5. Scarless Facelift.

Suspension thread lift (Serdev). Mudah, tiada parut dan berkesan. Ia mampu mengangkat semula wajah yang kendur. Teknologi ini mudah dan tiada kesan sampingan. Hasilnya juga cantik dan bertahan sehingga sepuluh tahun.

6. Platelet Pich Plasma.

Untuk memudakan kulit wajah PRP dibuat setiap dua atau tiga bulan sekali. Kaedah ini menggunakan suntikan darah pesakit sendiri yang telah diproses bagi memudakan sel-sel pada kulit. Teknologi ini berasaskan stem sel yang mampu mengisi ruang kosong pada kulit. PRP juga boleh diproses sebagaimana filler bagi menggantikan kandungan matriks kulit yang sudah hilang.

7. Terapi hormon Bio- Identikal.

Kini pengetahuan dan pandangan terhadap hormon sudah berubah. Penuaan berlaku akibat kekurangan hormon yang kritikal. Apabila kelenjar hormon tidak berfungsi dengan baik maka kita mula mendapat gejala penuaan. Kekurangan hormon bukan sahaja membuatkan kulit kita berkedut dan kering malah mengalami pigmentasi dan keguguran rambut. Kekurangan hormon juga sering mencetuskan kemurungan dan membuatkan seseorang berasa resah tanpa sebab.

8. Rawatan mata

Apabila usia meningkat mata juga menjadi kecil dan mudah mendapat lemak pada kawasan kelopak mata. Pandangan juga menjadi kurang terang. Rawatan esthetic boleh meningkatkan kecantikan dan menjaga kesihatan mata kita.

Ilmu mengenai anti penuaan perlu dipertingkatkan kerana ia membolehkan kita menjalani kehidupan di usia melepasi 40-an dengan kesihatan yang baik dan rupa paras yang cantik berseri. Selamat mencuba.

41 ulasan:

  1. Assalamualaikum Dr.
    saya ada mengahantar email kpada dr
    diharap,dr dapat baca
    tq :)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum Dr..sy berumur 22 tahun dari ipoh perak..saya mengalami masalah kelopak mata yg cengkung dan bawah mate yg lebam hitam serta cengkung dan berlekuk...hmm..mnyebabkan sy kelihatan tua dan kurang keyakinan...sy seorang student dan mungkin x mampu nak mlakukan rawatan seperti laser, filler ata pembedahan mmbuang lemak...adakah cara laen selain rawtan berteknologi tggi ini? adakah suntikan vitamin c boleyh menggebukan mate yang cengkung..jika ya..selamatkah jika sy mngambil nye di salun2 kecantikan yg sdia ada? harap Dr. boleyh mmbantu sy kerana sy begitu kurang keyakinan untuk mnghadapi sehari harian sy apabila berhadapan dgn org ramai..trase dri sgt tidak cantek walhal spatutnya sy bersyukur...mohon nasihat dan bantuan doktor..terima kasih =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya masalah mata yg cengkung di sebabkan kurang tidur dan kekurangan hormon dalam badan..adik boleh email saya untuk nasihat daj193@yahoo.com @ 09 7124007

      Padam
  3. assalamualaikum DR.saye nak tahu berapa kos yang diperlukan bagi membuar rawatan laser menghilangkan parut akibat kudis

    BalasPadam
    Balasan
    1. kos rawatan laser RM 350 - RM 450 bagi satu sesi rawatan..dan Biasanya 5 sesi rawatan keatas baru nampak kesannya..

      Pilihan yang Kedua
      Melalui pengelupasan kimia RM 150 bagi setiap sesi.

      sila email gambar parut untuk saya lihat terlebih dahulu
      daj193@yahoo.com

      Padam
  4. Assalamualaikum dr,rawatan apa yg sesuai utk pigment dipipi dan kulit muka kering dipipi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasannya saya melalukan mikroderma @ pengelupasan kimia. ianya sangat membantu mengatasi masalah pigment dan kulit muka yang kusam

      Padam
  5. biasanya kos untuk rawatan lase bg parut jerawat brpe dktr?

    BalasPadam
  6. assalamualakum dr.. sy mempunyai masalah jerawat kt blakang bdan...bynak sgt..bole sy tau bagaimana rawatan ntok hilagkan jerwt kt badan..tq dr=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy juga ade masaalah jerawat badan yg serius besar2 dan bernanah sejak berumur 30an.parut yg menjengkelkan membuatkn sy hilang keyakinan dan malu pada suami.

      Padam
    2. sy juga ade masaalah jerawat badan yg serius besar2 dan bernanah sejak berumur 30an.parut yg menjengkelkan membuatkn sy hilang keyakinan dan malu pada suami.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Dr. Saya nk tanya berapa kos untuk buat rawatan filler? terima kasih

    BalasPadam
  9. harga rawatan serdev berapa untuk usia 58th.tq

    BalasPadam
  10. Dr..hyperpigmantation..should i go for chem peeling or laser?

    BalasPadam
  11. dr. sy nk tnye. boleh ke klu nk buang thi lalat? umur brpa y sesuai utk buat?? dn ade x kesan sampingn

    BalasPadam
  12. salam.. kos rawatan anti-penuaan secara keseluruhannya (ini termasuklah fungsi tubuh, kecantikkan kulit, kepadatan jisim otot, tulang, kesihatan system reproduktif, kkuatan plihatan) kos nya kesemua berapa..?

    BalasPadam
  13. ini emel saya hafizuddinharun52@gmail.com

    BalasPadam
  14. salam dr. saya berumur 42 thn. saya ingin tanya kos rawatan untuk threadlift dan berapa lama ia bertahan. saya berminat nak mendapatkan rawatan tetpi ingin confirmkan mengenai kos terlebih dahulu andainya ia diluar kemampuan saya. tkasih.

    BalasPadam
  15. Salam dr. Saya ada email dr. Mohon check yea.tq

    BalasPadam
  16. Salam. Dr Azlina apakah hukum threadlift dalam islam. Ada hadis nabi mengatakan haram mewarnakan rambut beruban kepada warna hitam itk tujuan nampak muda. (Boleh rujuk fatwa kebangsaan) Adakah sama hukum nya dgn thread lift yg asas tujuan nya sama utk kelihatan awet muda

    BalasPadam
  17. Salam Doktor, saya sangat berminat dengan rawatan facelift atau serdev. Apakah doktor ada melakukan rawatan tersebut kepada pelanggan dan berapakah kos serdev?

    BalasPadam
  18. Salam. Dr Azlina apakah hukum threadlift dalam islam. Ada hadis nabi mengatakan haram mewarnakan rambut beruban kepada warna hitam itk tujuan nampak muda. (Boleh rujuk fatwa kebangsaan) Adakah sama hukum nya dgn thread lift yg asas tujuan nya sama utk kelihatan awet muda

    BalasPadam
  19. Salam. Dr Azlina apakah hukum threadlift dalam islam. Ada hadis nabi mengatakan haram mewarnakan rambut beruban kepada warna hitam itk tujuan nampak muda. (Boleh rujuk fatwa kebangsaan) Adakah sama hukum nya dgn thread lift yg asas tujuan nya sama utk kelihatan awet muda

    BalasPadam
  20. asalam..sy pernah mendapatkn suntikan memancungkan hidung(base)1st time..yang sepatutnya sy dptkan utk kali kedua dan ketiga,tp sy kurang puas hati dgn kesan pertama..Soalan sy bolehkah sy dptkn filler dr doktor berpengalaman utk sessi setrusnya ..apakah sy perlu membuang suntikan pertama td,yg mana sy sendiri tidak pasti apakah kandungnya memandangkan sy mendapatknya dr individu yg bukan doktor.

    BalasPadam
  21. asalam..sy pernah mendapatkn suntikan memancungkan hidung(base)1st time..yang sepatutnya sy dptkan utk kali kedua dan ketiga,tp sy kurang puas hati dgn kesan pertama..Soalan sy bolehkah sy dptkn filler dr doktor berpengalaman utk sessi setrusnya ..apakah sy perlu membuang suntikan pertama td,yg mana sy sendiri tidak pasti apakah kandungnya memandangkan sy mendapatknya dr individu yg bukan doktor.

    BalasPadam
  22. Assallammualaikum dr.saya berusia 23 tahun namun telah menghadapi masalah jeragat dermal di peringkat awalan.saya sering terdengar masalah ini sukar dirawat.jika dirawat sekali pun ia boleh kembali malahan lebih teruk kerana rawatan pertama telah menyebabkan kulit menipis. Adakah sebarang rawatan yang selamat untuk menghilangkan jeragat ini dan menguatkan kulit daripada kembali.saya berharap doktor boleh membantu kerana saya sangat buntu memikirkan masalah ini.

    BalasPadam
  23. Assallammualaikum dr.saya berusia 23 tahun namun telah menghadapi masalah jeragat dermal di peringkat awalan.saya sering terdengar masalah ini sukar dirawat.jika dirawat sekali pun ia boleh kembali malahan lebih teruk kerana rawatan pertama telah menyebabkan kulit menipis. Adakah sebarang rawatan yang selamat untuk menghilangkan jeragat ini dan menguatkan kulit daripada jeragat kembali.saya berharap doktor boleh membantu kerana saya sangat buntu memikirkan masalah ini.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum Dr...saya ingin menjalani rawatan kecantikkan utk kurangkan kedut di muka dan kelopak mata yg mula timbul...saya skrg di KL..Dimanakah pusat rawatan yg menyediakn rawatan berkenaan..terima kasih

    BalasPadam
  25. Assalam... sy nak tau berapa kos rawatan utk Scarless Facelift

    BalasPadam
  26. Saya berumur 41 tahun ,,,berapakah kos untuk membuat serdev. T, kasih

    BalasPadam
  27. As salam doktor. Ada cawangan selain di kota bharu

    BalasPadam
  28. sy berumur 36 tahun,tapi saya rasa muka kulit muka saya kendur.apakah rawatan yang paling sesuai n kos yang paling minima untuk masalah saya ini

    BalasPadam
  29. sy berumur 36 tahun,tapi saya rasa muka kulit muka saya kendur.apakah rawatan yang paling sesuai n kos yang paling minima untuk masalah saya ini

    BalasPadam
  30. sy berumur 36 tahun,tapi saya rasa muka kulit muka saya kendur.apakah rawatan yang paling sesuai n kos yang paling minima untuk masalah saya ini

    BalasPadam
  31. sy berumur 36 tahun,tapi saya rasa muka kulit muka saya kendur.apakah rawatan yang paling sesuai n kos yang paling minima untuk masalah saya ini

    BalasPadam
  32. Salam dr..sy ad mslh jerawat n parut xprnah hilang...klau sy injec vit c mcm mno dr??

    BalasPadam
  33. Salam dr...sy ada masalah eyebag yg agak ketara.rawatan ape yg bole hilangkan eyebag

    BalasPadam

Lymphatic Drainage Massage