Kaedah pengiraan kalori makanan Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori contoh: berat seseorang 45kg. Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap hari kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori. contohnya 45kg - 1kg = 44 kg pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari. baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita. PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN Kategori:Kuih Muih 1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori 2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori 3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori 4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori 5. Popia goreng (satu) = 130 kalori 6. Popia basah (satu) = 95 kalori 7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori 8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori 9. Karipap (sebiji) = 130 kalori 10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori 11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori Kategori: Lauk Pauk 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori 5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori 6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori 7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori 8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori 9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori 10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori 11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori 12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori 13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori Kategori: Makanan Rutin 1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori 2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori 3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori 4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori 5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori 6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori 7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori 8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori 9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori 10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori 11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori 12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori 13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori 14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori Kategori: Makanan Segera 1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori 2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori 3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori 4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori 5. Burger keju (satu) = 425 kalori 6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori 7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori 8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori Kategori: Buah-buahan 1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori 2. Betik (sepotong) = 45 kalori 3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori 4. Durian (5 ulas) = 64 kalori 5. Limau (sebiji) = 42 kalori 6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori 7. Nenas (sepotong) = 59 kalori 8. Epal (sebiji) = 63 kalori 9. Ciku (sebiji) = 44 kalori 10. Mangga (sebiji) = 103 kalori kategori: Minuman minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal minuman kotak 250g - 105 kal susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal aiskrim 2 skop- 390 kal susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal mentega 2 sudu teh - 75 kal keju chedar 1 keping -58 kal
Petua memilih makanan di restoran : - sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur. - Minta salad tanpa dresing
- minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba
- pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar
- jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan
- jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong
- pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah
- minta buah-buahan sebagai pencuci mulut
- minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan