Ahad, 18 Oktober 2009

MASALAH JERAWAT


Masalah Jerawat Di Kalangan Remaja
Oleh Dr. Mohd Izham Mohd Iibrahim Pusat Racun Negara
Apa Itu Jerawat?

Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud "masa yang paling penting dalam hidup". Kajian telah menunjukkan pesakit atau individu yang mengalami masalah jerawat seringkali mempunyai masalah berkaitan:
harga diri
keyakinan terhadap diri sendiri
pergaulan sosial
kemurungan
kegusuran
kadar tidak bekerja yang tinggi
Jerawat atau "acne" merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak (sebaceous) pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.
Acne vulgaris berpunca daripada beberapa faktor yang sering berhubungan seperti keturunan, hormon dan kuman (bakteria).
Kecederaan tisu (lesion) utama yang disebabkan oleh acne vulgaris ialah bintik hitam (comed atau black-head) yang mana mengandungi sumbatan sebum (bahan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak), se debris dan mikroorganisma (terutamanya bacteria propionibacterium acnes) yang mengisi ruang folikel (rongga) rambut. Comedones mungkin terbuka atau tertutup. Jika ia terbuka, bahagian atasnya akan menjadi hitam akibat proses pengoksidaan. Jika ia tertutup, pustul ( tisu yang bernanah) akan terbentuk dan berlaku inflamasi (keradangan).
Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka, belakang badan dan dada. Masalah ini boleh memberi kesan psikologi yang teruk kepada remaja. Terutama remaja dalam alam persekolahan. Pada tahap ini, faktor imej remaja serta aktiviti pergaulan sosial amat penting. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk.Insiden Dan Punca Jerawat

Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa insiden jerawat di kalangan remaja mencapai 100 peratus.
Semasa proses kematangan individu, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan horman. Kegagalan fungsi folikel pilosebaceous yang didorong oleh perubahan hormon androgen terutamanya semasa remaja, akan menyebabkan terjadi jerawat. Hormon yang terlibat ialah testosteron. Ia ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic. Bagi individu yang sensitive, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku. Fungsi sebum yang sebenarnya tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai bertindak sebagai pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi campuran mikroorganisma yang biasa ialah propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan.Terdapat empat mekanisma utama kejadian jerawat.
Kelenjar minyak menjadi besar (hipertropi) dengan peningkatan penghasilan sebum (akibat rangsangan hormon androgen)
Hiperkeratosis (kulit menjadi tebal) epitelium folikular (pertumbuhan sel-sel yang cepat dan mengisi ruang folikel polisebaceous dan membentuk plug).
Pertumbuhan kuman, propionibacterium acnes yang cepat (folikel polisebaceous yang tersumbat akan memerangkap nutrien dan sebum serta menggalakkan pertumbuhan kuman.
Inflamasi (radang) akibat hasil sampingan kuman propionibacterium acnes.

11 ulasan:

  1. macam2 le pulak erk couse this jerawat...

    BalasPadam
  2. salam..doktor...nak tanye..sy penah dpt rawatan pakar selama 3 th,,..tp skarang bile gi apiment.,doktor pakar kulih hospital besar kb dah tak bg sy ubat antibiotik mcm dulu...tp masalahnya jerawat skarang still ade,...tension la..sehinggakan banyak kali sy beli antibiotik dkat farmasi..mcm2 jenis ubat antibiotik mcm cylindamycin,doxicyclin yg sy mkn..tp sy mkn untuk jangka masa pendek,.cthnya 2 minggu skali..pahtu stop..pahtu mkn balik sebulan kemudian...tp now stil naik..bengkak2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam, masalah jerawat boleh di atasi dengan berkesan melalui pengambilan vitamin. tingalkan ubat/antibiotik. nanti ada kesan sampingan pada badan. untuk lebih lanjut, pergi ke:

      http://www.assalamvitashope.blogspot.com/2014/03/set-atasi-jerawat-eragat-shaklee.html

      Padam
  3. penah mkn dah roacoutine yg rege 10inggit sebiji tu..huhu

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...
    Saya ingin membantu para pesakit kronik mengenai hal ini untuk merujuk web page ini:

    Ubat Masalah Jerawat Resdung kronik

    Ambil masa faham. Kemudian buat keputusan samaada sesuai atau tidak. Setahu saya; web page tu really delivers. Tq.

    BalasPadam
  5. salam dr.. saya perasan bila makan belacan pasti ada jerawat baru akan tumbuh..dan sangat sakit
    tapi saya tiada alahan mkn seafood dan hidung tak gatal. nafas pun tidak berbau. adakah saya penghidap resdung?

    BalasPadam
  6. RAWAT JERAWAT DGN MCM2 PRODUK???
    HENTIKAN...BAHAN KIMIA DLM BEBERAPA PRODUK BOLEH MEMUDARATKAN KULIT & TUBUH..

    CUBA RAWAT MASALAH JERAWAT DARI DALAM DGN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI..

    salam,

    sy cuma nk berkongsi dgn anda cara sy merawat masalah jerawat.
    dulu sy jg menghadapi masalah jerawat yg teruk..dan sy telah dptkn rawatan di New York Skin Sollution..masalah jerawat sy dpt dikawal tetapi memandangkan pd waktu tu sy msh belajar dan tiada pendapatan tetap, sy tak mampu teruskan rawatan.

    kemudian sy cuba amalkan minum jus manggis (keluaran SHAMELIN BINA-MANGOSTYN JUICE)

    sy gembira sgt dgn hasilnya sbb walaupun br 2 minggu minum jus manggis sy dpt rs perubahan pd kulit..

    KULIT LEBIH HALUS DAN TEGANG..JERAWAT PUN DA XDE KUA LG..

    sy menyesal sbb sebelum ni dah habiskan duit beribu ringgit utk rawatan jerawat..

    padahal harga jus manggis sebotol cuma RM70..

    sy syorkan anda semua yg ingin menjaga kesihatan dan kecantikan utk amalkn minum MANGOSTYN JUICE.

    ANTARA FAEDAH LAIN MANGOSTYN JUICE:-

    -Anti Kanser (cth: kanser payudara)

    -Anti Tumor

    -Anti Penuaan

    -Menurunkan darah tinggi

    -Menurunkan kolestrol

    -Menurunkan kandungan gula dlm darah (utk pesakit kencing manis)

    -Melindungi jantung

    -Menyembuhkan senggugut

    -Melancarkan sistem penghadaman

    -Merapatkan keintiman (sangat berkesan utk wanita yg sudah berumah tangga)

    *Untuk maklumat lanjut boleh hantarkan emel kpd sy atau hubungi sy:-

    anna~ 012-7650151
    sayacantikdansihat@gmail.com

    BalasPadam
  7. salam..hi semua..jemput masuk tgk produk sy berkenaan jerawat..

    BalasPadam
  8. Penjagaan luaran dan dalaman amat penting untuk kulit yang sihat & penampilan yang meyakinkan. Temui penyelesaiannya dengan produk semulajadi SHAKLEE serendah RM80/set di http://www.surijunior.com/

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Kepada wanita2 diluar sana yg mengalami masalah kulit muka..dan masih tercari2 produk terbaik..sy sarankan anda untuk mencuba produk jualan sy AS BEAUTY..untuk kulit berjerawat,parut jerawat,jeragat..kusam..gelap,berminyak dll..pm me k 013-2939718
    view more @ www.missanabeauty.blogspot.com

    BalasPadam

Lymphatic Drainage Massage