Monday, November 1, 2010

PENYAKIT JIWA


APA DIA PENYAKIT JIWA?

Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.

Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang.

Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa.

Anggapan-anggapan salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa.

APAKAH PUNCA PENYAKIT JIWA?

Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin :-

  1. Sebab-sebab fizikal: Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna naji dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita.
  2. Keturunan: Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.

APAKAH JENIS-JENIS PENYAKIT JIWA?

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

  1. Kegelisahan (Neurosis)
    Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.
  2. Penyakit kepiluan (Depression)
    Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi).

    Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.
  3. Psikosis
    Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA KITA MEMPUNYAI TANDA-TANDA MASALAH EMOSI?

  1. Pertama, hadapilah sendiri masalah berkenaan, cuba cari puncanya. Jika ianya masalah yang dapat diatasi sendiri, teruskan.
  2. Jika tidak, jangan merasa malu. Dapatkan pertolongan daripada seseorang yang sanggup mendengar seperti rakan, ahli keluarga, ahli agama atau perunding cara. Dengan meluahkan masalah sudah dapat mengurangkan sebahagian bebannya.
  3. Jika ini gagal atau anda merasakan bahawa masalah berkenaan adalah di luar keupayaan anda, mungkin doktor keluarga nada boleh membantu. Jika dia merasa bahawa anda memerlukan bantuan lanjut anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar Sakit Jiwa.
  4. Rawatan mungkin di dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda-tanda sakit beransur hilang.

BAGAIMANA MASYARAKAT BIASA BOLEH MEMBANTU?

Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa pesakit-pesakit jiwa adalah manusia biasa seperti kita yang menghadapi masalah dan memerlukan bantuan. Sikap yang tidak ambil peduli, takut, salah anggap, memandang rendah dan penolakan terhadap pesakit jiwa merupakan masalah rumit yang dilemparkan masyarakat kepada pesakit jiwa.

Masyarakat lebih banyak mengancam pesakit jiwa daripada pesakit jiwa mengancam masyarakat. Sikap dan penerimaan kita mungkin merupakan faktor utama terhadap pemulihan pesakit jiwa.

4 comments:

  1. saya suka artikel ini, cuma saya ada beberapa soalan 1. apakah ketua yang selalu menjerit2 di dalam ofis dan selalu maki hamun staf itu boleh dikategorikan sebagai mempunyai simptom sakit jiwa?

    2. Apakah org seperti ini boleh dirawat? kerana jika berlanjutan ianya secara langsung akan membuatkan staf bawahan yang akan sakit jiwa.....

    TQ... zailina zakaria

    ReplyDelete
  2. hurm,apa prosedur untuk dapatkan rawatan jika ada tanda-tanda di atas?
    selalunya di hospital biasa Dr akan nasihatkan supaya banyak berehat.
    berehat langsung tidak dapat membantu dalam situasi saya.
    mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. saya sendiri tak faham dgn diri sendiri. kdg2 saya happy, menangis tanpa sebab, selalu moody, saya suka bercakap sorg2, rasa malas yang melampau sangat dan dah seminggu saya tak boleh nak tido .. tolong saya .. :(

    ReplyDelete
  4. Mak saya boleh dikata kan dua tahun sekali ia akan menjadi mcn npk hantu la.kelakuan pelik...lari rumah....atau setahun sekli.....ape kah sebt ia menjadi mcn tu...........macn mana nak sembuhkanya.....

    ReplyDelete