Friday, July 17, 2009

MAKANAN DAN PANDUAN KALORI


BAGAIMANA UNTUK MEMILIH MAKANAN UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN ANDA

SETIAP MAKANAN MEMBEKALKAN TENAGA KEPADA KITA, WALAUBAGAIMANAPUN JUMLAH TENAGA YANG DIBEKALKAN OLEH SETIAP MAKANAN ADALAH BERBEZA. TENAGA DI UKUR DALAM UNIT KALORI (kcal)

TENAGA HARIAN YANG DIPERLUAKN OLEH BADAN
= BERAT (KG) X 30 KALORI (kcal)

CONTOH:
= 69 KG X 30 CALORIES = 2070 KALORI (kcal)

I MANGKUK NASI PUTIH BERSAMAAN 207 KALORI (kcal)

JIKA ANDA BERHASRAT UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA SEBANYAK 0.5 KG DALAM MASA SEMINGGU, ANDA PERLU MENGURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN SEBANYAK 550 KALORI (kcal) SETIAP HARI.

TIPS UNTUK KESIHATAN
1. ELAKAN ATAU KURANGKAN MAKANAN LEMAK YANG TINGGI SEPERTI AYAM GORENG, NASI GORENG, MAKANAN BERSANTAN

2. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG MANIS

3. MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI FIBER YANG TINGGI
SEPERTI SAYUR-SAYURAN DAN BUAH- BUAHAN.



ANDA JUGA BOLEH MENDAPAT NASIHAT DOKTOR UNTUK RAWATAN KURUSKAN BADAN…

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH DI AJUKAN KEPADA SAYA

DR NOR AZLINA BINTI HASSAN
KLINIK WAKAF SIKU 7

4 comments:

  1. kalau durian seulas berapa pulak kalorinya dr.Sebab bulan ni saja dah naik berat badan sebanyak 1.3 kg!!!!

    ReplyDelete
  2. 2 ulas durian bersamaan 60 kalori..
    tip untuk pilih durian,,
    pilih durian jenis durian kunyit...
    kak na dan keluarga pasti tak makan banyak ulas


    sebab:: i kg harganya rm15, harga sebiji rm 26
    satu keluaga dapat i ulas sorang....he he he...

    ReplyDelete
  3. Salam, dr saya nak tanya, saya obesiti, baru skrg dlm proses mengurangkan berat badan. Berat saya terkini 103kg, tinggi 162cm berapanya berat ideal saya?

    ReplyDelete
  4. body mass indeks = berat/(tinggi x tinggi)
    = 103kg / (1.62 x 1.62 )
    = 39.24
    julat BMI
    10 hingga 18.5 = kurang berat
    18.5 hingga 23 = normal
    23 hingga 25 = berisiko
    25 hingga 30 = obesiti kelas 1
    30 hingga 60 = obesiti kelas 2

    Berat ideal bagi puan ialah 61 kg

    ReplyDelete