Isnin, 27 April 2009

JANGAN KOREK TELINGA!!!!!

TAHUKAH ANDA???
PENGGUNAAN PUTIK KAPAS BOLEH MEMUDARATKAN TELINGA!!

Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Semua organ tubuh badan manusia mempunyai keistimewaan tersendiri termasuklah telinga.Kelenjar yang terletak di bahagian luar saluran telinga manusia akan menghasilkan lilin telinga (ear wax) atau lebih dikenali “tahi telinga”.

Telinga mempunyai rerambut halus yang ditugaskan untuk “menyapu keluar” lilin telinga.Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.

RAWATAN UNTUK TAHI TELINGA KERAS / TERSUMBAT
a) Ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga (contohnya SOLUWAX) dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Bagaimana kalau tahi telinga masih lagi keras walaupun sudah habis sebotol ubat cair tahi telinga digunakan?Jangan risau.pergilah berjumpa dengan doktor. Biasanya ubat cair tahi telinga akan diberikan semula sekali lagi sehinggalah tahi telinga menjadi lembut.

b) Doktor juga akan menggunakan sejenis kaedah konvensional untuk merawat tahi telinga keras dengan cara memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari.

c) Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.

9 ulasan:

  1. Nice blog, banyak info. Kalau selalu kene ulser mulut macam mane doc? stress jugak ke?

    BalasPadam
  2. Masalahnya doc.Korek telinga ni menjadi satu kepuasan walaupun tahu ada keburukannya.

    BalasPadam
  3. hmm..bkn ke doc amik info2 ni kt utusan on9 yg bru2 ni kn?? part yg kesihatan tu kn?? biaseny lau blogger2 COPY apa2 yg dh ada..dorg akn ltk kt bwh tu LINK or info kt mn kte dpt.. ptt la cm prnh trbc..jer..sm..huhuh

    BalasPadam
  4. Alamak,kalau tak korek telinga...rasa tak selesa la. Telinga macam tak bersih je. Ada alternatif lain selain menggunakan cotton bud?

    BalasPadam
  5. nsib baik saya xguna cotton bud tu.. tp pkai besi yg mmg khas utk tjuan tu.. :P

    BalasPadam
  6. saya pernah sakit telinga teruk sebab tahi telinga ni.tak boleh dengar apa2 dua minggu.boleh rasa bagaimana jadi pekak.memang seksa.Bila tak dengar, badan pun takde balancing,jalan macam nak jatuh.Ni semua gara-gara sakit telinga.pegi klinik 2 kali dapat ubat titis. dah masuk 2 botol,tapi telinga makin sakit.last2 pi wad kecemasan. doktor cek,nampak benda keras hitam.syak ada binatang masuk.masa tu dah sakit,telinga dah bernanah.telinga berdegung tak dengar apa2.seksa.masuk wad,doktor masuk ubat kot telinga guna picagari. ntah apa nama ubat tu. masa inject, terasa sejuk sgt ubat tu dlm telinga. selang 3 minit bunyi kruk krek kat dlm telinga dan dussshhhh keluar ketulan hitam sebesar paku panjang setengah inci. Lega rasa telinga,dah boleh mendengar. Rupanya itu wex telinga yg dah keras terkumpul jadi keras macam batu. ketuk2 pun tak hancur,memang sgt keras mcm batu,patutlah sakit sgt.Sangkaaan binatang masuk tu hanya andaian,tapi sebenarnya tahi telinga keras cam batu. tq doc sebab dah berjaya keluarkan wex tu. Kalau tak aku mungkin jadi pekak selamanya.

    BalasPadam
  7. Sekarang dah ada alat khas tuk korek telinga dengan mudah dan selamat...
    Bleh try....
    http://www.muslimchoices.com/?p=pembersih_telinga

    BalasPadam
  8. Informasi yang sangat bermanfaat. Terima kasih untuk admin.
    Semoga dapat menambah wawasan Saya dengan topik yang telah admin bahas.
    Visit: Biaya Pap Smear 2015

    BalasPadam

Lymphatic Drainage Massage