Sunday, April 5, 2009

LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA

BARAH PANGKAL RAHIM/ KANSER SERVIKS
(CERVICAL CANCER)
Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO KANSER SERVIKS
a) MELAKUKAN SEKS PADA UMUR TERLALU MUDA ( SEBELUM 18 TAHUN)
b) AKTIF SEKS DENGAN BANYAK PASANGAN
c) MENGHIDAP PENYAKIT KELAMIN ATAUPUN PASANGAN MENGHIDAP PENYAKIT KELAMIN
Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
• Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
• Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
• Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
• Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?
Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
Berapa Kerapkali Ujian Ujian PAP Smear Harus Dilakukan?
Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan 3 tahun sekali.
PENYEBAB KANSER SERVIKS?

Kanser serviks disebabkan oleh jangkitan Human papillomavirus(HPV) khususnya jenis 16 dan 18.

VAKSIN UNTUK MENGELAKKAN KANSER SERVIKS

a) Terdapat sejenis vaksin untuk mengelakkan kanser serviks iaitu GARDASIL.
b) Vaksin ini diberikan sebanyak 3 kali secara suntikan.
c) Vaksin hanya diberikan kepada kanak-kanak perempuan dan wanita yang berumur di antara 9 tahun sehingga 26 tahun yang belum melakukan seks.
d) Oleh itu, jika anda mempunyai anak-anak perempuan, segeralah mengambil vaksin tersebut untuk mengelakkan kanser serviks.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal.

Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati?
Ujian ini boleh didapati di:
• Pusat Kesihatan Kerajaan
• Klinik Perancang Keluarga
• Hospital/Klinik Swasta

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian PAP Smear?
Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid

BILAKAH PAP SMEAR DILAKUKAN?

a) Di antara umur 20 sehingga 65 tahun sekiranya anda melakukan seks secara aktif.
b) Ujian Pap Smear dilakukan 2 tahun berturut-turut jika keputusan normal.
c) Kemudian setiap 3 tahun sekali.

CARA PAP SMEAR DILAKUKAN

Sejenis alat iaitu “speculum” akan dimasukkan ke dalam vagina anda.Doktor akan memasukkan spatula kayu ke dalam vagina untuk mengambil sedikit sampel sel yang akan disapukan ke atas slaid kaca dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop.

PAP SMEAR




6 comments:

  1. Bagus2 artikal ni....
    tapi kenapa tajuk ni yeee...
    apa2 pun terima kasih kerana berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  2. Ngeri baca artikel ni.Wanita sepatut buat pemeriksaan secara berkala.kan gitu doktor

    ReplyDelete
  3. minx izin nk copy data nie
    nk letak kat blog
    (>_<)

    ReplyDelete
  4. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

    ReplyDelete
  5. Informasi yang sangat bermanfaat. Terima kasih untuk admin.
    Semoga dapat menambah wawasan Saya dengan topik yang telah admin bahas.
    Visit: Biaya Pap Smear 2015

    ReplyDelete