Klinik Primer Nilam Puri seringkali mendapat kes kulit yang rosak selepas membuat rawatan di pusat kecantikan kulit atau spa. Ada juga yang tersilap menggunakan produk skincare sehingga kulit jadi kering, menggerutu, pedih dan muka jadi berkedut seolah-olah berusia 80 tahun walaupun umur baru 30-an.
Kenapa timbul masalah kulit sedemikian?
Bahan kimia yang terdapat dalam skincare dan cecair yang diletakkan di muka semasa buat facial muka sangat mempengaruhi kesihatan kulit atau "skin barrier".
Apabila kulit rosak, sudah tentu kita akan pergi ke drug store untuk mencari skincare yang dapat baiki semula skin barrier. Masalahnya, staf di drug store adalah bukan ahli kimia atau orang yang dalam bidang perubatan yang arif dengan kesan bahan kimia kepada kulit.
Oleh sebab itu, jika anda mengalami masalah kulit rosak, anda sepatutnya berjumpa dengan doktor kulit atau aesthetic yang boleh membantu menyelesaikan masalah kulit anda.
Jika anda datang ke Klinik Primer Nilam Puri, Dr.Lyna perlu menganalisis semua skincare yang anda guna semasa sesi konsultasi. Jadi disarankan anda bawa semua skincare anda ke klinik.
Anda mungkin diberikan rawatan ubat telan, ubat sapu (topikal) dan skincare Dr.Lyna sendiri untuk membaiki kulit anda yang rosak.
Dr.Lyna memiliki Master dalam bidang aesthetic dan mahir dengan rawatan kulit dermatology.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan