Selasa, 31 Oktober 2023

RAWATAN PERCUMA MADANI KOTA BHARU KELANTAN- KLINIK PRIMER NILAM PURI

 KLINIK PRIMER NILAM PURI KELANTAN menawarkan rawatan percuma MADANI.


Skim Perubatan MADANI, Manfaat Kesihatan Rakyat!

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)

Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah

Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani

Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
-Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
-Sakit kepala
-Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk adalah:
-Imunisasi rutin
-Saringan kesihatan
-Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
-Rawatan susulan ibu dan anak rutin
-Perancangan keluarga rutin
-Perkhidmatan rehabilitasi
-Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen

Anda boleh datang untuk menyemak kelayakan anda di KLINIK PRIMER NILAM PURI, Kota Bharu, Kelantan

Hubungi 097124098 @ 097124007 atau whatsapp 017-778 0900
 
Klinik primer nilam puri adalah klinik menawarkan rawatan pesakit luar, pakar kulit kota bharu kelantan, klinik aesthetic, laser dan semua masalah kulit alergik, eczema.
 
 
 
 
 
 
 


 

 
 
klinik madani near me? Klinik primer nilam puri DR.LYNA
madani clinic near me DR.LYNA klinik primer nilam puri 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lymphatic Drainage Massage