Jumaat, 20 Januari 2023

TONER WAJIB GUNA ATAU TIDAK SEBAGAI SKINCARE? -DR.LYNA DOKTOR AESTHETIC ANDA

 

TONER WAJIB GUNA ATAU TIDAK?
 

 
Mungkin YA, dan mungkin TIDAK.
 
Kenapa tak boleh guna toner?
Toner yang mengandungi AHA (glycolic acid, lactic acid, citric acid) atau BHA (salicylic acid) tidak digalakkan untuk digunakan setiaphari kerana ia mengandungi bahan gelupas (exfoliant).
Kulit akan jadi lebih sensitif, muka jadi merah atau pedih, kulit mudah sunburn/ gelap dan berisiko naik jeragat. 
 
Toner yang tidak mengandungi AHA @ BHA boleh digunakan pada wajah. Kebanyakan toner jenis ini mengandungi bahan pelembap (moisturizer). Jika anda menghadapi masalah kulit berminyak atau jerawat, toner tidak digalakkan kerana menggalakkan penyumbatan pada pori-pori kulit. Cukup dengan menyapu pelembap kulit yang "non-comedogenic" dan tidak mengandungi bahan yang merangsang kulat (fungal acne trigger).
 
Secara kesimpulannya, skincare yang sesuai untuk kulit minyak dan jerawat adalah pencuci muka yang sesuai, pelembap dan sunblock/sunscreen. Serum yang mengandungi vitamin c dan niacinamide dibolehkan sekiranya jerawat sudah kurang aktif.
 
Bagi individu yang mengalami kulit kering, anda boleh menggunakan pencuci muka yang sesuai, toner bebas AHA/BHA, pelembap dan serum yang sesuai.
 
Jika anda mencari produk medical grade skincare atau klinik rawatan aesthetic atau rawatan masalah kulit seperti ekzema (eczema), kulit merah,bengkak, gatal dan masalah kutil dll yang berada di Kelantan, anda boleh datang berjumpa dengan DR. LYNA (DR. NOR AZLINA)  hanya di KLINIK PRIMER NILAM PURI, KOTA BHARU, KELANTAN.
 
Untuk booking rawatan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lymphatic Drainage Massage