RAWATAN LASER UNTUK HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT
JERAWAT- BERKESANKAH?
Muka berjerawat boleh menyebabkan seseorang
individu berasa tertekan, sedih, rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan
kawan-kawan dan orang ramai. Tambahan pula, jerawat akan meninggalkan parut
berlubang dan parut hitam yang pastinya agak sukar untuk dirawat. Oleh itu
jerawat perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan masalah parut berlubang
dan parut hitam.
Sebab-sebab
terjadinya jerawat
a) Jerawat terjadi akibat
daripada
b) Peningkatan penghasilan
sebum
Apabila mencapai umur remaja, hormon androgen yang
tinggi akan mengaktifkan pengeluaran sebum iaitu minyak pada kulit.
c) Penghasilan sel-sel
kulit berlebihan secara tidak terkawal oleh sel keratinosit di dalam folikel
kulit dan menyebabkan liang-liang pori tersumbat.
d) Pertumbuhan bakteria
semakin bertambah kerana keadaan sangat sesuai untuk pembiakannya.
e) Bakteria akan
menyebabkan radang (inflamasi) pada kulit
Punca-punca
jerawat
Jerawat berpunca daripada:
a) Hormon yang tidak
stabil
b) Tekanan (stress)
c) Keturunan
d) Persekitaran yang tidak
bersih
e) Penggunaan produk
penjagaan muka yang tidak sesuai
Jenis-jenis
jerawat yang boleh mengelirukan orang ramai:
Acne vulgaris
Sejenis jerawat yang biasa dihadapi oleh
masyarakat. Ia disebabkan jangkitan bakteria Propionibacterium Acnes.
Acne rosacea
Sejenis masalah kulit dimana kulit menjadi
kemerahan dan terdapat biji-biji seakan jerawat tumbuh di muka. Ramai yang
tidak menyedari bahawa masalah jerawat yang mereka hadapi sebenarnya berpunca
dari masalah rosacea.
Fungal acne
Jerawat juga boleh disebabkan jangkitan kulat. Oleh
itu pencuci muka dan produk kosmetik hendaklah bebas dari bahan penggalak kulat
“fungal acne trigger”.
Langkah-langkah
untuk mengurangkan jerawat
1) Menggunakan pencuci muka yang sesuai
a) Memilih produk pencuci muka yang rendah pH
Lapisan luar kulit iaitu “stratum corneum”
mempunyai pH berasid di sekitar 4.1-5.8. Kenapa kulit sedikit berasid? Tujuan
asid adalah untuk mengelakkan kulit dari jangkitan bakteria, kulat dan juga
untuk menjaga struktur kulit dari cepat rosak. Oleh itu produk pencuci muka
sepatutnya menghampiri pH kulit.
b) Menggunakan pencuci muka mengandungi AHA dan BHA
Pesakit dinasihatkan agar menggunakan pencuci muka
yang ada sedikit bahan penggelupasan seperti AHA dan BHA untuk membantu
mempercepatkan penyembuhan jerawat.
c) Elakkan pencuci muka yang beralkali
Apabila kita menggunakan produk yang tinggi ph
(alkali), struktur kulit akan terganggu dan mudah terkena jangkitan kuman,
jerawat, kulit akan jadi kasar, kering dan berkerutu. Potassium hydroxide adalah
contoh bahan beralkali yang patut dielakkan dalam pencuci muka dan produk
kecantikan muka.
d) Elakkan Sodium laureth sulphate dan sodium
lauryl sulphate (SLS/ SLES)
Sodium laureth sulphate dan sodium lauryl sulphate
juga adalah salah satu bahan yang patut dielakkan di dalam penjagaan kulit
seharian. SLS/SLES akan merosakkan struktur kulit dan menyebabkan jerawat.
e) Elakkan paraben
Paraben adalah salah satu bahan yang wajib
dielakkan dalam produk penjagaan kulit. Contoh paraben seperti “methyl paraben”
boleh menyebabkan kerosakan kulit menerusi “oxidative stress” dan boleh
menyebabkan kulit menjadi merah dan gatal.
f) Elakkan produk yang mengandungi bahan
“Comedogenic”
“Comedogenic” adalah bahan yang boleh menyebabkan
pori-pori muka tersumbat dan merangsang pembentukan jerawat. Oleh itu produk
pencuci muka yang ada bahan comedogenic seperti sodium laureth sulphate,
myristic acid, stearic acid, palmitic acid dan lauric acid hendaklah dielakkan.
g) Elakkan produk yang mengandungi bahan perangsang
kulat iaitu “fungal acne trigger”
Contoh bahan yang ada “fungal acne trigger” adalah
seperti myristic acid, stearic acid, lauric acid dan palmitic acid. Pesakit
jerawat tidak digalakkan menggunakan pencuci muka dan pelembap yang mengandungi
bahan-bahan tersebut.
2) Mengelakkan solekan (make-up) sepanjang
rawatan
Pesakit wanita tidak digalakkan untuk memakai
sebarang alat solek (make-up) seperti bedak dan foundation. Jika terpaksa bersolek,
pastikan muka dicuci sebersihnya dari kesan solekan sebelum tidur dan span dan
berus yang digunakan dicuci dengan bersih. Elakkan menggunakan span yang lembap
yang disimpan di dalam bekas untuk mengelakkan jangkitan bakteria. Elakkan
menggunakan bahan solekan yang mengandungi paraben, SLS dan bersifat
“non-comedogenic”.
3) Jaga pemakanan
Sesetengah makanan sebenarnya ada kaitan dengan
masalah jerawat. Makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi indeks
glisemik boleh menyebabkan jerawat. Jadi elakkan mengambil nasi dalam kuantiti
yang banyak, roti, coklat, makanan manis, air manis, kuih, pencuci mulut dan
makanan segera.
Produk tenusu seperti susu juga dikatakan berisiko
untuk ganggu hormon dan seterusnya menyebabkan jerawat.
Makanan berkacang juga berisiko untuk naik jerawat.
Elakkan makanan yang mengandungi kacang seperti kacang tanah.
Makanan seperti budu, belacan dan ikan pekasam juga
boleh menyebabkan jerawat untuk orang yang alahan kepada makanan tersebut. Oleh
itu, pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan makanan tersebut untuk
mempercepatkan penyembuhan jerawat.
Pesakit dinasihatkan untuk mengambil sayur-sayuran
dan buah-buahan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Pengambilan vitamin
c amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan jerawat.
4) Mengambil probiotik
Pengambilan probiotik sangat digalakkan untuk
merawat masalah jerawat. Probiotik jenis PROGUTT sangat bagus kerana
mengandungi banyak bakteria baik yang akan menjaga usus.
5) Dilarang sentuh jerawat
Anda dilarang sama sekali untuk memicit jerawat
kerana ini akan meninggalkan kesan parut hitam dan juga berlubang /berlekuk.
Rawatan jerawat
Tujuan utama rawatan jerawat adalah mengurangkan
penghasilan minyak pada muka, merawat pori-pori muka daripada tersumbat dan
mengurangkan radang dan jerawat bernanah pada muka.
1) Membuat rawatan “chemical peeling”
Penghasilan minyak yang berlebihan pada muka boleh
dikawal dengan melakukan rawatan penggelupasan kimia (chemical peeling). Biasanya
rawatan chemical peel dengan cecair BHA atau AHA digunakan untuk merawat
jerawat yang aktif. Rawatan ini sangat membantu untuk merawat kulit berminyak
dan membantu membersihkan pori-pori muka dari tersumbat. Kulit biasanya akan
menggelupas sedikit selepas rawatan dilakukan. Rawatan chemical peel hendaklah
dilakukan di klinik dan dikendalikan oleh doktor yang bertauliah dalam bidang
kecantikan estetik.
2) Mengambil antibiotik
Pesakit biasanya akan diberikan antibiotik telan
dan juga krim antibiotik sapu untuk membantu mengurangkan masalah jerawat pada
muka. Rawatan antibiotik biasanya mengambil masa selama 6 bulan. Pesakit
dinasihatkan untuk bersabar kerana masalah jerawat memerlukan masa yang agak
lama untuk sembuh.
3) Laser jerawat
Rawatan laser untuk merawat jerawat?
Ramai pesakit yang takut dan ngeri apabila
mendengar perkataan “LASER”. Rawatan laser untuk jerawat tidak menyakitkan dan
selamat. Namun begitu, bukan semua kaedah laser sesuai dengan kulit. Doktor
estetik akan melihat wajah pesakit sebelum menetukan kaedah laser yang sesuai
mengikut masalah kulit. Rawatan laser ACCELERA atau laser long pulsed
Q-Switched Nd: YAG sangat sesuai untuk melemahkan bakteria dan kulat yang
menyebabkan jerawat. Rawatan laser juga sangat sesuai untuk individu yang
mengalami masalah kulit berminyak, masalah liang pori terbuka , “Rosacea” dan
“fungal acne”. Rawatan laser hendaklah dibuat setiap 2 minggu untuk membunuh
kuman disamping untuk mengecilkan pori-pori, mengurangkan parut merah akibat
jerawat dan merawat kulit berminyak. Rawatan laser ini juga mengurangkan
bulu-bulu pada muka.
Rawatan laser yang sesuai untuk parut berlubang
atau berlekuk pula adalah laser CO2 dan Erbium Yag. Kedua-dua laser ini akan
menghakis lapisan kulit yang berparut dan merangsang kolagen untuk menjadikan
parut berlubang semakin pudar, mengecilkan pori-pori pada muka dan membantu
menegangkan kulit. Laser erbium lebih selamat berbanding rawatan CO2 laser dari
segi “downtime” dan kesan sampingan.
Bagi pesakit yang mengalami masalah parut hitam
akibat jerawat, rawatan terbaik adalah laser Nd: YAG Q-Switched. Laser ini juga
boleh merawat jeragat dan kulit kusam. Pesakit dinasihatkan memakai pencuci
muka, pelembap dan pelindung matahari yang tidak menyebabkan jerawat yang
berasaskan air atau tanpa minyak.
DR.LYNA (DR. NOR AZLINA BINTI HASSAN)
KLINIK
PRIMER NILAM PURI
KOTA
BHARU, KELANTAN.
TELEFON:
097124007
WHATSAPP:0177780900
Tiada ulasan:
Catat Ulasan