Selasa, 21 April 2026

Saringan Kesihatan Peka B40 secara percuma untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Klinik Primer Nilam Puri

Peka B40 merupakan inisiatif kerajaan yang menyediakan saringan kesihatan percuma dan pelbagai manfaat kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah.

Skim ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia daripada kumpulan B40, di mana penerima Sumbangan Tunai  Rahmah (STR) yang berumur 40 tahun ke atas layak menerima manfaat Peka B40 secara automatik.

Pemeriksaan kesihatan ni termasuk ujian darah dan air kencing. Ujian darah ini tidak perlu berpuasa, namun kami menggalakkan anda berpuasa sebelum datang ke klinik.

Boleh hubungi admin klinik untuk pertanyaan lanjut.

Nombor telefon: 097124007

Nombor whatsapp: 0177780900

#pekab40pemeriksaankesihatan #pekab40medicalcheckup #ujiandarahpekab40 #SumbanganTunai  Rahmah(STR)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan