Rabu, 12 Oktober 2016

JERAWAT ROSAKKAN KULIT



RAWATAN JERAWAT


Adakah jerawat itu normal?

Tidak normal. Jerawat (Acne vulgaris) adalah sejenis penyakit yang perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang boleh memberi masalah kepada emosi dan psikologi pesakit.

Bagaimanakah jerawat terjadi?
Jerawat berpunca daripada beberapa faktor seperti keturunan, hormon dan jangkitan bakteria.
Jerawat terjadi akibat daripada peningkatan penghasilan sebum, pertumbuhan kuman Propionibacterium Acnes, pertumbuhan sel-sel di dalam folikel secara tidak terkawal yang membentuk plug dan radang (inflamasi).

Bagaimana kami merawat jerawat?
Kami amat mementingkan kepuasan pelanggan. Untuk merawat jerawat, kami menggunakan beberapa kaedah penting bagi memastikan jerawat dapat dirawat sehingga sembuh.

Tujuan utama rawatan jerawat adalah mengurangkan penghasilan minyak pada muka, merawat pori-pori muka daripada tersumbat dan mengurangkan radang dan jerawat yang bernanah pada muka.
Penghasilan minyak yang berlebihan pada muka boleh dikawal dengan melakukan rawatan penggelupasan kimia (chemical peeling). Rawatan “chemical peeling” sangat membantu untuk mengeringkan kulit yang berminyak, dan mambantu membersihkan pori-pori muka dari tersumbat.

Pencuci muka jerawat dr.LYNA AESTHETIC FORMULA Oil free clarifying gel wash direka khas oleh DR.LYNA untuk membantu mengurangkan minyak/sebum pada kulit. dr.LYNA AESTHETIC FORMULA MAGIC CREAM pula membantu menghilangkan sel-sel kulit mati, mengelakkan pori-pori tersumbat, mengecilkan pori-pori dan mengurangkan “whitehead” dan “blackhead”.

Krim jerawat dan ubat telan biasanya diberikan untuk mengurangkan jerawat yang bernanah dan juga mengurangkan radang pada kulit.

DR.LYNA menggunakan laser ACCELERA atau FOTONA DYNAMIS untuk melemahkan bakteria yang menyebabkan jerawat. Laser dicipta khas untuk membunuh bakteria punca jerawat iaitu Propionibacterium acnes. Selain dari itu, laser juga boleh mengurangkan bulu-bulu halus pada muka, mengecilkan pori-pori pada muka dan mengurangkan parut merah akibat jerawat pada muka.

Boleh hubungi DR.LYNA untuk pertanyaan lanjut. 097124007 atau 01112944724.





7 ulasan:

  1. kos rawatan jerawat dari rm50 hingga rm400++

    BalasPadam
  2. salam dr. .saya ingin bertanya...saya ada mengalami masalah agak pelik dlm 2mnggu ni..saya tak pasti kulit saya terkena apa...y pasti dia jadi berair n berkuping

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ke masalah saya di ubati...saya tengah konfius..adakah saya perlu berjumpa pakar kulit or asthetetic

      Padam
  3. Boleh saya tahu kos rawatan utk jeragat dan parut berlubang..dlm range brp kosnya

    BalasPadam
  4. Salam dr.sye de beli pencuci muka jerawat dan nmpk keberkesanan nye..sye nk tnye sekira nye sy nk order boley poskan ke.

    BalasPadam

Lymphatic Drainage Massage