Isnin, 18 Julai 2011

Lapan bulan tidak datang haid


Bersama DR. NOR AZLINA HASSAN

Klinik Wakaf Siku 7, Nilam Puri Kota Bharu, Kelantan

Lapan bulan tidak datang haid
DOKTOR, SAYA berumur 25 tahun dan masih bujang. Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu.

Sudah lapan bulan darah haid saya tidak keluar dan sepanjang tempoh itu juga saya berasa amat bimbang.

Setakat ini saya belum menjalani sebarang ujian atau mendapatkan apa-apa rawatan di hospital atau klinik.

Apakah langkah terbaik yang perlu saya lakukan dan apakah punca sebenar masalah saya ini?

- Lina

Jawapan,

Dari maklumat yang diberikan oleh saudari, masalah yang saudari alami ini mungkin melibatkan tahap hormon yang tidak seimbang.

Ini dapat dipastikan dengan ujian darah bagi menentukan kandungan dan tahap hormon yang dihasilkan badan saudari.

Ujian darah juga dapat membantu doktor menentukan kaedah rawatan paling sesuai untuk saudari, seperti pemberian ubat hormon untuk melancarkan kembali kitaran haid.

Saudari dicadangkan berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah dan mendapatkan nasihat rawatan terbaik untuk masalah ini.

Lymphatic Drainage Massage