Isnin, 18 Julai 2011

Lapan bulan tidak datang haid


Bersama DR. NOR AZLINA HASSAN

Klinik Wakaf Siku 7, Nilam Puri Kota Bharu, Kelantan

Lapan bulan tidak datang haid
DOKTOR, SAYA berumur 25 tahun dan masih bujang. Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu.

Sudah lapan bulan darah haid saya tidak keluar dan sepanjang tempoh itu juga saya berasa amat bimbang.

Setakat ini saya belum menjalani sebarang ujian atau mendapatkan apa-apa rawatan di hospital atau klinik.

Apakah langkah terbaik yang perlu saya lakukan dan apakah punca sebenar masalah saya ini?

- Lina

Jawapan,

Dari maklumat yang diberikan oleh saudari, masalah yang saudari alami ini mungkin melibatkan tahap hormon yang tidak seimbang.

Ini dapat dipastikan dengan ujian darah bagi menentukan kandungan dan tahap hormon yang dihasilkan badan saudari.

Ujian darah juga dapat membantu doktor menentukan kaedah rawatan paling sesuai untuk saudari, seperti pemberian ubat hormon untuk melancarkan kembali kitaran haid.

Saudari dicadangkan berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah dan mendapatkan nasihat rawatan terbaik untuk masalah ini.

3 ulasan:

  1. doctor saya sudah 4 bulan tidak datang period...dan perut saya rasa sakit sangat...tolong saya

    BalasPadam
  2. salam.. sy nk tnya.. dh hmpr 2bulan sy xdtg period.. dan 2x dh wat upt n result -ve. pa yg ptt sy lakukan?

    BalasPadam
  3. Salam,dktor..sy siti dr tanah merah kelantan.sy nk tnya knapa haid sy x dtg dgn tepat dan lancar slpas sy stop mkn perancang..lau dtg pun cma sikit2 dan kuar pun mcm lendir jea.tlg dktor bgtau apa mslah sy.tq

    BalasPadam

Lymphatic Drainage Massage