Isnin, 27 April 2009

JANGAN KOREK TELINGA!!!!!

TAHUKAH ANDA???
PENGGUNAAN PUTIK KAPAS BOLEH MEMUDARATKAN TELINGA!!

Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Semua organ tubuh badan manusia mempunyai keistimewaan tersendiri termasuklah telinga.Kelenjar yang terletak di bahagian luar saluran telinga manusia akan menghasilkan lilin telinga (ear wax) atau lebih dikenali “tahi telinga”.

Telinga mempunyai rerambut halus yang ditugaskan untuk “menyapu keluar” lilin telinga.Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.

RAWATAN UNTUK TAHI TELINGA KERAS / TERSUMBAT
a) Ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga (contohnya SOLUWAX) dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Bagaimana kalau tahi telinga masih lagi keras walaupun sudah habis sebotol ubat cair tahi telinga digunakan?Jangan risau.pergilah berjumpa dengan doktor. Biasanya ubat cair tahi telinga akan diberikan semula sekali lagi sehinggalah tahi telinga menjadi lembut.

b) Doktor juga akan menggunakan sejenis kaedah konvensional untuk merawat tahi telinga keras dengan cara memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari.

c) Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.

Rabu, 22 April 2009

PROBIOTICS

Apakah ‘probiotics’/ probiotik ?
 Probiotik adalah mikroorganisma hidup (biasanya bakteria) yang sama dengan bakteria berguna di dalam usus manusia.
 Turut dikenali sebagai ‘Bakteria baik’

Apakah nama bakteria baik tersebut ?
a) Lactobacillus
b) Bifidobacterium

Kebaikan probiotik?
 Membantu meningkatkan sistem ketahanan badan (immune system).
 Mencegah barah usus
 Mencegah cirit-birit di kalangan kanak-kanak
 Mengurangkan masalah usus seperti ‘irritable bowel syndrome’.
 Membantu dalam masalah bayi yang mengalami alahan susu (lactose intolerance). Membantu dalam mengurangkan kolesterol.
 Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
 Menghalang jangkitan.

Di mana saya boleh dapatkan probiotik?
a) Minuman kultur seperti Yakultb) Probiotik tablet ( cth: HEXBIO GRANULE) – boleh didapati di farmasi / klinik swasta / hospital swasta.
Disediakan oleh:
DR. NOR AZLINA BINTI HASSAN
KLINIK WAKAF SIKU 7

Isnin, 13 April 2009

STRESS


Pengenalan
Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.
Bagaimana kita boleh stress?
Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu apabila mereka berhadapan dengan binatang buas atau musuh dari puak lain. Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress badan kita akan menyediakan respons ‘fight-or-flight’ dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain. Walaubagaimanapun keadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin merupakan tugasan-tugasan yang banyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain.
Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.

Apakah yang patut kita buat?
Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.
Kunci untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di beberapa bahagian badan kita boleh dikendurkan ketegangannya dengan melakukan latihan relaksasi di beberapa bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan, muka, bahu perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah memperolehi kemahiran relaksasi.
Seterusnya eloklah kita lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda menghadapi tekanan; cara-cara untuk mengurangkan tekanan; mengesan tekanan dan kaedah pengurusan tekanan khusus.

Sekiranya masalah stress ini masih berlarutan, sila dapatkan nasihat dari doktor untuk rawatan selanjutnya.

www.usm.my/education/kaunseling/tip/stress

Ahad, 5 April 2009

LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA

BARAH PANGKAL RAHIM/ KANSER SERVIKS
(CERVICAL CANCER)
Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO KANSER SERVIKS
a) MELAKUKAN SEKS PADA UMUR TERLALU MUDA ( SEBELUM 18 TAHUN)
b) AKTIF SEKS DENGAN BANYAK PASANGAN
c) MENGHIDAP PENYAKIT KELAMIN ATAUPUN PASANGAN MENGHIDAP PENYAKIT KELAMIN
Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
• Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
• Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
• Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
• Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?
Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
Berapa Kerapkali Ujian Ujian PAP Smear Harus Dilakukan?
Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan 3 tahun sekali.
PENYEBAB KANSER SERVIKS?

Kanser serviks disebabkan oleh jangkitan Human papillomavirus(HPV) khususnya jenis 16 dan 18.

VAKSIN UNTUK MENGELAKKAN KANSER SERVIKS

a) Terdapat sejenis vaksin untuk mengelakkan kanser serviks iaitu GARDASIL.
b) Vaksin ini diberikan sebanyak 3 kali secara suntikan.
c) Vaksin hanya diberikan kepada kanak-kanak perempuan dan wanita yang berumur di antara 9 tahun sehingga 26 tahun yang belum melakukan seks.
d) Oleh itu, jika anda mempunyai anak-anak perempuan, segeralah mengambil vaksin tersebut untuk mengelakkan kanser serviks.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal.

Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati?
Ujian ini boleh didapati di:
• Pusat Kesihatan Kerajaan
• Klinik Perancang Keluarga
• Hospital/Klinik Swasta

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian PAP Smear?
Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid

BILAKAH PAP SMEAR DILAKUKAN?

a) Di antara umur 20 sehingga 65 tahun sekiranya anda melakukan seks secara aktif.
b) Ujian Pap Smear dilakukan 2 tahun berturut-turut jika keputusan normal.
c) Kemudian setiap 3 tahun sekali.

CARA PAP SMEAR DILAKUKAN

Sejenis alat iaitu “speculum” akan dimasukkan ke dalam vagina anda.Doktor akan memasukkan spatula kayu ke dalam vagina untuk mengambil sedikit sampel sel yang akan disapukan ke atas slaid kaca dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop.

PAP SMEAR




Rabu, 1 April 2009

Salam Perkenalan

Pengenalan baru bagi blog perubatan.
Saya Dr. Nor Azlina Hassan. Mengendalikan Klinik Primer nilam Puri, Lot 739 Batu 7 jalan Kuala Krai Kota Bharu Kelantan. 097124007..01112944724.

Sebarang ilmu perubatan boleh dikongsi bersama insya Allah

Blog ini akan cuba menyingkapkan permasalahan penjagaan kesihatan.

Sebarang masalah boleh dikongsi bersama..

Sama-sama kita menjaga kesihatan diri.

sekian untuk kali pertama sebagai pengenalan kepada blog saya

Lymphatic Drainage Massage