RAWATAN JERAWAT
Adakah jerawat
itu normal?
Tidak normal. Jerawat (Acne vulgaris) adalah sejenis penyakit
yang perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang boleh
memberi masalah kepada emosi dan psikologi pesakit.
Bagaimanakah jerawat
terjadi?
Jerawat berpunca daripada beberapa faktor
seperti keturunan, hormon dan jangkitan bakteria.
Jerawat terjadi akibat daripada peningkatan penghasilan sebum, pertumbuhan kuman Propionibacterium Acnes, pertumbuhan sel-sel di dalam folikel secara tidak terkawal yang membentuk plug dan radang (inflamasi).
Jerawat terjadi akibat daripada peningkatan penghasilan sebum, pertumbuhan kuman Propionibacterium Acnes, pertumbuhan sel-sel di dalam folikel secara tidak terkawal yang membentuk plug dan radang (inflamasi).
Bagaimana
kami merawat jerawat?
Kami amat
mementingkan kepuasan pelanggan. Untuk merawat jerawat, kami menggunakan beberapa
kaedah penting bagi memastikan jerawat dapat dirawat sehingga sembuh.
Tujuan utama rawatan jerawat adalah mengurangkan
penghasilan minyak pada muka, merawat pori-pori muka daripada tersumbat dan
mengurangkan radang dan jerawat yang bernanah pada muka.
Penghasilan minyak yang berlebihan pada muka boleh
dikawal dengan melakukan rawatan penggelupasan kimia (chemical peeling). Rawatan
“chemical peeling” sangat membantu untuk mengeringkan kulit yang berminyak, dan
mambantu membersihkan pori-pori muka dari tersumbat.
Pencuci muka jerawat dr.LYNA
AESTHETIC FORMULA Oil free clarifying gel wash direka khas oleh DR.LYNA untuk
membantu mengurangkan minyak/sebum pada kulit. dr.LYNA AESTHETIC FORMULA MAGIC CREAM pula membantu menghilangkan sel-sel kulit mati, mengelakkan pori-pori
tersumbat, mengecilkan pori-pori dan mengurangkan “whitehead” dan “blackhead”.
Krim jerawat dan ubat telan biasanya diberikan untuk
mengurangkan jerawat yang bernanah dan juga mengurangkan radang pada kulit.
DR.LYNA menggunakan laser ACCELERA atau FOTONA DYNAMIS untuk melemahkan bakteria yang menyebabkan jerawat. Laser dicipta khas untuk membunuh bakteria punca jerawat iaitu Propionibacterium acnes. Selain dari itu,
laser juga boleh mengurangkan bulu-bulu halus pada muka, mengecilkan
pori-pori pada muka dan mengurangkan parut merah akibat jerawat pada muka.
Boleh hubungi DR.LYNA untuk pertanyaan lanjut. 097124007 atau 01112944724.
Boleh hubungi DR.LYNA untuk pertanyaan lanjut. 097124007 atau 01112944724.