Ahad, 18 Oktober 2009

MASALAH JERAWAT


Masalah Jerawat Di Kalangan Remaja
Oleh Dr. Mohd Izham Mohd Iibrahim Pusat Racun Negara
Apa Itu Jerawat?

Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud "masa yang paling penting dalam hidup". Kajian telah menunjukkan pesakit atau individu yang mengalami masalah jerawat seringkali mempunyai masalah berkaitan:
harga diri
keyakinan terhadap diri sendiri
pergaulan sosial
kemurungan
kegusuran
kadar tidak bekerja yang tinggi
Jerawat atau "acne" merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak (sebaceous) pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.
Acne vulgaris berpunca daripada beberapa faktor yang sering berhubungan seperti keturunan, hormon dan kuman (bakteria).
Kecederaan tisu (lesion) utama yang disebabkan oleh acne vulgaris ialah bintik hitam (comed atau black-head) yang mana mengandungi sumbatan sebum (bahan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak), se debris dan mikroorganisma (terutamanya bacteria propionibacterium acnes) yang mengisi ruang folikel (rongga) rambut. Comedones mungkin terbuka atau tertutup. Jika ia terbuka, bahagian atasnya akan menjadi hitam akibat proses pengoksidaan. Jika ia tertutup, pustul ( tisu yang bernanah) akan terbentuk dan berlaku inflamasi (keradangan).
Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka, belakang badan dan dada. Masalah ini boleh memberi kesan psikologi yang teruk kepada remaja. Terutama remaja dalam alam persekolahan. Pada tahap ini, faktor imej remaja serta aktiviti pergaulan sosial amat penting. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk.Insiden Dan Punca Jerawat

Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa insiden jerawat di kalangan remaja mencapai 100 peratus.
Semasa proses kematangan individu, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan horman. Kegagalan fungsi folikel pilosebaceous yang didorong oleh perubahan hormon androgen terutamanya semasa remaja, akan menyebabkan terjadi jerawat. Hormon yang terlibat ialah testosteron. Ia ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic. Bagi individu yang sensitive, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku. Fungsi sebum yang sebenarnya tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai bertindak sebagai pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi campuran mikroorganisma yang biasa ialah propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan.Terdapat empat mekanisma utama kejadian jerawat.
Kelenjar minyak menjadi besar (hipertropi) dengan peningkatan penghasilan sebum (akibat rangsangan hormon androgen)
Hiperkeratosis (kulit menjadi tebal) epitelium folikular (pertumbuhan sel-sel yang cepat dan mengisi ruang folikel polisebaceous dan membentuk plug).
Pertumbuhan kuman, propionibacterium acnes yang cepat (folikel polisebaceous yang tersumbat akan memerangkap nutrien dan sebum serta menggalakkan pertumbuhan kuman.
Inflamasi (radang) akibat hasil sampingan kuman propionibacterium acnes.

Lymphatic Drainage Massage