Isnin, 12 Mei 2014

GOUT



GOUT
Gout adalah sejenis penyakit radang sendi yang disebabkan kenaikan asid urik yang tinggi dalam darah. Genetik dan pengambilan protein yang banyak dalam diet adalah faktor penyumbang kepada penyakit ini.

Sendi pada ibu jari kaki adalah tempat yang biasa diserang oleh penyakit ini. Tanda-tanda penyakit gout adalah kawasan sendi menjadi merah, sakit, panas dan bengkak.

Terdapat beberapa ubat yang digunakan untuk merawat penyakit gout seperti ubat tahan sakit dan juga ubat untuk turunkan asid urik dalam darah. 

 Walaubagaimanapun, perubahan gayahidup yang sihat adalah perkara utama yang harus ditekankan untuk mengelak dari terkena penyakit gout. Makanan yang tinggi kandungan protein seperti daging, makanan laut dan kacang hendaklah dikurangkan.

PIRAH (TICKS)



PIRAH (TICKS)
Saya seringkali berhadapan dengan kes gigitan serangga “pirah” (ticks). Pirah adalah sejenis parasit yang suka menghisap darah. Ia biasa ditemui di kawasan yang beriklim panas dan lembap.

Tempat yang paling biasa digigit ialah di dalam lubang telinga. Pirah yang masuk di dalam telinga agak sukar untuk dibuang kerana ia melekat kuat pada dinding telinga. Ia akan bergerak masuk ke dalam telinga sekiranya disentuh. Oleh itu pesakit tidak dibenarkan untuk menyentuh serangga ini dan hendaklah mendapatkan rawatan dengan segera. 

Terdapat juga kes gigitan pirah di kelopak mata. Pernah beberapa kali saya temui kes dimana pesakit takut hendak datang lebih awal ke klinik kerana memikirkan mereka mendapat ketumbuhan pada kelopak luar mata. Mereka takut dibedah!! 

Saya juga pernah berhadapan dengan kes gigitan “pirah” di bahagian luar kemaluan. Pesakit tersebut pada mulanya ingin membeli ubat sapu di kaunter. Setelah dipujuk untuk berjumpa dengan doktor, barulah beliau bersetuju. Beliau hanya mengatakan gatal dan sedikit sakit di bahagian kemaluan dan menganggap mungkin disebabkan penyakit kurap. Saya terpaksa memujuknya untuk membuat pemeriksaan fizikal di tempat terbabit. Di dalam kotak fikiran saya, saya terbayangkan yang pesakit ini mungkin mengalami jangkitan kulit atau kayap. Rupa-rupanya, tanggapan awal saya salah setelah pemeriksaan terperinci dijalankan. Terdapat “pirah” yang agak besar di kawasan tersebut. Mungkin serangga ini sudah kenyang menghisap darah pesakit tersebut!!



ADUH SAKITNYA KAYAP



 ADUH SAKITNYA KAYAP

Encik Azman, berumur 40 tahun telah dijangkiti kayap semenjak beberapa hari yang lalu. Beliau telah berjumpa dengan “bomoh kayap” untuk merawat penyakit. Tetapi penyakit kian merebak dan beliau tidak tahan dengan kesakitan yang dihadapi. Beliau takut hendak berjumpa dengan doktor kerana menganggap bahawa penyakit kayap akan menjadi lebih teruk sekiranya mengambil ubat dari klinik atau hospital. Oleh kerana tidak tahan dengan sakit yang dihadapi, beliau terpaksa berjumpa dengan doktor. Setelah mengambil ubat, akhirnya beliau sudah semakin sihat. 

Kayap (herpes zoster) adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada “varicella zoster virus”. Penyakit ini mengambil masa di antara 3 sehingga 5 minggu untuk sembuh. Rawatan antivirus membantu untuk mengurangkan penularan penyakit ini tetapi hendaklah diambil dalam jangkamasa 72 jam setelah mendapat penyakit ini.

Terdapat beberapa komplikasi daripada penyakit kayap. “Postherpetic neuralgia” adalah kesan utama setelah mendapat kayap dimana pesakit akan mendapat kesakitan yang melampau. Penyakit ini juga terlalu sukar untuk dirawat. Selain daripada itu kayap juga boleh menyebabkan jangkitan pada otak, saraf, jangkitan bakteria dan juga kerosakan pada mata dan telinga.

Oleh itu penyakit kayap hendaklah diambil dengan serius dan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan awal.

Khamis, 10 Oktober 2013

RAWATAN PARUT

Keloids is an abnormally thick and raised scars. These scars tend to occur in people with darker skin and can result from a wide range of skin injuries, from minor scratches to body piercings, burns and surgical incisions. The scars may be slightly larger than the injured area or may grow well into the surrounding areas of skin and become several inches long and wide. Keloids can develop over weeks or months and typically do not go away on their own.
Whenever possible, it's best to try to prevent keloids from happening in the first place. For example, someone who is known to be prone to keloids may want to avoid ear piercings or tattoos. Also, avoiding the sun as a keloid is forming can help keep the scar from becoming darker than the surrounding skin.
One way to treat keloids is to remove them surgically, but because most people with keloids continue to be prone to abnormal scarring, a keloid may grow back in the same place after the surgery. Surgical removal is often more effective if combined with a non-surgical treatment.
Non-surgical treatments may involve injecting  into the scar, which is currently the most common therapy for keloids. It may also be helpful to apply pressure to the keloid with a compression bandage (or a compression earring if the keloid is on the earlobe), or to cover the scar with an occlusive silicone gel dressing. Some people try medication creams and injections that can alter the way the body's immune system and healing cells respond to the wound.







sumber internet

Rabu, 9 Oktober 2013

JERAWAT BATU




Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang mengganggu dan juga menyebalkan. Sering terdengar istilah jerawat batu. Sebenarnya apa itu jerawat batu? Apa yang menyebabkan timbulnya jerawat batu membandel tersebut? Dan bagaimana cara yang tepat untuk mengatasi masalah kulit wajah yang satu ini?
Jerawat batu adalah keadaan muka berjerawat yang cukup parah. Gerombolan jerawat muncul di wajah yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Bentuk jerawat yang kasar dan berwana kemerahan menghitam. Jerawat batu biasanya disebabkanoleh bakteria.
Jerawat batu ini tidak hanya mempengaruhi kulit bagian luar, tapi juga menyerang jaringan kulit bagian dalam. Hal tersebut akan mengakibat kerosakan kulit wajah, sehingga bisa menimbulkan parut jerawat yang kekal.
Masalah satu ini juga bisa disebabkan karena kelenjar minyak di wajah yang terlalu aktif, sel kulit mati di dalam pori-pori wajah, dan juga bakteri penyebab jerawat pada kulit wajah.
Cara untuk mengatasinya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan selalu menjaga kebersihan wajah agar jerawat tidak meradang. Hindari  makanan yang boleh merangsang kelenjar minyak.
Untuk melawan bakteri penyebab jerawat doktor biasanya akan memberikan antibiotik yang juga berguna untuk mengurangkan radang pada pada kulit.
Rawatan lain yang boleh dilakukan untuk merawat jerawat ini ialah pengelupasan kimia.


ALTERNATIFRAWATAN PENUAAN

Alternatif rawat penuaan

 
Apabila usia meningkat makan paras hormon turut merosot. Hormon yang penting bagi lelaki adalah testosteron, dehydroepiandrosterone (DHEA) dan juga growth hormone (GH). Selain itu hormon tiroid (T3 dan T4 ) juga penting kerana ia melancarkan aktiviti metabolisma. Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan sukar kurus meskipun mengamalkan diet yang ketat.

Rawatan Hormon Bioidentikal

Bioidentikal bermaksud menggunakan hormon yang bentuk molekulnya adalah sama seperti bentuk molekul hormon semulajadi dalam darah kita. Cara menggunakannya sangat mudah iaitu dengan menyapu hormon tersebut kepada kulit. Bahagian yang sesuai adalah bahagian kulit yang tipis dan mempunyai kadar penyerapan yang cepat seperti pergelangan tangan dan juga dahi. Doktor akan menentukan dos atau sukatan yang sesuai bagi setiap individu. Anda boleh berbincang dengan doktor kesan yang anda rasa dan kekerapan yang diperlukan. Hormon yang disapu akan meresap dengan amat cepat ke dalam tubuh, menjadikan tubuh lebih segar. Kelenjar-kelenjar hormon dalam badan dapat berfungsi secara lebih berkesan. Kelenjar yang tua atau kurang aktif tetapi sentiasa bekerja akan kepenatan sehingga akhirnya rosak. Lama kelamaan kelenjar itu terus terhenti dan kesan penuaan menjadi teruk. Dengan adanya hormon bioidentikal, kelenjar mendapat bantuan bagi meneruskan jangka hayatnya.

Hormon bioidentikal berbeza dengan terapi gantian hormon (HRT) yang menggunakan hormon sintetik dan pengambilannya memberi kesan jangka panjang pada tubuh seseorang. Ini kerana hormon sintetik mempunyai molekul yang berbeza dan akhirnya mencetuskan masalah jantung dan gangguan dalam darah. Contohnya conjugated estrogen yang mempunyai unsur-unsur sintetik boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Rawatan mesti dilakukan oleh doktor yang bertauliah dalam penggunaan hormon bioidentikal. Biasanya pesakit akan diberi soalan untuk memastikan simptom klinikal yang dihadapi dan melakukan ujian darah sebelum memulakan rawatan. Rawatan susulan setiap bulan akan memastikan matlamat menjadi lebih muda dan segar diperoleh.

Isnin, 19 November 2012

Membuang Tahi Lalat Pada Wajah

Mole Removal Introduction


Moles, or nevi, are frequently removed for a variety of reasons. They can be removed by two surgical methods:
  • Excision (cutting), with or without stitches
  • Excision with cauterization (a tool is used to burn away the mole)
Although laser excision has been tried for moles, it is not usually the method of choice for most deep moles because the laser light doesn't penetrate deeply enough.
Typically, the doctor or dermatologist (a skin specialist) may choose excision with or without stitches, depending on the depth of the mole and the type of cosmetic outcome desired.
  • What is a mole?
    • Many people refer to a mole as any dark spot or irregularity in the skin. Doctors use different terms. But the following types of skin marks such as these are not treated the same way moles are and are not discussed here:
      • Birthmarks
      • Abnormal formations of blood vessels (hemangiomas)
      • Keratoses (benign or precancerous spots, which appear after about age 30 years)
  • What causes moles?
    • Some people are born with moles. Other moles appear over time.
    • Sun exposure seems to play a role in the development of moles and may even play a role in the development of atypical, or dysplastic, moles.
    • The role of heredity cannot be underemphasized. Many families have a type of mole known as dysplastic (atypical), which can be associated with a higher frequency of melanoma or skin cancer.
by:
 
Medical Author: