Isnin, 12 Mei 2014

ADUH SAKITNYA KAYAP



 ADUH SAKITNYA KAYAP

Encik Azman, berumur 40 tahun telah dijangkiti kayap semenjak beberapa hari yang lalu. Beliau telah berjumpa dengan “bomoh kayap” untuk merawat penyakit. Tetapi penyakit kian merebak dan beliau tidak tahan dengan kesakitan yang dihadapi. Beliau takut hendak berjumpa dengan doktor kerana menganggap bahawa penyakit kayap akan menjadi lebih teruk sekiranya mengambil ubat dari klinik atau hospital. Oleh kerana tidak tahan dengan sakit yang dihadapi, beliau terpaksa berjumpa dengan doktor. Setelah mengambil ubat, akhirnya beliau sudah semakin sihat. 

Kayap (herpes zoster) adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada “varicella zoster virus”. Penyakit ini mengambil masa di antara 3 sehingga 5 minggu untuk sembuh. Rawatan antivirus membantu untuk mengurangkan penularan penyakit ini tetapi hendaklah diambil dalam jangkamasa 72 jam setelah mendapat penyakit ini.

Terdapat beberapa komplikasi daripada penyakit kayap. “Postherpetic neuralgia” adalah kesan utama setelah mendapat kayap dimana pesakit akan mendapat kesakitan yang melampau. Penyakit ini juga terlalu sukar untuk dirawat. Selain daripada itu kayap juga boleh menyebabkan jangkitan pada otak, saraf, jangkitan bakteria dan juga kerosakan pada mata dan telinga.

Oleh itu penyakit kayap hendaklah diambil dengan serius dan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan