Kenapa Muka Ada Tompok Coklat Tapi Bukan Jeragat?
Pernah tengok cermin dan perasan ada tompok-tompok coklat di muka?
Mula-mula ingat jeragat.
Malah, ada yang semakin
jelas.
Sebenarnya, tidak
semua tompok coklat pada muka adalah jeragat.
Ada beberapa keadaan
kulit yang boleh menyebabkan wajah kelihatan bertompok atau tidak sekata.
1. Melasma
Antara keadaan yang
sering disalah anggap sebagai jeragat ialah melasma.
Ia lebih kerap berlaku
pada wanita dan boleh dipengaruhi oleh perubahan hormon serta pendedahan kepada
cahaya matahari.
Satu perkara yang menarik
tentang melasma ialah tompoknya sering muncul secara simetri, contohnya
kedua-dua belah pipi.
2. Sunspot
Tompok coklat juga boleh
disebabkan oleh sunspot atau solar lentigines.
Ia berkait dengan pendedahan kepada cahaya matahari dalam jangka masa
panjang.
Berbeza dengan sesetengah jenis jeragat yang lebih kecil dan boleh berubah
mengikut pendedahan matahari, sunspot biasanya kelihatan sebagai tompok yang
lebih jelas dan kekal.
Ia juga lebih biasa dilihat apabila usia meningkat.
3. Bekas Jerawat
Pernah tak jerawat dah
hilang tetapi tinggal satu tompok coklat?
Itu mungkin bukan
jeragat.
Ia boleh menjadi post-inflammatory
hyperpigmentation (PIH), iaitu pigmentasi yang muncul selepas kulit
mengalami keradangan.
Jerawat yang dipicit,
digaru atau mengalami keradangan boleh meninggalkan kesan gelap yang mengambil
masa untuk pudar.
Sebab itu kadang-kadang
seseorang rasa:
“Jerawat dah tak ada,
tapi kenapa muka masih nampak bertompok?”
4. Freckles
Freckles juga boleh
kelihatan seperti bintik coklat pada muka.
Biasanya ia lebih kecil,
rata dan boleh menjadi lebih jelas selepas terdedah kepada matahari.
Freckles dan keadaan
pigmentasi lain tidak semestinya memerlukan pendekatan rawatan yang sama.
5. Iritasi Daripada Produk Skincare
Ini satu lagi perkara yang ramai tidak sangka.
Penggunaan produk yang menyebabkan kulit terlalu kering, pedih atau iritasi
boleh menyebabkan pigmentasi selepas keradangan.
Contohnya, apabila kulit mengalami iritasi berulang akibat terlalu banyak
menggunakan bahan aktif atau melakukan exfoliation secara berlebihan.
Akhirnya, niat asal nak
cerahkan kulit…
tetapi kulit pula jadi
semakin bertompok.
Kesimpulan
Jadi, kalau anda nampak tompok coklat pada muka, jangan terus anggap
ia jeragat.
Ia mungkin:
Jeragat → Melasma → Sunspot → Freckles → Bekas jerawat → Pigmentasi selepas
iritasi
Dan setiap satu boleh mempunyai punca serta pendekatan rawatan yang
berbeza.
Kalau tompok semakin jelas, semakin banyak atau anda sudah mencuba pelbagai
produk tetapi tidak berubah, pemeriksaan kulit boleh membantu mengenal pasti
apakah sebenarnya masalah tersebut.
Kadang-kadang, perkara pertama yang perlu dibuat bukan mencari cara untuk
hilangkan tompok, tetapi mengetahui terlebih dahulu tompok itu sebenarnya apa.
Jika anda mempunyai masalah tompok coklat, jeragat, melasma atau pigmentasi
muka, anda boleh mendapatkan pemeriksaan di Klinik Primer Nilam Puri.
📍Klinik Primer Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan.
📞 Hubungi
09-7124007 / Sebarang pertanyaan boleh whatsapp ke number 017-7780900
#ketiakbasah #ohd #klinikprimernilampuri #pekab40
#kulitkusam #melasma #freckles #bekasjerawat #iritasi #skinwhiteningcream #skincaredrlyna #kulitputih #pakarkulit #kulit
#ketuat #mole #kotabharu #lcpholder #klinikestetik #berpeluh #hyperhiodrosis
#jerawat #jeragat #pigmnetasi #laserpico #granuloma #perubahanteksturkulit
#nodul #benjolankecil #mounjaro #nakkurus #lemakberlebihan #diet
#moisturiserdrlyna #kulitlembap #skinbarrier #aquasunscreen #produkdrlyna
#sinaranuv #kutil #wart #rawatanbuangkutil #benjolankecil
#klinikprimernilampuridoktorkulitkosmetikkelantan
#klinikprimernilampuripakarjerawat #klinikprimernilampuripakarjeragat
#klinikprimernilampuriklinikparutjerawatterbaikkelantan
#klinikprimernilampuriklinikjerawatterbaikkelantan
#klinikprimernilampuriklinikjeragatterbaikkelantan
#klinikprimernilampuriklinikterbaikrawatankulitkelantan #klinikpakarkulitdrlynaklinikprimernilampuri
#klinikestetikdrlynaklinikprimernilampuri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan