Kenapa Jerawat Boleh Rasa Gatal? Jangan Anggap Semua Bintik Itu Jerawat Biasa!
Pernah
tak mengalami keadaan muka naik jerawat, tetapi bukannya rasa sakit, sebaliknya
gatal sampai rasa nak menggaru? Lebih-lebih lagi apabila bintik-bintik kecil
muncul dengan banyak di bahagian dahi, pipi atau dagu.
Sebenarnya,
jerawat yang disertai rasa gatal boleh berlaku atas beberapa faktor. Antaranya
ialah keradangan pada kulit, kulit terlalu kering akibat penggunaan produk
rawatan jerawat atau iritasi daripada skincare yang tidak sesuai dengan keadaan
kulit.
Apabila
kulit mengalami iritasi, lapisan pelindung kulit boleh terganggu. Keadaan ini
menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif, kemerahan, kering dan kadangkala
terasa gatal.
Adakah
semua jerawat yang gatal merupakan jerawat biasa?
Tidak
semestinya! Ada beberapa masalah kulit lain yang boleh kelihatan hampir sama
seperti jerawat. Contohnya folliculitis, iaitu keradangan pada folikel
rambut yang boleh menyebabkan bintik-bintik kecil, kemerahan dan rasa gatal.
Ada
juga keadaan yang dikenali sebagai Malassezia folliculitis atau fungal
acne. Ia berkaitan dengan pertumbuhan yis Malassezia yang berlebihan pada
folikel rambut. Biasanya bintik-bintik yang muncul mempunyai saiz hampir
seragam dan boleh disertai rasa gatal.
Sebab
itulah penting untuk mengenal pasti punca sebenar sebelum memilih sebarang
produk atau rawatan.
Apa
yang perlu dilakukan jika jerawat terasa gatal?
Antara
langkah yang boleh diamalkan:
- Jangan
garu atau picit jerawat.
Tindakan ini boleh menyebabkan kulit semakin meradang dan meningkatkan
risiko jangkitan serta parut.
- Gunakan
pencuci muka yang lembut.
Elakkan pencuci yang menyebabkan kulit terasa tegang atau terlalu kering
selepas mencuci muka.
- Jangan
terlalu banyak mencuba skincare.
Penggunaan pelbagai produk aktif secara serentak boleh menyebabkan
iritasi.
- Gunakan
pelembap yang sesuai.
Kulit yang mengalami kekeringan memerlukan penjagaan untuk membantu
mengekalkan kelembapan dan menyokong skin barrier.
- Dapatkan
pemeriksaan doktor.
Terutamanya jika rasa gatal berterusan, bintik semakin banyak atau keadaan
kulit semakin teruk.
📍Dapatkan pemeriksaan di Klinik Primer Nilam Puri.
📞
Hubungi 09-7124098 / Sebarang pertanyaan boleh whatsapp ke number 017-7780900
#ketiakbasah #ohd #klinikprimernilampuri #pekab40
#kulitkusam #skinwhiteningcream #skincaredrlyna #kulitputih #pakarkulit #kulit
#ketuat #mole #kotabharu #lcpholder #klinikestetik #berpeluh #hyperhiodrosis
#jerawat #jeragat #pigmnetasi #laserpico #granuloma #eczema #atopiceczema
#contactdermatitis #seborrheicdermatitis #dyshidroticeczema #nummulareczema
#perubahanteksturkulit #nodul #benjolankecil #mounjaro #nakkurus
#lemakberlebihan #diet #moisturiserdrlyna #kulitlembap #skinbarrier
#aquasunscreen #produkdrlyna #sinaranuv #kutil #wart #rawatanbuangkutil
#benjolankecil #klinikprimernilampuridoktorkulitkosmetikkelantan
#klinikprimernilampuripakarjerawat #klinikprimernilampuripakarjeragat
#klinikprimernilampuriklinikparutjerawatterbaikkelantan #klinikprimernilampuriklinikjerawatterbaikkelantan
#skinbooster #plinestklinikprimernilampuri #newestklinikprimernilampuri
#sculptraklinikprimernilampuri #lineraseklinikprimernilampuri
#plenhyage’xlklinikprimernilampuri #botox #injectionskinbooster #kulittegang
#kulitanjal #kulitkendur #garishalus #skincareviral #kulitberbeza
#keratosispilaris #kulitayam #ketiakhitam #kulitkepala #kelemumur
#penjagaanrambut #confinedspace #ruangterkurung #starformer #masalahterkucil
#ototkendur #mudahterkencing #kerapkencing #otottegang #sixpack #UjianDadah
#UrineDrugTest #SaringanPekerja #KesihatanPekerjaan #Kelantan #dermalrepair
#hydratingmoisturiser #oilfreegelwash #skincaredrlyna #skinbarrier
#penjagaankulit




