Klinik Jerawat Terbaik di Kelantan – Rawatan Jerawat Mengikut Keperluan Kulit
Jerawat bukan sekadar masalah kulit biasa. Ada yang bermula dengan bintik-bintik kecil, ada yang mengalami jerawat batu yang menyakitkan, malah ada juga yang sudah lama bebas jerawat tetapi masih berdepan masalah parut dan kulit berlubang.
Kadangkala, sudah bermacam-macam produk dicuba. Pencuci muka bertukar, skincare bertukar, tetapi jerawat tetap muncul. Sampai rasa buntu nak tahu apa lagi yang perlu dibuat.
Sebenarnya, masalah jerawat mempunyai pelbagai jenis dan punca. Sebab itulah penjagaan serta rawatan perlu disesuaikan dengan keadaan kulit masing-masing.
Klinik Primer Nilam Puri menyediakan konsultasi dan rawatan berkaitan masalah kulit, termasuk membantu pesakit memahami keadaan kulit serta pilihan rawatan yang bersesuaian.
Masalah jerawat yang boleh mendapatkan perhatian
Antara masalah kulit yang sering dialami dan memerlukan penilaian bersesuaian:
1. Jerawat batu (Cystic Acne)
2. Jerawat pasir (Tiny Bumps)
3. Blackhead dan Whitehead
4. Parut jerawat dan kulit berlubang
5. Jerawat badan
Rawatan jerawat di Klinik Primer Nilam Puri
Di Klinik Primer Nilam Puri, pesakit boleh mendapatkan konsultasi bagi mengenal pasti masalah kulit dan pilihan rawatan yang sesuai.
Antara rawatan dan penjagaan kulit yang ditawarkan termasuk:
Konsultasi masalah jerawat.
Rawatan jerawat batu.
Rawatan jerawat badan.
Rawatan laser jerawat.
Rawatan parut jerawat dan parut lekuk.
Rawatan blackhead dan whitehead.
Penjagaan kulit menggunakan produk skincare yang bersesuaian.
Pemilihan rawatan bergantung kepada jenis jerawat, tahap keradangan dan keadaan kulit setiap individu.
Mengapa perlu dapatkan pemeriksaan?
Jangan terlalu kerap bertukar produk skincare tanpa mengetahui punca sebenar masalah kulit. Penggunaan produk yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit semakin merengsa.
Pemeriksaan awal membantu menentukan sama ada anda memerlukan rawatan ubat, penjagaan skincare, prosedur tertentu atau gabungan beberapa pendekatan.
Dapatkan konsultasi di Klinik Primer Nilam Puri
Klinik Primer Nilam Puri
Lot 739 A&B, Tingkat Bawah, Batu 7, Jalan Kuala Krai, Nilam Puri, 16010 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon: 09-7124007
WhatsApp: 017-7780900
Jangan tunggu sampai jerawat semakin teruk atau parut semakin banyak. Mulakan dengan mengenali keadaan kulit anda terlebih dahulu.
Kulit sihat bermula dengan penjagaan yang betul!
#KlinikJerawatKelantan #KlinikKulitKelantan #KlinikPrimerNilamPuri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan