Sabtu, 14 November 2026

Jeragat atau Melasma? Ini Cara Membezakan Kedua-duanya.

Jeragat atau Melasma? Ini Cara Membezakan Kedua-duanya dan Kenali Jenis, Punca dan Rawatan yang Sesuai.


Adakah anda risau bila tiba-tiba nampak tompok atau bintik coklat pada wajah dan terus anggap semuanya jeragat?

Sebenarnya, jeragat dan melasma tidak semestinya perkara yang sama. Ini adalah kerana prosedur rawatan tidak sama untuk jeragat dan melasma.

Jeragat, melasma, freckles, sunspots, lentigenes, kesan hitam selepas jerawat atau kesan hitam selepas suntikan skin booster adalah masalah kulit yang berlainan, walaupun semuanya menyebabkan kulit kelihatan bertompok atau tidak sekata.

 

Apa Itu Jeragat?

Istilah jeragat sering digunakan secara umum untuk menggambarkan pelbagai jenis bintik atau tompok gelap pada kulit. 

Jeragat sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis pigmentasi seperti:

  • Freckles atau ephelides
  • Solar lentigines atau sunspots
  • Post-inflammatory hyperpigmentation (PIH)
  • Melasma

Pigmentasi kulit berlaku apabila penghasilan atau pengumpulan melanin pada kawasan tertentu menyebabkan warna kulit menjadi lebih gelap berbanding kawasan sekeliling.

Di antara punca jeragat adalah pendedahan kepada cahaya matahari tanpa memakai sebarang perlindungan uv di muka.

Ada juga pendapat yang mengatakan kutil/skintag/keratosis adalah sejenis jeragat. Sebenarnya tidak ye. Kutil / skintag / keratosis adalah sejenis ketumbuhan di atas kulit yang tidak bahaya cuma muka nampak tak bersih disebabkan kehadiran ketumbuhan tersebut.

 

Apa Itu Melasma?

Melasma hadir sebagai tompok pigmentasi yang berlaku secara simetri pada kedua-dua belah wajah.

Kawasan yang sering terlibat termasuk kedua-dua belah pipi, dahi, hidung, atas bibir atau dagu.

Melasma juga sering dikaitkan dengan beberapa faktor seperti penggunaan skincare yang salah, pendedahan UV, perubahan hormon dan faktor genetik.

Sebab itu proses konsultasi dengan Doktor estetik yang memiliki lesen LCP sangat diperlukan sebelum sesuatu rawatan dilakukan. Doktor akan analisis keadaan kulit penting sebelum sesuatu rawatan dilakukan. Beautician di spa/medispa/pusat kecantikan adalah orang yang bukan memiliki sijil estetik bertauliah dari KKM untuk sebarang diagnosis masalah kulit jeragat. Kesilapan diagnosis boleh menyebabkan rawatan tidak berkesan.

 

Jenis-Jenis Jeragat dan Pigmentasi yang Biasa Berlaku

Tidak semua bintik gelap pada wajah mempunyai punca yang sama.

Berikut antara jenis pigmentasi yang sering dianggap sebagai “jeragat”.

 

1. Freckles atau Ephelides

Freckles biasanya berbentuk bintik kecil berwarna coklat.

Freckles mempunyai kaitan dengan pendedahan UV.

 

2. Solar Lentigines atau Sunspots

Solar lentigines juga dikenali sebagai sunspots atau age spots.

Ia boleh muncul pada wajah, tangan, lengan dan kawasan yang terdedah kepada matahari.

Solar lentigines mempunyai kaitan dengan pendedahan UV.

 

3. Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)

PIH biasanya berwarna coklat atau kehitaman. Ia berbeza daripada melasma walaupun kedua-duanya boleh menyebabkan tompok gelap pada wajah.

Selain jerawat, PIH boleh berlaku selepas kulit mengalami keradangan atau kecederaan seperti:

    • Selepas melakukan prosedur facial- akibat dipicit oleh beautician
    • Selepas melakukan prosedur dermapen/microneedling
    • Selepas melakukan rawatan chemical peeling (penggelupasan kimia)
    • Selepas melakukan rawatan suntikan skin booster 
    • Selepas menggunakan produk yang merosakkan skin barrier muka
    • Selepas muka terbakar akibat dari memakai bahan-bahan tradisional di muka seperti kulit kayu manis, limau dan sebagainya.
    • Selepas muka naik ruam atau alahan disebabkan makanan atau produk skincare

 

4. Melasma

Melasma melibatkan kawasan pigmentasi yang lebih luas dan agak sukar merawatnya.

 

Apakah Punca Jeragat dan Pigmentasi?

Pigmentasi boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu pendedahan kepada cahaya matahari, hormon, genetik dan penggunaan skincare yang tidak sesuai.

 

a) Pendedahan Kepada Cahaya Matahari

Jika kulit sering terdedah kepada matahari tanpa perlindungan yang mencukupi, sinar ultraviolet atau UV boleh merangsang penghasilan melanin dan menjadikan pigmentasi semakin bertambah di muka.

Oleh itu, penggunaan sunblock atau sunscreen sangat penting untuk melindungi kulit dari sinaran matahari.

Sunscreen hendaklah dipakai setiap 2 jam sekali. Sunscreen yang bagus adalah sunscreen SPF 50 dan ada physical sunscreen seperti titanium dioxide.

 

b) Perubahan Hormon

Perubahan hormon merupakan antara faktor yang sering dikaitkan dengan melasma.

Ia boleh berlaku ketika proses kehamilan dan pengambilan ubat pil perancang atau ubat terapi hormon gantian untuk wanita menghadapi simptoms menopause.

 

c) Faktor Genetik

Jika ahli keluarga mempunyai freckles, melasma atau mengalami pigmentasi, seseorang mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah yang sama.

 

d) Penggunaan Skincare yang Tidak Sesuai

Skincare yang terbaik adalah skincare yang tidak menyebabkan muka jadi radang, iritasi dan terbakar seperti merah dan kulit jadi semakin kering.

Pencuci muka beralkali wajib dielakkan.

Pencuci muka yang ada bahan exfoliating acid seperti AHA (glycolic acid, citric acid) dan BHA (salicylic acid) dan active ingredients atau produk yang menyebabkan kulit pedih dan merah boleh menyebabkan kulit mengalami keradangan dan seterusnya menyebabkan pigmentasi.

Anda boleh menggunakan skincare yang mengandungi tranexamic acid, vitamin c, arbutin, niacinamide untuk membantu mengurangkan masalah jeragat.

 e) Prosedur yang melukakan kulit seperti chemical peeling, CO2 laser, dermapen, IPL, bekam

Rawatan yang boleh mencederakan kulit berisiko untuk pembentukan melanin yang banyak di bawah kulit dan mungkin berakhir dengan jeragat atau melasma.

 

Cara Nak Tahu Saya Ada Jeragat atau Melasma?

Jika anda mempunyai beberapa bintik kecil berwarna coklat yang jelas dan lebih ketara selepas terdedah kepada matahari, ia mungkin freckles atau sunspots.

Jika pigmentasi kelihatan seperti tompok yang lebih besar dan terdapat pada kedua-dua belah pipi, dahi atau atas bibir, ia mungkin adalah melasma.

Jika tompok gelap muncul tepat di kawasan bekas jerawat, atau selepas suntikan skin booster, IPL, CO2 laser, bekam atau dermapen, ia mungkin merupakan PIH.

 

Cara Mengurangkan Jeragat dan Melasma

 

1. Gunakan Sunscreen Setiap Hari

Sunscreen merupakan antara langkah paling penting untuk kulit yang mempunyai masalah pigmentasi.

Pilih sunscreen SPF 50 dan mengandungi Physical Sunscreen seperti titanium dioxide.

Perlindungan daripada cahaya matahari membantu mengurangkan rangsangan yang boleh menyebabkan pigmentasi menjadi semakin gelap.

 

2. Elakkan Skincare yang Terlalu Kuat

Jika kulit mudah pedih, merah atau sensitif, kurangkan penggunaan active ingredients yang terlalu agresif.

Skin barrier yang berada dalam keadaan baik membantu kulit menjalani rutin penjagaan dengan lebih selesa.

 

3. Gunakan Bahan Pencerah Secara Konsisten

Sesetengah bahan penjagaan kulit boleh membantu memperbaiki penampilan tona kulit yang tidak sekata.

Namun produk perlu dipilih berdasarkan keadaan dan toleransi kulit.

Penggunaan terlalu banyak produk pencerah pada masa yang sama tidak semestinya memberikan hasil lebih cepat.

 

4. Rawatan Profesional untuk Pigmentasi

 

Bagi pigmentasi yang lebih ketara atau sukar pudar dengan skincare sahaja, rawatan profesional boleh dipertimbangkan.

Antara teknologi dan pendekatan yang mungkin digunakan untuk masalah pigmentasi termasuk:

 

a) Rawatan laser pigmentasi

Teknologi laser tertentu digunakan untuk mengurangkan pigmen pada kulit. Jenis laser dan tetapan yang sesuai perlu ditentukan berdasarkan jenis pigmentasi serta keadaan kulit.

 

b) Chemical Peel

Chemical peel membantu proses pengelupasan terkawal pada lapisan kulit dan boleh digunakan dalam pelan penjagaan beberapa jenis masalah pigmentasi.

 

c) Rawatan Suntikan Skin Booster

Suntikan booster biasanya mengandungi stem cell ikan atau tumbuhan, glutathione, vitamin c dan tranexamic acid yang membantu memperbaiki struktur kolagen kulit untuk mengurangkan masalah pigmentasi.

 

Jeragat Makin Banyak Walaupun Dah Pakai Skincare Mahal?

Skincare mahal tidak menjamin kulit anda sentiasa sihat dan bebas dari jeragat.

Apa yang penting adalah jenis bahan kimia yang terdapat di dalam skincare tersebut.

Ada bahan kimia yang hanya sesuai dipakai pada waktu malam, tetapi bahan tersebut diletakkan di dalam pencuci muka, krim siang atau sunscreen. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi radang, merah, sensitif kepada cahaya matahari dan seterusnya merangsang penghasilan jeragat atau melasma.

Sebab itu skincare yang betul sangat dititikberatkan untuk penjagaan kulit jeragat. Di Kinik Primer Nilam Puri, kami memiliki rangkaian skincare di bawah jenama DR.LYNA yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Dr.Lyna mementingkan kualiti bahan di dalam skincare untuk mengelakkan kulit pelanggan menjadi semakin teruk. Kulit sihat bermula dari penjagaan skincare yang tepat.

Selain skincare, kami turut menekankan penilaian kulit sebelum meneruskan rawatan yang sesuai. Tidak semua pigmentasi sesuai dengan rawatan yang sama. Sebab itu, analisis keadaan kulit terlebih dahulu lebih baik daripada terus memilih rawatan berdasarkan rupa pigmentasi semata-mata.

 

Apa beza rawatan jeragat di Klinik Primer Nilam Puri dan Spa/ Medispa/ Pusat Kecantikan yang lain?

Di Klinik Primer Nilam Puri, doktor yang ada sijil estetik LCP dan bertauliah dari KKM yang akan menganalisis masalah kulit muka anda berbanding beautician di spa/medispa/pusat kecantikan.

Diagnosis penyakit kulit hanya dilakukan oleh doktor pakar estetik sahaja kerana ia akan mempengaruhi jenis rawatan yang akan dilakukan kepada kulit anda.

Beautician adalah individu yang bukan dari background kesihatan/ klinikal yang boleh mendiagnos penyakit kulit dengan tepat.

 

Rawatan Jeragat di Klinik Primer Nilam Puri

Di Klinik Primer Nilam Puri, pendekatan rawatan bermula dengan memahami keadaan kulit terlebih dahulu.

Doktor akan melihat beberapa faktor seperti:

  • Jenis skincare yang digunakan setiaphari seperti pencuci muka, pelembap, sunscreen, krim atau serum pencerah kulit
  • Jenis pigmentasi
  • Kesihatan kulit sebelum membuat rawatan
  • Jenis kulit samada normal, kering, sensitif atau cenderung naik jerawat
  • Jenis pekerjaan pesakit
  • Faktor yang mungkin mencetuskan pigmentasi

Berdasarkan keadaan kulit, pelan rawatan yang lebih sesuai boleh dicadangkan.

Antara pilihan rawatan di Klinik Primer Nilam Puri yang berkaitan dengan masalah pigmentasi termasuk rawatan laser pigmentasi, rawatan chemical peeling mengikut kesesuaian kulit, suntikan skin booster dan skincare yang sesuai.

 

Matlamat rawatan adalah untuk mendapatkan kulit yang bebas jeragat, membantu tona kulit jadi lebih sekata dan sihat.

 

Cara Mencegah Jeragat Menjadi Semakin Ketara

Walaupun sesetengah pigmentasi mempunyai faktor genetik atau hormon, beberapa langkah boleh membantu mengurangkan risiko ia menjadi semakin ketara.

Gunakan sunscreen setiap hari, elakkan pendedahan matahari berlebihan, elakkan penggunaan produk timbang kilo yang menyebabkan kulit mengalami iritasi atau radang.

Untuk individu yang pernah menjalani rawatan pigmentasi, penjagaan selepas rawatan juga sangat penting.

Ikuti rutin yang dicadangkan dan jangan terus menggunakan active ingredients yang kuat tanpa memastikan kulit sudah bersedia.

Bilakah Perlu Berjumpa Doktor Dengan Segera?

Anda perlu mendapatkan pemeriksaan dengan doktor dengan segera sekiranya tompok atau bintik berubah bentuk dengan cepat,membesar dengan cepat, mempunyai warna yang tidak sekata atau mudah berdarah kerana warna tersebut mungkin sejenis ketumbuhan yang berbahaya.

Jika anda sudah ada tompokan jeragat walaupun kecil, segera berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan pigmentasi menjadi semakin besar dan sukar dirawat menggunakan teknologi canggih.

 Soalan-soalan yang biasa diajukan kepada doktor:

a) Adakah jeragat dan melasma benda yang sama?

Tidak semestinya. Istilah jeragat sering digunakan secara umum untuk pelbagai jenis pigmentasi. Melasma pula merupakan satu keadaan pigmentasi tertentu yang biasanya menyebabkan tompok lebih besar dan sering berlaku secara simetri pada wajah.

 

b) Apa beza melasma dengan freckles?

Melasma dipengaruhi oleh hormon, cahaya matahari dan genetik, manakala freckles pula berpunca dari genetik dan pendedahan cahaya matahari. 

 

c) Kenapa jeragat makin banyak?

Pendedahan kepada UV, faktor usia, genetik, hormon atau keradangan kulit boleh menyebabkan sesetengah jenis pigmentasi menjadi lebih ketara.

 

d) Adakah sunscreen boleh hilangkan jeragat?

Sunscreen tidak dapat menghilangkan jeragat yang sudah sedia ada di muka. Namun begitu, penggunaan sunscreen secara konsisten sangat penting untuk mengelakkan pigmentasi daripada menjadi semakin teruk akibat pendedahan cahaya matahari.

 

e) Adakah Jeragat dan Melasma Boleh Hilang?

Ada jenis-jenis jeragat yang boleh terus hilang dan ada yang memerlukan rawatan maintenance untuk jaga kesihatan kulit.

Ia bergantung kepada jenis pigmentasi, kedalaman pigmen, faktor penyebab jeragat dan keadaan kulit setiap individu.

Sesetengah pigmentasi boleh menjadi semakin pudar dengan penjagaan dan rawatan yang sesuai.

Melasma biasanya memerlukan rawatan yang agak lama kerana ia mempunyai kecenderungan untuk datang semula.

Sebab itu sasaran rawatan bukan sekadar untuk mencerahkan tompok yang ada.

 f) Adakah Jeragat Boleh Datang Semula Selepas Rawatan?

Melasma boleh datang semula walaupun warna jeragat dah berkurang jika kulit muka terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV, mengambil rawatan terapi hormon gantian atau penggunaan skincare yang menyebabkan radang /iritasi.

Penggunaan sunscreen atau sunblock sangat dititikberatkan untuk memastikan melasma dapat dikawal sepenuhnya.

  g) Kenapa Jeragat Susah Hilang Walaupun Dah Buat Facial

Facial bukan rawatan untuk jeragat. Rawatan facial biasanya untuk mencuci muka dan membersihkan noda-noda pada kulit seperti biji jerawat. Rawatan facial dapat membantu mengurangkan muka jatuh menerusi teknik urutan yang sesuai. Namun begitu, masalah pigmentasi kulit tidak dapat dirawat dengan rawatan facial biasa kecuali facial menggunakan teknologi microdermabrasion yang ada di klinik estetik. Rawatan microdermabrasion dapat membantu kulit untuk membaiki jeragat dengan cara penggelupasan pada struktur kulit luar. Kena berhati-hati kerana proses ini ada risiko dan boleh mencetuskan jeragat jika prosedur tidak dikawalselia oleh doktor.

 h) Rawatan apa yang sesuai untuk jeragat?

Rawatan laser sangat sesuai untuk merawat jeragat. Chemical peeling juga membantu mengurangkan warna pigmentasi tetapi prosedur ini agak bahaya kerana muka boleh jadi terbakar dan menyebabkan jeragat aktif. Walaubagaimanapun, laser dan chemical peeling hendaklah dilakukan oleh doktor pakar estetik di klinik yang diiktiraf KKM. Jangan biarkan muka anda dirawat dengan prosedur bahaya oleh orang yang bukan doktor. 

Suntikan skin booster dan skincare yang terbaik sangat membantu untuk memudarkan jeragat dan melasma.

i) Bolehkah Chemical Peel Membantu Masalah Pigmentasi

Chemical peel atau penggelupasan kimia adalah salah satu rawatan untuk mengurangkan jeragat dan mencerahkan kulit.

Namun prosedur ini agak bahaya dan wajib dilakukan oleh doktor yang ada LCP sahaja.

 

j) Rawatan Laser Jeragat: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Terdapat pelbagai jenis laser di klinik estetik. Di antaranya adalah short pulse Nd-YAG laser, long pulsed Nd-YAG laser, fractional laser, pico laser dan sebagainya. Wujudnya laser-laser ini disebabkan kepelbagaian jenis penyakit pada kulit. Tidak semua laser sesuai untuk masalah jeragat. 

Laser adalah alat yang bahaya dan wajib dibuat oleh doktor yang ada LCP di klinik atau hospital swasta. 

 

k) Bila Masa Sesuai Berjumpa Doktor Untuk Masalah Jeragat?

Jika anda sedang berdepan dengan jeragat, melasma atau pigmentasi yang semakin ketara, dapatkan konsultasi dan analisis kulit di Klinik Primer Nilam Puri untuk mengetahui pilihan penjagaan atau rawatan yang lebih sesuai dengan keadaan kulit anda.

 

Booking sesi konsultasi anda bersama Dr. Lyna di Klinik Primer Nilam Puri hari ini.

Doktor Lyna adalah doktor estetik (aesthetic) dengan kelayakan LCP yang diiktiraf oleh KKM untuk melakukan prosedur estetik di klinik swasta iaitu Klinik Primer Nilam Puri.

Semua pesakit akan menjalani proses konsultasi dan penilaian kulit terlebih dahulu sebelum rawatan dilakukan.

Rawatan pigmentasi mengikut jenis pigmentasi kulit.

Doktor juga turut menekankan pendidikan penjagaan kulit selepas rawatan.

Klinik Primer Nilam Puri adalah klinik swasta pertama yang menyediakan pelbagai rawatan pesakit biasa seperti klinik swasta yang lain dan juga rawatan kulit dan estetik.

Klinik Primer Nilam Puri berfokus kepada masalah kulit dan estetik kerana ramai pesakit mengalami masalah kulit dan memerlukan rawatan menggunakan kaedah moden seperti laser.

 

Kesilapan Penjagaan Kulit Yang Boleh Memburukkan Pigmentasi.

      Kulit mudah naik pigmen atau melanin terutamanya jika kulit masih merah selepas rawatan.

Penjagaan kulit sangat penting untuk mengelakkan komplikasi yang boleh memburukkan pigmentasi.

Selepas melakukan prosedur laser atau chemical peeling, pesakit dikehendaki untuk mengelakkan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung dan memasak dengan haba yang panas.

Pemakaian sunscreen setiap 2 jam sekali dan menggunakan sunscreen atau sunblock yang ada SPF 50 dan sejenis physical sunscreen.

Elakkan menggaru kulit selepas rawatan.

Tidak menggunakan bahan "exfoliate" (menggelupas) selepas proses rawatan selama seminggu.

Digalakkan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.

Boleh mengambil suplemen yang ada gluthatione untuk membantu mencerahkan kulit.

      

      Kesimpulan: Kenali Jenis Pigmentasi Sebelum Rawatan

Anda boleh baca informasi mengenai jenis-jenis pigmentasi dari semua laman sosial di internet atau artikel dari buku atau suratkhabar. Walaubagaimanapun, diagnosis untuk setiap jenis pigmentasi yang anda ada hanya boleh dilakukan oleh doktor estetik bertauliah sahaja. Hanya doktor sahaja yang boleh mengenali jenis pigmentasi dan rawatan yang sesuai untuk anda. Dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang memiliki lesen LCP. Klinik Primer Nilam Puri memiliki doktor yang ada sijil LCP yang pertama di Kelantan.

Perbezaan jeragat dan melasma penting untuk difahami kerana rawatan tidak akan sama. Freckles, sunspots, PIH dan melasma boleh kelihatan hampir serupa pada pandangan pertama tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza.

Freckles biasanya memerlukan laser jenis KTP dan pico laser sahaja. 

Melasma pula memerlukan kombinasi laser. Di Klinik Primer Nilam Puri, kami menggabungkan 4 jenis laser untuk merawat jeragat. Rawatan ini adalah yang pertama di Kelantan. Kami ada laser Pico, long pulsed Nd-YAG, laser fractional dan nano laser.

Masalah pigmentasi hendaklah dirujuk kepada doktor estetik yang bertauliah. Jangan mengambil risiko dengan terus mencuba pelbagai produk atau rawatan di spa/medispa/pusat kecantikan yang tidak memiliki doktor yang ada LCP.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAWATAN MILIA/BINTIK PUTIH DI KELANTAN