Rawatan laser kaedah buang bulu badan
Setiap wanita berharap untuk memiliki kulit yang halus, mulus dan licin
yang bebas daripada bulu roma. Walaubagaimanapun,
jika seseorang wanita memiliki bulu roma yang lebat dan panjang di muka, tangan
dan kaki, ini akan meragut keyakinan wanita untuk
bergaya dan seterusnya boleh
membuatkan wanita tersebut rasa malu, rendah diri dan tertekan. Berbeza dengan
kaum lelaki dimana lelaki bermisai dan berjanggut adalah suatu yang normal dan
mereka akan dipandang “macho” jika mempunyai bulu di badan.
Oleh yang demikian ramai wanita tersilap langkah memilih cara traditional untuk membuang bulu-bulu tersebut dengan menggunakan pisau pencukur biasa atau melakukan rawatan kaedah lilin (wax). Penggunaan pisau cukur atau kaedah lilin boleh mengakibatkan kulit menjadi kusam, gelap malah bulu roma akan tumbuh lebih lebat.
Rawatan laser buang bulu
adalah rawatan perubatan estetik terkini yang canggih dan terbaik untuk membuang bulu. Individu yang ingin membuat rawatan laser buang bulu badan dinasihatkan
supaya melakukan rawatan laser dengan doktor bertauliah di klinik dan hospital
sahaja.
Laser Long
Pulse Nd:Yag adalah laser terbaik dan selamat untuk semua jenis kulit termasuk
kulit gelap. Di klinik Dr.LYNA, laser Long Pulse Nd:Yag FOTONA SP DYNAMIS
digunakan untuk buang bulu roma. Laser Long Pulse Nd:Yag FOTONA SP DYNAMIS adalah laser pertama di Kota Bharu, Kelantan yang hanya ada di klinik DR.LYNA. Dr.Lyna mementingkan keselamatan pesakit dan keberkesanan rawatan. Jadi, hanya laser terbaik dibeli untuk merawat masalah badan berbulu.
Cahaya
laser akan diserap oleh melanin (bahan yang memberi warna kepada bulu badan) kemudian menukarkan tenaga
cahaya menjadi haba. Kesan cahaya laser ini akan merencatkan akar rambut
(follicle) lantas menghalang pertumbuhannya. Oleh kerana
laser diserap oleh pigmen akar bulu, ia sangat berkesan pada bulu yang
mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif.
boleh hubungi DR.LYNA 097124007 atau 01112944724 untuk pertanyaan lanjut.
Asli sih artikelnya keren, berguna dan bermanfaat banget ih sukak! makasi banyak yah!
BalasPadamSy ada parut kehitaman di kaki akibat bercukur Dan menggaru kerana merah2 Dan gatal2.. Boleh hilang kan x dgn laser buang bulu? Berapa kos?
BalasPadam