BADAN
BERBULU GANGGU PENAMPILAN
Hari ini klinik
saya didatangi oleh seorang wanita berkulit sawo matang bernama Puan Mazni.
Puan Mazni ialah seorang guru, berusia 40 tahun dan berstatus ibu tunggal anak
dua.
Sesi konsultasi
bermula dengan linangan air mata. Beliau ditinggalkan oleh suami hanya kerana
malu dirinya berbulu. Beliau membuka tudung dan menunjukkan kesan cukur pada
muka. Masih ada tinggalan bulu pada dagu yang belum habis dicukur. Beliau juga
menunjukkan gambar asal sebelum bercukur. Terdetik rasa kasihan kepadanya
kerana muka asalnya penuh dengan bulu dan janggut. Dia begitu malu dengan rakan-rakan
dan pelajar-pelajar sekolah. Sehinggakan ada rakan-rakan yang menggelarkan
dirinya Maznah Janggut. Itu belum lagi bulu betis yang lebat. “Doktor boleh
bantu saya tak? Saya malu dengan keadaan fizikal macam ni. Saya tak larat
bercukur setiaphari. Saya juga pernah buat rawatan waxing di spa, namun bulu
kembali tumbuh dengan lebat. Sampaikan muka dan kaki saya dah ada parut hitam akibat
selalu buat rawatan waxing.”
Saya mencadangkan
supaya beliau membuat rawatan laser buang bulu. Rawatan laser adalah yang
terbaik dan berkesan berbanding rawatan waxing atau cukur. Laser Long Pulse Nd:Yag adalah laser terbaik
dan selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit gelap. Di klinik Dr.LYNA, laser
Long Pulse Nd:Yag FOTONA SP DYNAMIS digunakan untuk buang bulu roma. Cahaya laser
akan diserap oleh pigmen pada akar rambut. Ini akan membunuh akar bulu roma. Biasanya
laser bulu dibuat beberapa kali untuk menampakkan kesannya.
Setelah beberapa
kali membuat rawatan laser bulu, Puan Mazni kelihatan sangat gembira. Rakan-rakan
sekolah memuji kulit wajah beliau kelihatan lebih cerah dan tiada parut hitam. Beliau
amat berpuashati dengan rawatan laser bulu di klinik saya.
#laserbuluroma #laserbulu #hairremoval #laserhairremoval #drlyna #laserbulukelantan #hilangkanbulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan