Selasa, 2 September 2025

TEKNIK SENAMAN KEGEL DAN RAWATAN EMKEGEL DI KLINIK PRIMER NILAM PURI

 

Korang pernah buat senaman kegel atau senaman kemutan? Apa itu senaman kegel dan kenapa ia penting?

Senaman Kegel adalah latihan yang sangat berkesan untuk menguatkan otot lantai pelvik—penting bagi lelaki dan wanita untuk kesihatan seksual, kawalan pundi kencing, dan sokongan organ dalaman. 

Teknik Senaman Kemutan atau Kegel yang betul amat penting untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Tujuan Senaman Kegel adalah untuk menegang dan merehatkan otot-otot ini secara berkala untuk membina kekuatan dalamannya.

Namun, senaman Kegel bukan sahaja untuk wanita malah untuk para lelaki juga boleh dilakukan. Ianya kerana senaman ini dikatakan mampu untuk mengetatkan faraj wanita untuk memberi kepuasan semasa hubungan intim bersama suami. Kaum lelaki juga boleh melakukan senaman ini untuk kuat dan tahan lama.

Senaman Kegel untuk wanita/ isteri:

Bagi wanita yang ada masalah vaginal atau uterine prolapsed, keadaan ini disebabkan oleh otot lantai pelvik yang lemah sama ada disebabkan oleh penuaan, kehamilan atau bersalin. Senaman kegel sangat membantu untuk menguatkan otot pelvik dan seterusnya mengetatkan faraj.


Senaman Kegel untuk lelaki/ suami:

Senaman Kegel sangat sesuai untuk lelaki yang ingin meningkatkan kekuatan otot pelvik dan prestasi seksual.

Selain hasil yang memuaskan, cara senaman Kegel juga membantu lelaki dalam meningkatkan prestasi bilik tidur mereka dengan meningkatkan ereksi serta menguatkan orgasma mereka.

Mereka yang menjalani pembedahan prostat berisiko mengalami masalah lemah otot pelvic dan masalah ini boleh ditangani dengan senaman Kegel. Senaman Kegel adalah satu siri latihan otot lantai pinggul.

Senaman Kegel juga berupaya untuk mencegah dan mengawal keadaan kencing tidak lawas (terkucil) dan najis bocor (faecal incontinence).

Dengan mengamalkan senaman Kegel secara teratur dan cara kemutan yang betul, anda dapat mengembalikan kawalan air kencing anda dengan menguatkan otot-otot yang terlibat.


Berikut adalah panduan lengkap mengenai langkah-langkah untuk memulakan cara senaman Kegel dan bagaimana klinik kami membantu masalah anda:

  • Pastikan anda sudah kosongkan pundi kencing.
  • Anda mesti menggunakan otot di bahagian alat sulit iaitu dengan cara menahan dari kencing dan berak.
  • Kemut otot-otot ini ke atas sehingga anda rasa kemutan itu.
  • Tahan selama 5 hingga 10 saat
  • Lepaskan kemutan secara perlahan-lahan
  • Rehat 3-10 saat
  • Ulang semula langkah yang sama sebanyak 10 atau 15 kali.
  • Cuba lakukan 3 hingga 5 set senaman Kegel sehari.
  • Anda boleh naikkan kekerapan senaman dari semasa ke semasa


Rawatan & Panduan di Klinik

Kalau anda berminat untuk mencuba rawatan klinikal atau belajar teknik kegel yang betul, Klinik Primer Nilam Puri menawarkan sesi rawatan dan konsultasi.

Kami menekankan pentingnya teknik senaman Kegel yang betul untuk memberikan hasil maksimum dan membantu menyelesaikan masalah seksual suami dan isteri. Selain memberi manfaat kepada kesihatan lelaki dan wanita

Selain dari menawarkan rawatan dan panduan senaman Kegel, Klinik Primer Nilam Puri juga menawarkan rawatan versi moden seperti terapi EMKegel atau starformer yang menggunakan teknologi elektromagnetik untuk hasil lebih pantas dan berkesan.

Rawatan moden Starformer EMKegel sangat membantu untuk menguatkan otot pelvik. Terapi EM Kegel di Klinik Primer Nilam Puri menawarkan rawatan intensif menggunakan kerusi elektromagnetik EM-Kegel yang mensimulasikan sehingga 30,000 senaman Kegel dalam satu sesi. Rawatan ini sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin menguatkan otot lantai pelvik dan meningkatkan kesihatan seksual.


 Manfaat rawatan Starformer EMKegel :

  • Menguatkan otot lantai pelvik
  • Meningkatkan kawalan kencing (atasi masalah terkucil)
  • Meningkatkan prestasi seksual dan ereksi
  • Membantu pemulihan selepas bersalin
  • Membantu masalah najis bocor (faecal incontinence).
  • Merangsang otot
  • Membantu bakar lemak
  • Mengurangkan sakit belakang (sciatic pain)

 

#starformerklinikprimernilampuri #emkegelklinikprimernilampuri #senamankegelklinikprimernilampuri #prolapsedklinikprimernilampuri #vaginalringklinikprimernilampuri #vaginalprolapsedklinikprimernilampuri #erectiledysfunctionklinikprimernilampuri #klinikprimernilampurisenamankegel #klinikprimernilampuriterapielektromagnetikemkegel #rawatansakitsarafdanlantaipelvisklinikprimernilampuri

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan