Korang
pernah buat senaman kegel atau senaman kemutan? Apa itu senaman kegel dan
kenapa ia penting?
Senaman
Kegel adalah latihan yang sangat berkesan untuk menguatkan otot lantai
pelvik—penting bagi lelaki dan wanita untuk kesihatan seksual, kawalan pundi
kencing, dan sokongan organ dalaman.
Teknik Senaman Kemutan atau Kegel yang
betul amat penting untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Tujuan Senaman Kegel adalah
untuk menegang dan merehatkan otot-otot ini secara berkala untuk membina
kekuatan dalamannya.
Namun,
senaman Kegel bukan sahaja untuk wanita malah untuk para lelaki juga boleh
dilakukan. Ianya kerana senaman ini dikatakan mampu untuk mengetatkan faraj
wanita untuk memberi kepuasan semasa hubungan intim bersama suami. Kaum lelaki
juga boleh melakukan senaman ini untuk kuat dan tahan lama.
Senaman
Kegel untuk wanita/ isteri:
Bagi
wanita yang ada masalah vaginal atau uterine prolapsed, keadaan ini disebabkan
oleh otot lantai pelvik yang lemah sama ada disebabkan oleh penuaan, kehamilan
atau bersalin. Senaman kegel sangat membantu untuk menguatkan otot pelvik dan
seterusnya mengetatkan faraj.
Senaman
Kegel untuk lelaki/ suami:
Senaman
Kegel sangat sesuai untuk lelaki yang ingin meningkatkan kekuatan otot pelvik
dan prestasi seksual.
Selain
hasil yang memuaskan, cara senaman Kegel juga membantu lelaki dalam
meningkatkan prestasi bilik tidur mereka dengan meningkatkan ereksi serta
menguatkan orgasma mereka.
Mereka
yang menjalani pembedahan prostat berisiko mengalami masalah lemah otot pelvic dan
masalah ini boleh ditangani dengan senaman Kegel. Senaman Kegel adalah satu
siri latihan otot lantai pinggul.
Senaman
Kegel juga berupaya untuk mencegah dan mengawal keadaan kencing tidak lawas
(terkucil) dan najis bocor (faecal
incontinence).
Dengan
mengamalkan senaman Kegel secara teratur dan cara kemutan yang betul, anda
dapat mengembalikan kawalan air kencing anda dengan menguatkan otot-otot yang
terlibat.
Berikut
adalah panduan lengkap mengenai langkah-langkah untuk memulakan cara senaman
Kegel dan bagaimana klinik kami membantu masalah anda:
- Pastikan anda
sudah kosongkan pundi kencing.
- Anda mesti
menggunakan otot di bahagian alat sulit iaitu dengan cara menahan dari kencing
dan berak.
- Kemut otot-otot
ini ke atas sehingga anda rasa kemutan itu.
- Tahan
selama 5 hingga 10 saat
- Lepaskan
kemutan secara perlahan-lahan
- Rehat 3-10
saat
- Ulang
semula langkah yang sama sebanyak 10 atau 15 kali.
- Cuba lakukan
3 hingga 5 set senaman Kegel sehari.
- Anda boleh
naikkan kekerapan senaman dari semasa ke semasa
Rawatan & Panduan di Klinik
Kalau anda berminat untuk mencuba
rawatan klinikal atau belajar teknik kegel yang betul, Klinik Primer Nilam Puri
menawarkan sesi rawatan dan konsultasi.
Kami menekankan pentingnya teknik senaman
Kegel yang betul untuk memberikan hasil maksimum dan membantu menyelesaikan
masalah seksual suami dan isteri. Selain memberi manfaat kepada kesihatan lelaki
dan wanita
Selain dari menawarkan rawatan dan
panduan senaman Kegel, Klinik Primer Nilam Puri juga menawarkan rawatan versi
moden seperti terapi EMKegel atau starformer yang menggunakan teknologi
elektromagnetik untuk hasil lebih pantas dan berkesan.
Rawatan moden Starformer EMKegel
sangat membantu untuk menguatkan otot pelvik. Terapi EM Kegel di Klinik Primer Nilam Puri menawarkan rawatan intensif menggunakan kerusi elektromagnetik EM-Kegel yang mensimulasikan sehingga 30,000 senaman Kegel dalam satu sesi. Rawatan ini sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin menguatkan otot lantai pelvik dan meningkatkan kesihatan seksual.
Manfaat rawatan
Starformer EMKegel :
- Menguatkan
otot lantai pelvik
- Meningkatkan
kawalan kencing (atasi masalah terkucil)
- Meningkatkan
prestasi seksual dan ereksi
- Membantu
pemulihan selepas bersalin
- Membantu masalah
najis bocor (faecal incontinence).
- Merangsang
otot
- Membantu bakar
lemak
- Mengurangkan
sakit belakang (sciatic pain)
#starformerklinikprimernilampuri
#emkegelklinikprimernilampuri #senamankegelklinikprimernilampuri #prolapsedklinikprimernilampuri
#vaginalringklinikprimernilampuri #vaginalprolapsedklinikprimernilampuri
#erectiledysfunctionklinikprimernilampuri #klinikprimernilampurisenamankegel #klinikprimernilampuriterapielektromagnetikemkegel #rawatansakitsarafdanlantaipelvisklinikprimernilampuri