DR. LYNA KLINIK PRIMER NILAM PURI- PERUNDING MASALAH KULIT DAN ESTETIK
Adakah anda mengalami masalah gatal pada kulit atau masalah kulit yang lain? Sekiranya ada, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit terbaik yang berdekatan anda dengan segera.
Jika anda sedang mencari doktor yang dapat membantu masalah kulit yang
dihadapi, anda boleh rujuk masalah anda di Klinik Primer Nilam Puri, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
Klinik kulit Primer Nilam puri menyediakan perkhidmatan konsultasi/rundingan kulit, rawatan dan ubat yang sesuai untuk pesakit; serta produk penjagaan wajah dan kulit atau rambut yang selamat mengikut jenis kulit.
Klinik Primer Nilam Puri merupakan sebuah klinik pakar kulit yang terletak di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
Antara kelebihan Klinik Primer Nilam Puri ialah klinik ini dikendalikan oleh doktor yang bertauliah dan diiktiraf.
Dr. Nor Azlina Binti Hassan (DR. LYNA) dari Klinik Primer Nilam Puri adalah doktor klinik swasta pertama di Kelantan yang telah mendapat kelulusan LCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melakukan rawatan kulit estetik. Buat masa sekarang DR.LYNA tiada cawangan di klinik lain.
Klinik Dr Lyna merupakan klinik kulit dan rawatan estetik yang menyediakan rawatan bagi penyakit kulit muka dan badan, masalah kuku dan masalah rambut.
Klinik rawatan estetik Dr Lyna diiktiraf dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rawatan yang diberikan terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan untuk masalah dermatologi.
Dr.Lyna menawarkan perkhidmatan rawatan ppenyakit kulit termasuk kulit muka kombinasi, kulit muka sensitif, kulit berminyak, jeragat, kulit kusam (uneven skin tone), ekzema, ruam kulit, kulit alahan/alergik atau sebab salah pakai produk muka.
Dr. Lyna juga ada menyediakan skincare untuk semua jenis kulit yang sesuai untuk wanita dan lelaki. Sesi konsultasi bersama doktor amat perlu sebelum menentukan jenis skincare yang sesuai. Ramai pelanggan atau pesakit Dr. Lyna yang dah cuba pelbagai produk kecantikan tetapi memberi kesan yang buruk pada muka seperti naik jerawat, jeragat, kulit mudah burn, kulit kusam dan kulit merah dan pedih.
1. Kulit kering
Kulit kering seperti eczema (eczema), dermatitis boleh menyebabkan kulit anda mengalami tekstur yang kasar kerana hilang kelembapan kulit. Anda boleh berjumpa dengan pakar kulit / pakar estetik di Klinik Primer Nilam Puri sekiranya mengalami masalah kulit kering dan sensitive.
Apakah rawatan terbaik untuk kulit kering?
Sudah semestinya pelembap (molisturizer) adalah wajib.
Pelembap yang mengandungi hyaluronic acid sangat bagus untuk meningkatkan kelembapan kulit.
Ciri-ciri pelembap yang sesuai?
· Tiada bahan pewangi
· Tiada paraben
· Tiada sulphate / sulfates
· Mengandungi hyaluronic acid
2. Jeragat (melasma/skin pigmentation) / bintik hitam / Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)
Jeragat ialah sejenis masalah kulit yang berwarna coklat atau kehitaman yang bertompok pada kulit dan menjadikan tona kulit anda tidak sekata. Sudah pasti bagi mereka yang ada masalah ini kan menjadi tidak berkeyakinan dan tertekan. Golongan yang mengalami masalah jeragat ini sangat sukar berdepan dengan pasangan, keluarga, kawan-kawan serta masyarakat.
Ia berpunca daripada sinar matahari @ UV, cahaya lampu LED, cahaya televisyen/komputer/ telefon bimbit; terdedah kepada panas dan haba, faktor genetik, hormon dan penggunaan skincare yang merosakkan kulit.
Semakin ramai pesakit yang mendapat jeragat akibat dari pemakaian produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang bahaya. Pada mulanya, muka nampak makin cerah, glowing tetapi selepas beberapa ketika, muka mula menjadi merah, pedih, menggelupas dan akhirnya muka jadi gelap dan jeragat mula menguasai kulit muka. Hanya laser sahaja yang dapat mengurangkan jeragat. Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan laser dengan doktor estetik yang bertauliah.
Bagaimana cara untuk mengawal jeragat?
A) SKINCARE
Penggunaan bahan-bahan aktif dalam skincare seperti berikut sangat membantu memudarkan jeragat:
· Vitamin c
· Gluthathione
· Niacinamide
Dr.Lyna telah mengeluarkan skincare sendiri yang sangat sesuai untuk mengatasi masalah jeragat.
Produk skincare Dr.Lyna adalah “medical grade skincare” iaitu skincare yang ada bahan-bahan yang telah diuji keberkesanan dalam makmal untuk merawat jeragat.
B) Kaedah rawatan laser Fotona
Laser Fotona adalah kaedah laser terkini dan terbaik dan selamat. Laser Fotona yang berasal dari Eropah sangat berkesan untuk merawat masalah jeragat berbanding kaedah laser lain.
C) Pengambilan supplemen pencerah
Pengambilan supplemen pencerah seperti
NanoMd, Oxithion atau S lite sangat membantu untuk mengurangkan penghasilan melanin dari dalam kulit.
Kaedah laser terbaik, pengambilan supplemen pencerah seperti NanoMd, Oxithion atau S lite dan penggunaan Skincare Dr.Lyna setiap hari secara konsisten mampu menghilangkan jeragat anda.
Untuk Info Lanjut..Sila berhubung dengan Specialist Aestetic Skin Formula atau Beautician dan Doktor di Klinik Primer Nilam Puri.
3. Kulit muka kusam atau sunburn
Kulit muka kusam (uneven skin tone) terjadi disebabkan terdedah kepada sinaran matahari atau UV untuk tempoh yang lama.
Pemakaian sunblock/sunscreen amat penting untuk mengelakkan kulit semakin kusam.
Ciri-ciri pelindung matahari @ sunblock/sunscreen ialah:
· SPF 50
· Mengandungi bahan mineral atau dikenali sebagai physical sunscreen iaitu titanium dioxide dan zinc oxide.
Anda boleh cuba untuk mengambil supplemen pencerah seperti NanoMd, Oxithion, S Lite untuk membantu masalah kulit kusam.
Rwatan laser dan suntikan yang mengandungi PDRN juga sangat berkesan untuk merawat masalah kulit kusam ini.
4. Kulit merah, sensitif / Rosacea / Post Inflammatory Erythema (PIE)
Muka yang ditumbuhi jerawat kadang-kadang masih tinggal parut merah yang sukar untuk dihilangkan.
Selain kena jaga diet, anda boleh berjumpa dengan pakar kulit kami di Klinik Primer Nilam Puri untuk mengetahui rawatan terbaik.
Dr. Lyna biasanya akan menawarkan kaedah laser long pulsed Nd:Yag Fotona laser untuk meraawat masalah parut merah / PIE / Rosacea. Rawatan laser sangat berkesan untuk masalah ini.
Penggunaan skincare yang betul juga sangat dititikberatkan untuk mempercepatkan penyembuhan.
Tips Penjagaan Muka Selepas Rawatan
Selepas mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit, anda digalakkan untuk:
- Tidak memakai skincare atau mekap sekurang-kurangnya 6-24 jam bergantung
kepada jenis rawatan.
- Elakkan terdedah kepada cahaya matahari yang lama atau haba panas seperti berjemur tengah panas, stim muka, sauna atau buat rawatan facial di spa/medispa.
- Jangan scrub atau gosok muka.
- Elakkan makanan yang alergik sekiranya ada.
- Sekiranya muka mudah dinaiki jerawat, elakkan mengambil makanan yang
meyebabkan jerawat.
Lokasi kami :
KLINIK PRIMER NILAM PURI
Berdekatan dengan Kedai Mulong & Nilam Puri.
Dari Tunjung menghala ke arah Ketereh, klinik sebelah kiri selepas Hotel OYO
*************
Untuk booking rawatan
boleh whatsapp 0177780900
*************
Ingat estetik, ingat Dr.Lyna
*************
#laserbibirkelantan #doctorkelantan #skincareclinickelantan #skincareclinickelantan #kutilkelantan #laserpicokb ##skintagkelantan #chemicalpeelingkelantan #medicalclinickelantan #facialkelantan #fillerkelantan #fillerbibir #botoxkelantan #klinikkulitkelantan #aestheticclinic #klinikswastakelantan #klinikkulitkotabharu #skinspecialistkotabharu #laserkelantan #threadliftkelantan #jerawatkelantan #jeragatkelantan #lipplumping #lipfiller #liplasekelantan #skinspecialistkotabharukelantan #klinikpakarkulitkotabharukelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan