Ramai pesakit jerawat yang saya
rawat menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang kerana terlalu
obses untuk mendapatkan kulit wajah putih dan gebu.
Kebanyakan mereka mendakwa, kulit
muka cepat nampak cerah. Tapi selepas pakai beberapa minggu atau bulan, jerawat
mula bermaharajalela di muka. Yang sedihnya , ramai yang mendapat kulit muka
gelap (burn), dan jeragat.
Macam-macam petua yang pesakit saya
biasa guna untuk merawat jerawat dan parut jerawat iaitu seperti kulit kayu manis,
soda penaik, serbuk kunyit, masker beras, air kelapa, madu, ubat gigi, buah
tomato kisar atau putih telur. Ada yang mendapat kulit terbakar dan tinggal
kesan parut hitam selepas pakai kulit kayu manis. Jadi, berhati-hatilah apabila
menggunakan cara tradisional.
Sebenarnya apa itu jerawat?
Jerawat
(Acne vulgaris) berpunca daripada beberapa faktor seperti keturunan, hormon
tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan, tersilap pakai produk
kosmetik yang ada bahan kimia bahaya seperti merkuri, tidak menggunakan pencuci
muka yang sesuai, pengambilan ubat2 tertentu dan juga tekanan atau sentuhan
fizikal di muka seperti memakai cermin mata, pin tudung di bawah dagu,tali dagu
topi keledar dan kolar baju.
Jerawat terjadi akibat daripada peningkatan penghasilan sebum, pertumbuhan kuman Propionibacterium Acnes, pertumbuhan sel-sel di dalam folikel secara tidak terkawal yang membentuk plug dan radang (inflamasi).
Oleh itu, jerawat adalah sejenis penyakit yang perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang boleh memberi masalah kepada emosi dan psikologi pesakit.
Tujuan
utama rawatan jerawat adalah mengurangkan penghasilan minyak pada muka, merawat
pori-pori muka daripada tersumbat dan mengurangkan radang dan jerawat yang
bernanah pada muka.
Penghasilan
minyak yang berlebihan pada muka boleh dikawal dengan melakukan rawatan
penggelupasan kimia (chemical peeling). Rawatan “chemical peeling” sangat
membantu untuk mengeringkan kulit yang berminyak, dan mambantu membersihkan
pori-pori muka dari tersumbat.
Jerawat boleh dirawat dengan ubat telan, ubat sapu di muka, rawatan LASER FOTONA SP DYNAMIS.
Parut jerawat berlubang dan pori-pori yang besar juga boleh dirawat dengan rawatan LASER FOTONA SP DYNAMIS.
PRP LASER juga sangat membantu untuk memulihkan muka yang ada parut berlubang.
Jerawat boleh dirawat dengan ubat telan, ubat sapu di muka, rawatan LASER FOTONA SP DYNAMIS.
Parut jerawat berlubang dan pori-pori yang besar juga boleh dirawat dengan rawatan LASER FOTONA SP DYNAMIS.
PRP LASER juga sangat membantu untuk memulihkan muka yang ada parut berlubang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan