JANGAN
TAKUT RAWAT MASALAH JERAGAT
Jeragat
seringkali dikaitkan dengan masalah penuaan. Namun begitu, tidak dapat
dinafikan bahawa jeragat juga mula tumbuh di kulit kita seawall usia remaja
lagi. Hal ini adalah kerana kulit kita sering terdedah kepada sinaran UV yang
boleh menyebabkan tompok-tompok hitam mula kelihatan pada kulit kita. Tompokan
hitam ini juga boleh bersifat seperti jeragat atau berupa tahi lalat pada
beberapa bahagian badan dan wajah. Jeragat-jeragat seperti ini dinamakan
sebagai freckles, solar lentigenes dan
melasma.
Selain
terdedah kepada sinaran UV, golongan wanita juga sering menghadapi masalah
jeragat apabila mereka menggunakan alatan kosmetik yang mengandungi bahan kimia
berlebihan atau beracun. Produk-produk seperti ini boleh menyebabkan kulit kita
menjadi semakin nipis dan amat berbahaya jika terdedah kepada sinaran matahari.
Oleh itu, pilihlah produk-produk kosmetik yang disyorkan oleh pakar kulit atau
doktor agar kulit anda tidak terdedah kepada agen-agen yang boleh menyebabkan
masalah kulit.
Jeragat
juga dikatakan berkaitan rapat dengan peningkatan jumlah melanin dalam sel
kulit. Antara punca peningkatan melanin dalam badan ialah seperti pengambilan pil
perancang, kehamilan dan paparan sinar ultra violet yang boleh menyebabkan
terjadinya hiperpigmentasi.
KAEDAH
RAWATAN
Ramai
yang tertanya-tanya apakah rawatan yang sesuai untuk masalah jeragat ini. Di
sini, kami ingin berkongsi cara rawatan kepada semua yang menghadapi masalah
jeragat . Salah satu rawatannya ialah dengan menggunakan Q-Switched Nd:YAG
Laser yang berkesan menyembuhkan masalah jeragat tanpa meninggalkan parut.
Tompokan
warna jeragat akan dirawat dengan pancaran laser dan seterusnya akan memecahkan
warnanya kepada partikel yang lebih halus tanpa merosakkan lapisan kulit.
Partikel-partikel ini seterusnya akan diserap di dalam badan dan disingkirkan
melalui agen perkumuhan. Beberapa sesi rawatan laser diperlukan untuk
memudarkan warna jeragat. Walaupun memerlukan banyak sesi, ia adalah rawatan
paling selamat dan berkesan untuk semua lapisan masyarakat.
Dr. LYNA menggunakan kaedah laser ini ke atas ramai pesakit terutamanya yang bermasalah jeragat. Kini kulit-kulit mereka telah dapat
disembuhkan dengan kaedah rawatan ini dan mengembalikan semula keyakinan mereka
untuk berinteraksi dengan masyarakat di luar sana. Pastikan anda mendapatkan
rawatan laser di klinik dan dengan doktor yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari dan penggunaan sunscreen atau sunblock adalah wajib. Apakata anda mencuba REJUVENATING SUNSCREEN SPF50, produk penjagaan kulit yang diformulasi khas oleh Dr.LYNA untuk mengelakkan pancaran uv ke atas kulit muka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan