Sabtu, 15 September 2018

dr.LYNA REJUVENATING ULTIMATE JOJOBA WASH


dr.LYNA REJUVENATING ULTIMATE JOJOBA WASH

Tak sama macam scrub biasa yang mudah didapati kat kedai..

Ia ada biji berwarna biru yang boleh:
Membuang sel2 mati pada kulit wajah
Menghilangkan minyak pada muka
Menghilangkan kekotoran pada wajah termasuk makeup.
Jadikan kulit menjadi lebih sihat dan berseri.


Biji2 ini akan hancur dan hilang dengan sendiri..
Jadi ia selamat digunakan setiaphari oleh semua jenis kulit.
🙅‍♂️ TANPA PARABEN
🙅‍♂️ TANPA SODIUM LAURETH SULPHATE
PH ASID 👍👍👍

Produk terbaik dan berkualiti untuk semua masalah kulit.
Boleh hubungi DR.LYNA 097124007 ATAU 01112944724

Ahad, 1 Julai 2018

FOUNDATION CARRALEEN



Jom cuba Foundation Carraleen sekarang sebelum orang lain yang cantik !! Apa yang best tentang Foundation ni ??
.
♥️coverage
♥️dapat menutup liang pori
♥️tidak bercapuk
♥️tekstur yang sangat ringan dan halus
♥️tahan lama
♥️makin lama makin glowing
♥️mudah digunakan ♥️high quality foundation setanding antarabangsa
♥️dapat melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari
♥️spf 29

Takkan nak orang lain je cantik cantik dan kulit muka nampak bersih gebu gebas kan ?? Dengan Foundation Carraleen anda semua dapat effect yang sempurna. Tak perlu edit filter dah untuk nampak cantik😅😂
Berminat boleh walk in terus ke drlyna klinik
Sebarang pertanyaan mengenai foundation boleh hubungi atau ws:
📲01112944724


Image may contain: make-up

ATASI PARUT BERLUBANG DENGAN LASER DI KLINIK DR.LYNA

Anda mengalami masalah parut jerawat yang berlubang dan parut jerawat hitam??

Mesti anda tidak yakin dengan wajah anda yang berparut.

Jangan risau kerana di DR.LYNA ada menyediakan rawatan untuk menghilangkan parut jerawat yang berlubang serta parut hitam di wajah anda.

Pastinya wajah anda akan bebas dari parut jerawat dengan melakukan rawatan bersama Dr.Lyna.

Anda boleh hubungi kami di talian 097124007 atau wsp kami di 01112944724

FACIAL MIKRODERMABRASION





Image may contain: 1 person

Hai jangan lepaskan peluang untuk cantik dengan rawatan Facial Microdermabrasion di klinik Dr.Lyna , di KLINIK PRIMER NILAM PURI, kelantan.

Kaedah facial yang ditambah dengan rawatan chemical peeling yang sememangnya dapat melicinkan kulit dan glowingkan wajah uolss !! Sangat sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka termasuk kulit yang berjerawat.
Berminat ?. Boleh booking atau walk in ke klinik drlyna atau whatsapp
📲01112944724

telefon 097124007

Sabtu, 30 Jun 2018

RAWATAN JERAWAT DR.LYNA

Hi uolls..
JERAWAT ? 😰
Dr Lyna ada jalan penyelesaian untuk hilangkan jerawat di muka. Jommm serbu ke Klinik Dr Lyna sekarang juga. Dr Lyna boleh merawat masalah2 jerawat yang serius !! Jom cepat cepat booking sebelum terlambat. Jangan tunggu lama lama untuk cantik. Siapa yang tak nak cantik uolss. .



kalau siapa tak tahu lagi, klinik DR.LYNA terletak di NILAM PURI, KOTA BHARU, KELANTAN.

Doktor nak share sikit tips-tips untuk sesiapa yang ada masalah jerawat ni.



1.Kandungan di dalam produk yang wajib dielakkan semasa dalam proses rawatan?
a)      Methylparaben, propylparaben, butylparaben, and ethylparaben.
b)      Sodium laureth sulphate
c)      Rumpai laut / alga / kolagen
d)     Minyak 

2. Produk yang wajib dielakkan semasa rawatan?
a)      Hentikan semua produk penjagaan muka-pencuci,toner,pelembap,krim malam,krim siang, serum. Hanya menggunakan produk DR.LYNA.
b)      Foundation dan bedak

3. Makanan yang wajib dielakkan semasa rawatan?
a)      Makanan laut (udang,sotong,ketam), budu, belacan, ikan kering,ikan bilis, ikan pekasam,.
b)      Makanan seperti kacang
c)      Produk tenusu seperti susu, butter
d)      Makanan karbohidrat yang tinggi indeks glisemik seperti coklat, makanan manis,air manis,air tin, kuih,dessert, makanan segera.

4. Rawatan jerawat yang sesuai?
a)      Laser jerawat- untuk matikan kuman jerawat
b)      Chemical peeling-bantu untuk kecutkan jerawat
c)      Ubat telan antibiotik- untuk membantu membunuh kuman jerawat.
                                  -Kena makan selama 6 bulan
                                  -Tak boleh mengandung semasa makan ubat
d)      Krim jerawat-wajib pakai sehingga jerawat betul-betul sembuh
                       -Mungkin ambil masa 6 bulan hingga setahun
e)      Pencuci muka yang sesuai- OIL FREE CLARIFYING GEL WASH
                                           -REJUVENATING ULTIMATE JOJOBA WASH

5. Tips lain untuk elak jerawat?
a)      Tidak dibenarkan mengambil supplemen yang ada kolagen.
b)      Digalakkan makan vitamin c dan vitamin b kompleks.
c)      Jangan picit jerawat. Kurangkan sentuh muka.
d)      Tidak dibenarkan buat rawatan resdung atau bekam.
e)      Tidak dibenarkan buat rawatan facial di tempat lain selain dari klinik DR.LYNA.
f)       Pastikan sarung bantal dan selimut ditukar setiap 2 hari. Jangan kongsi tuala dengan orang lain. Tuala lap muka kena basuh setiaphari.
g)      Span muka untuk sapu foundation/bedak hendaklah bersih. Kena basuh setiaphari.
h)      Elakkan shampoo kepala terkena muka.
i)        Elakkan pakai minyak rambut (lelaki).
       CEPAT HUBUNGI DR.LYNA DI    01112944724 ..JANGAN BIARKAN JERAWAT MENGUASAI MUKA ANDA.


     
      Gambar di bawah adalah di antara testimoni pesakit DR.LYNA yang buat rawatan laser jerawat dan menggunakan produk DR.LYNA ..




Ahad, 13 Mei 2018

CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT DAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

Ada tak kat sini yang nak berubah dari saiz XXL ke saiz S????
Mesti uolls dah cuba bermacam-macam cara nak turunkan berat badan,kan?
Sebenarnya tahap metabolisma badan seseorang tak sama..Ada yang bernasib baik, mempunyai metabolisma badan yang tinggi..jadi makan banyak pun badan masih kurus dan maintain..
Bagi yang mempunyai metabolisma badan yang rendah pula, makan sikit pun berat badan tak turun2..walaupun dah join senaman, pergi gim, masuk zumba dll..
Sebenarnya berat badan tak akan turun jika cara diet yang kita amalkan itu salah..walaupun makan sikit, tapi berapa kerap anda makan setiaphari? Apa makanan yang anda makan? Adakah hormon pembakar lemak anda mencukupi? Adakah anda melakukan senaman yang betul?
Mesti uolls malu bila badan makin gemuk dan perut buncit,kan?

Doktor Lyna bagi tips bagaimana nak kempiskan perut dan turunkan berat badan dengan cepat.
Nanti lepas nie uolls tak payah lagi nak malu dengan makcik - makcik bawang yang mengata uollss gemuk tu tauuuuuu.



1.Pastikan ambil vitamin dan mineral yang mencukupi untuk badan



Tahukah anda bahawa ada sesetengah vitamin dan mineral amat membantu proses pembakaran lemak?
Pastikan anda mengambil supplemen yang cukup ye.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mengetahui supplemen yang sesuai untuk anda.



2. Amalkan puasa


Banyak kebaikan yang kita boleh dapat dengan berpuasa.
Berpuasa dapat membantu menurunkan berat badan dan memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pencernaan supaya berfungsi semula dengan lebih baik.


3.Kurangkan makan

Bab ni amat susah sikit ye. Sebab otak kita dah biasa dengan makanan..Jadi apabila tiba-tiba kena kurangkan kuantiti makanan, badan akan memberontak.
Anda mungkin akan rasa letih, sakit kepala dan lain-lain.


4.Tidur yang cukup

Tahukah anda bahawa semasa tidur, badan akan bakar lemak dalam badan anda?
Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi ye.

5. Kawal stres

Stres sebenarnya boleh menyebabkan anda gemuk.
Stres menyebabkan hormon kortisol meningkat. Apabila kortisol meningkat, ia akan merangsang penghasilan insulin dan seterusnya menyebabkan lebih banyak lemak akan disimpan di dalam badan.


6. Elakkan gula

Gula dan karbohidrat memang sedap. Otak kita memang ketagih dengan gula.
Pengambilan gula menyebabkan badan kita semakin gemuk.
Oleh itu elakkan sebarang gula dalam makanan dan pastikan kuantiti karbohidrat adalah sedikit untuk mengurangkan perut buncit.
Selain dari turunkan berat badan, pantang gula dan karbohidrat juga boleh merawat masalah jerawat tegar akibat masalah hormon atau selepas pakai produk muka yang rosak kulit tu. So, Uolls yang pening dengan masalah jerawat tu, apakata buang terus gula.



7.Pastikan tidak sembelit
Mesti ramai di kalangan kita yang ada sembelit kan?
Sembelit boleh menyebabkan berat badan payah nak turun.
Uolls kena tingkatkan pengambilan fiber dan mineral untuk membantu melawaskan sistem pembuangan yer..


8. Elakkan MSG


MSG ni memang sedap..Kalau tak letak dalam masakan memang tak sah.
Tapi sebenarnya MSG ni boleh merencat pembakaran lemak dalam badan.
Jadi impian nak perut kempis tu, memang susah ler.


9.Makan lemak sihat












 Contoh lemak sihat yang Uolss boleh amalkan ialah avakado dan minyak kelapa dara.


Minyak kelapa dara membantu meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak di dalam badan.
Uolls kena start cari kat pasaraya minyak kelapa dara ni ye..


10. Amalkan minum "apple cider vinegar"
Uolls boleh amalkan minum "APPLE CIDER VINEGAR" untuk membantu menurunkan berat badan.



11. Melakukan senaman khas untuk bakar lemak


Terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh membantu membakar lemak dengan cepat. Tapi ada sesetengah senaman sahaja yang terbukti berkesan untuk meningkatkan pembakaran lemak terutamanya di bahagian perut.

12. Pastikan aras hormon berada di dalam keadaan yang baik.

Pastikan aras hormon Uolss berada dalam  julat normal ye..
Kalau anda ada masalah hormon, berat badan susah nak turun tau.
Uolls juga boleh buat ujian hormon dengan DR.LYNA.


13. Elakkan makanan ringan

Hah..yang ni lagi satu..Kita memang tak boleh nampak makanan ringan dan makanan segera, kan?
Nak kurus terpaksalah berkorban sikit. Nak lagi senang, kalau pergi kedai atau pasaraya, jangan beli makanan macam ni. dan pastikan peti ais Uolss penuh dengan buah saja.



Kalau Uolss nak tahu lebih lanjut cara-cara nak turunkan berat badan, Uolss boleh sertai kelas kurus DR.LYNA. Doktor akan terangkan secara terperinci mengenai cara-cara nak turunkan berat badan dengan lebih berkesan.

Boleh hubungi 097124007 atau 01112944724