Selasa, 29 Mac 2016

JERAGAT KESAN DARI PENGGUNAAN PRODUK KOSMETIK BAHAYA

      Hati-hati dengan produk kosmetik. Semakin ramai pesakit yang mendapat jeragat akibat dari pemakaian produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang bahaya. Pada mulanya, muka nampak makin cerah, glowing...tapi selepas beberapa ketika, muka mula menjadi merah,pedih,ada kesan penggelupasan dan akhirnya muka jadi gelap dan jeragat mula menguasai kulit muka.
    Bila dah ada jeragat, rawatan yang terbaik adalah laser jeragat. Bukan semua laser sesuai dengan jeragat. Hanya laser tertentu sahaja yang dapat mengurangkan jeragat.  Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan laser dengan doktor estetik yang bertauliah.




 
Gambar di bawah adalah pesakit sebenar yang mendapatkan rawatan jeragat dengan DR. LYNA di KLINIK PRIMER NILAM PURI


Isnin, 28 Mac 2016

JANGAN TAKUT RAWAT MASALAH JERAGAT



JANGAN TAKUT RAWAT MASALAH JERAGAT
             

Image result for melasma   Jeragat seringkali dikaitkan dengan masalah penuaan. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa jeragat juga mula tumbuh di kulit kita seawall usia remaja lagi. Hal ini adalah kerana kulit kita sering terdedah kepada sinaran UV yang boleh menyebabkan tompok-tompok hitam mula kelihatan pada kulit kita. Tompokan hitam ini juga boleh bersifat seperti jeragat atau berupa tahi lalat pada beberapa bahagian badan dan wajah. Jeragat-jeragat seperti ini dinamakan sebagai freckles, solar lentigenes dan melasma.
       

         Selain terdedah kepada sinaran UV, golongan wanita juga sering menghadapi masalah jeragat apabila mereka menggunakan alatan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berlebihan atau beracun. Produk-produk seperti ini boleh menyebabkan kulit kita menjadi semakin nipis dan amat berbahaya jika terdedah kepada sinaran matahari. Oleh itu, pilihlah produk-produk kosmetik yang disyorkan oleh pakar kulit atau doktor agar kulit anda tidak terdedah kepada agen-agen yang boleh menyebabkan masalah kulit.
                Jeragat juga dikatakan berkaitan rapat dengan peningkatan jumlah melanin dalam sel kulit. Antara punca peningkatan melanin dalam badan ialah seperti pengambilan pil perancang, kehamilan dan paparan sinar ultra violet yang boleh menyebabkan terjadinya hiperpigmentasi.

KAEDAH RAWATAN
Image result for qx max fotona                Ramai yang tertanya-tanya apakah rawatan yang sesuai untuk masalah jeragat ini. Di sini, kami ingin berkongsi cara rawatan kepada semua yang menghadapi masalah jeragat . Salah satu rawatannya ialah dengan menggunakan Q-Switched Nd:YAG Laser yang berkesan menyembuhkan masalah jeragat tanpa meninggalkan parut.
                Tompokan warna jeragat akan dirawat dengan pancaran laser dan seterusnya akan memecahkan warnanya kepada partikel yang lebih halus tanpa merosakkan lapisan kulit. Partikel-partikel ini seterusnya akan diserap di dalam badan dan disingkirkan melalui agen perkumuhan. Beberapa sesi rawatan laser diperlukan untuk memudarkan warna jeragat. Walaupun memerlukan banyak sesi, ia adalah rawatan paling selamat dan berkesan untuk semua lapisan masyarakat.
                Dr. LYNA menggunakan kaedah laser ini ke atas ramai pesakit terutamanya yang bermasalah jeragat. Kini kulit-kulit mereka telah dapat disembuhkan dengan kaedah rawatan ini dan mengembalikan semula keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat di luar sana. Pastikan anda mendapatkan rawatan laser di klinik dan dengan doktor yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
                 Pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari dan penggunaan sunscreen atau sunblock adalah wajib. Apakata anda mencuba REJUVENATING SUNSCREEN SPF50, produk penjagaan kulit yang diformulasi khas oleh Dr.LYNA untuk mengelakkan pancaran uv ke atas kulit muka.

Isnin, 14 Mac 2016

CUACA PANAS, JERAGAT AKTIF


    Cuaca sekarang ni makin panas. Boleh terasa bahangnya. Awas! Cuaca panas boleh membuatkan jeragat anda makin aktif..Yang takde jeragat pun kena hati-hati juga.
    Krim pelindung matahari (sunscreen@sunblock) wajib sapu kat muka ye. Kalau boleh, sapu setiap 2 jam sekali, dan sapu 30 minit sebelum keluar rumah. Tak tahu sunscreen apa yang sesuai?
     Apakata anda mencuba REJUVENATING SUNSCREEN SPF30 yang diformulasi khas oleh DR.LYNA. Ia adalah sejenis produk yang mengandungi Zinc Oxide, vitamin E dan isi kandungan yang dirumus untuk perlindungan daripada sinar cahaya matahari . Selain itu, ia juga memberi perlindungan kepada sinaran UVA dan UVB. Ia juga berkesan melembapkan kulit dan mengandungi antioksida yang boleh melindungi kulit dari radikal bebas. Sesuai untuk semua jenis kulit.
     Anda boleh dapatkan sunscreen ini hanya di KLINIK PRIMER NILAM PURI.

Ahad, 13 Mac 2016

PERSEDIAAN MENGHADAPI CUACA PANAS, ELAK STOK HABA



PERSEDIAAN MENGHADAPI CUACA PANAS


Image result for tanda tanda awal stroke haba malaysiaCuaca panas terik boleh membahayakan kesihatan. Untuk memastikan kekal sihat di musim panas, kita hendaklah

1.  Banyakkan minum air suam tanpa mengira tahap aktiviti yang dijalankan

2. Guna kipas atau penghawa dingin untuk menyejukkan badan 

3. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula

4.  Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang dari badan akibat berpeluh

5.  Lebihkan masa di dalam rumah, pejabat dari berada di luar rumah. Hadkan aktiviti luar.

6.  Pakai losyen pelindung suria (SPF 30 ke atas )

7.  Pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan

8.  Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang serta nipis dan juga longgar untuk melindungi daripada    

      pancaran haba terus ke badan

9.  Jangan duduk di dalam kereta yang tertutup tanpa penghawa dingin



RAWATAN DI KLINIK DR. LYNA



RAWATAN DI KLINIK DR.LYNA

CHEMICAL PEELING/PENGELUPASAN KIMIA
Rawatan ini sangat sesuai bagi kulit yang berjerawat, jeragat dan kulit kusam. Rawatan ini harus dilakukan sebanyak 3 hingga 5 kali untuk mendapatkan hasil yang maksima. Kaedah ini mengambil masa selama setengah jam. Selepas membuat rawatan ini, kulit mungkin akan mengalami proses penggelupasan. Rawatan ini akan menggantikan sel-sel kulit yang lama dan juga boleh mengurangkan “whitehead” dan “blackhead” pada muka. Selepas rawatan, kulit akan menjadi lebih licin dan halus.


LASER JERAWAT
Rawatan laser mampu merawat jerawat dan parut jerawat. Kaedah ini bertujuan menghapuskan bakteria yang ada di bawah permukaan kulit. Laser adalah teknik yang cepat dan tidak memerlukan jangka masa yang lama. Rawatan yang mengambil masa selama setengah jam ini juga harus dilakukan berulang kali untuk mengurangkan jerawat yang aktif. Setelah beberapa sesi rawatan laser, jerawat akan berkurangan dan muka semakin licin serta membuatkan kecantikan lebih menyerlah dan wajah lebih bersinar.

 LASER JERAGAT/PIGMENTASI KULIT
Rawatan laser mampu merawat masalah jeragat dan pigmentasi kulit. Beberapa kali sesi rawatan laser diperlukan untuk menghilangkan jeragat atau pigmentasi kulit. Selain dari merawat jeragat dan pigmentasi kulit, laser juga membantu merangsang kolagen dan membuatkan kulit menjadi lebih muda.

 LASER TANDA LAHIR
Rawatan laser mampu merawat masalah tanda lahir pada muka. Rawatan biasanya memerlukan beberapa sesi untuk mendapatkan kesan yang memuaskan.

 LASER TATU
Proses rawatan ini adalah untuk menyingkirkan tatu dari kulit dan badan. Tatu sememangnya amat susah untuk ditanggalkan tanpa menggunakan rawatan laser. Dengan beberapa kali rawatan, ianya dapat menanggalkan kesan tatu dan kulit akan nampak lebih licin dan tona warna sekata.

 RAWATAN TEGANG KULIT
Apabila usia meningkat, kedutan-kedutan pada wajah akan jelas kelihatan. Bagi merawat kedutan pada wajah, satu formula telah tercipta bagi menegangkan kulit wajah. Ianya mampu merawat kedutan-kedutan pada wajah yang disebabkan oleh tanda-tanda penuaan. Wajah akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.


MICRONEEDLING
Rawatan untuk parut jerawat. Ia amat berkesan dalam merawat parut pada kulit wajah. Ia juga mampu membaiki struktur kulit dan merangsang kolagen untuk menjadikan kulit semakin tegang.


FILLER
Rawatan ini adalah untuk memancungkan hidung, menaikkan pipi, merawat pipi yang cengkung dan membentuk dagu supaya kelihatan lebih cantik. Wajah kelihatan lebih tegang dan awet muda.
 RAWATAN BUANG KETUAT DAN TAHI LALAT
Wajah yang sering ditumbuhi tahi lalat, skin tag, oil seed dan ketuat sering membuatkan wajah anda kelihatan kurang berseri. Oleh itu, penyelesaiannya adalah dengan melakukan rawatan membuangnya. Ia akan menjadikan wajah dan kulit lebih licin tanpa tanda tahi lalat.

RAWATAN UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN
Dengan kaedah rawatan diformulasi khas, lemak dalam badan sedikit demi sedikit berkurang. Badan akan menjadi lebih ramping dan wajah akan lebih terbentuk selepas menjalani rawatan ini.

ANDA BOLEH HUBUNGI 097124007 ATAU 01112944724 UNTUK MENDAPATKAN TEMUJANJI UNTUK BERTEMU DENGAN DR.LYNA .

ANDA JUGA BOLEH WALK IN KE KLINIK DR.LYNA IAITU KLINIK PRIMER NILAM PURI, JALAN KUALA KRAI, KOTA BHARU,KELANTAN.

 
telah diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Dr. Nor Azlina Binti Hassan (Dr.Lyna) yang merupakan seorang perunding rawatan estetik.
Perniagaan ini telah dianjurkan oleh kerana keghairahan dan minat dalam mencapai produk yang terbaik untuk menyelesaikan ketidaksempurnaan kulit beliau, oleh itu Dr. Lyna secara perlahan dan teliti memajukan pelbagai produk penjagaan kulit untuk melegakan keadaan kulit yang sentiasa terdedah kepada sebarang bentuk masalah.
"Ke arah Kecantikan Abadi" adalah moto yang melambangkan kecantikan sejagat yang perlu dikongsi oleh semua, dengan itu, pelbagai produk tertumpu lebih kepada "Kecantikan yang Berpanjangan” produk yang direka untuk mengurangkan kecacatan kulit termasuk hyper - pigmentasi ,jeragat, jerawat, parut jerawat, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, dan banyak lagi masalah kulit.
Kawalan kualiti adalah satu keutamaan dalam menghasilkan produk dr. Lyna Aesthetic Formula. Ujian yang teliti dan kawalan kualiti yang bijak dipatuhi pada setiap masa dari pemilihan yang teliti bahan-bahan mentah yang digunakan, rumusan, proses pengeluaran, pembungkusan dan pengekodan untuk memastikan keberkesanan dan ketulenan. Setiap produk yang dikeluarkan dan yang dijual adalah yang berkualiti tinggi. Kami yakin kulit anda akan lebih sihat berseri selepas menggunakannya.

BIODATA DR.LYNA

BIODATA DR. LYNA

Doktor Nor Azlina Binti Hassan (Dr.Lyna) merupakan seorang lulusan Ijazah Perubatan dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2004. Dr. Lyna pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia sebelum menubuhkan klinik persendirian pada tahun 2009.  Klinik Dr.Lyna iaitu KLINIK PRIMER NILAM PURI beroperasi di Lot 739 Batu 7, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan.
Dr.Lyna mempunyai semangat yang besar untuk berjaya dan sentiasa mencabar diri mengembangkan pusat rawatan kecantikan di negara ini. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap bidang perubatan estetik, beliau telah melanjutkan pelajaran ke UCSI dan telah mendapat “Master of Science in Anti-Aging, Regenerative Medicine and Medical Aesthetic”. Dr.Lyna juga ahli  Society of Anti-Aging, Aesthetics & Regenerative Medicine Malaysia (SAAARMM).

Dr.Lyna juga di antara doktor yang telah mendapat LCP (Letter of Credentialing &Privileging Of Aesthetic Medical Practice) dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan memiliki LCP, Doktor Lyna boleh melakukan prosedur estetik seperti laser jeragat, rawatan chemical peeling untuk jerawat di KLINIK PRIMER NILAM PURI sahaja.
Dengan berbekalkan ilmu yang dimiliki, Dr.Lyna bukan sahaja menyediakan perkhidmatan rawatan estetik yang berfokuskan rawatan jerawat dan jeragat, tetapi juga menyediakan rawatan bioidentical hormon, terapi penggantian hormon, rawatan anti-penuaan dan nutrisi.
Selain itu, Dr.Lyna juga telah menghasilkan produk-produk kecantikan dan kesihatan kulit wajah. Ianya dijenamakan sebagai yang telah diguna pakai oleh ramai pelanggan pada masa kini.

Lymphatic Drainage Massage